MENU PEMBUKA SELERA, IKAN BAKAR CECAH AIR ASAM KERISIK | Setuju tak, menu macam ni kalau makan memang dua ekor ikan caru macamtu pun boleh licin, lagi kalau di cecah makan dengan air asam kerisik tu... memang tak ingat berapa kali ceduk nasi le gamaknya kan hehehe..
Di rumah Sis ni, kalau menu macamni haa menang laku keras, anak-anak suka menu macam ni. Tak kisahlah ikan bakar tu masih panas ke atau dah sejuk ke, tapi kena makan dengan air asam kerisiknya laa.. kalau takde air asam kerisik, memang tak 'laku' lee ikan bakar tu.
Ikan bakar pulak tak kisah ikan apa, janji ikan bakar. Tapi biasanya Sis akan bakar ikan caru, paling senang dan tak banyak tulang. Ikut tekak Emaknya ni, nak je bakar ikan Susu atau ikan Terubuk, perghh lagi lee sodap kan..
Cuma kesian kang anak-anak nak makan nak asingkan tulang. Lagi kalau anak bujang Sis, jangan kata makan, sentuh pun memang takkan punya.. Anak bujang tu fobia dah kalau ikan bertulang ni, dia pernah kena sekali tercekik tulang, sejak tu memang dia takut nak makan ikan yang saiz kecik hahahaha..
Korang pernah ada pengalaman tercekik tulang juga ke?
Ni Sis nak bagi tips membakar ikan bakar. Biasa kalau membakar ikan mesti akan sedikit hangus dan kita asyiklah tertengok-tengok, terbalik-balikkan ikan tu banyak kali kan, sebab nak pastikan ikan tu betul masak.
Nak mudah dan senang bagaimana nak tau ikan bakar tu dah masak mudah aja.. Korang tengok pada mata ikan tu haa.. kalau mata ikan tu dah putih terjojol (seperti dalam gambar atas tu), haaa itu menandakan ikan tu dah masak, so korang bolehlah balik kan ikan tu dan menunggu sebelahnya masak. Dan pastikan api janganlah besar sangat, sedang-sedang aja ook.
Bila kedua-dua mata ikan tu dah putih, korang dah boleh angkat tanpa was-was takut ikan tu tak masak.. Yeee betul, cubalah.. ini petua dari arwah Atuk dan arwah Emak Sis.. setakat ni belum pernah lagi Sis bakar isi ikan dalamnya mentah bila guna petua/tips ni..
Dan bila dah bakar ikan, apalagi, semestinya nak kena ada Air Asam Kerisik. Air asam ni buat aje awal-awal, masuk dalam botol atau bekas, then simpan dalam peti ais, Bebila nak makan dah siap. Bukan kata boleh cecah dengan ikan bakar aje, kadang makan nasi dengan lauk lain pun dah menyelerakan.
Ni kalau buat sebotol, memang tak sampai seminggu dah licin.. belum lagi ada petai atau jeringnya, lagi lee lajuu.. Nak resepi Air Asam Kerisik? Korang boleh cuba resepinya di bawah ni ya..
Resepi Air Asam Kerisik
Bahan-bahan:
• 2 biji cili besar di potong*
• 10 - 15 biji cili padi dipotong* (ikut kepedasan masing-masing)
• 1/ 2 cawan air asam jawa*
• 1 inci belacan*
• Garam dan gula secukup rasa*
• 2 biji tomato (dibuang empulur/ biji dan dipotong dadu)
• 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
• 1 sudu makan kerisik
Cara membuatnya:
1. Semua bahan yang bertanda (*) dikisar sehingga sebati.
2. Di dalam mangkuk, satukan bahan yang dikisar bersama-sama dengan tomato, bawang dan juga kerisik.
3. Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.
Mudahkan?
Selamat mencuba..
Hurmm harini nak masak apa ek?..
P/S: Pagi ni ada medical check-up di KPJ .. moga baik-baik aja laa hendaknya...