Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4497

MENU 'MAKAN BESAR' TAHUN BARU CINA DARI WAN LI RESTAURANT, MERIAH SUNGGUH!

$
0
0
MENU 'MAKAN BESAR' TAHUN BARU CINA DARI WAN LI RESTAURANT, MERIAH SUNGGUH! | Tinggal beberapa hari sahaja lagi kaum Cina akan menyambut Tahun Baru Cina kan? Kemeriahan pun dah terasa dah bila nampak sana sini dah terjual buah limau, biskut-biskut, pokok-pokok hiasan dan juga lagu-lagu raya cina mereka. 

Cuma suasana tu agak berlainan. Ye laa tahun ni semua akan beraya sekali lagi dalam keadaan norma baharu. Hurmm nak taknak redha aje laa. Tapi walau macam mana pun, adat jamuan 'Makan Besar' sehari sebelum menyambut tahun baru cina pasti tidak akan di lupakan. Ramai atau tidak, besar atau kecik, ibu bapa atau anak di rumah mesti akan memasak atau membeli makanan untuk jamuan makan besar mereka. 

Kalau dulu atuk Cina Sis ada, memang dia akan masak aje di rumah, kemain banyak menu yang dia masak, penuh satu meja oii. Memang meriah ketika itu. Berkumpul beramai-ramai PakCik MakCik dan sepupu semua di rumah atuk Sis di Yong Peng.. tapi kini hanya tinggal kenangan.. Atuk cina Sis dah tiada, yang tinggal hanya PakCik MakCik sahaja yang masih menyambut tahun baru cina. 

Tapi bagi mereka yang tidak ada masa nak memasak, atau anak yang bekerja, orang tua dah uzur.. atau mungkin nak kelainan dalam menjamu keluarga 'Makan Besar' nanti, bolehlah order takeaway dari hotel-hotel sekitar Johor Bahru. Termasuk juga di Wan Li Restaurant di Renaissance Johor Bahru Hotel ini.. 

Menu 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Dari Wan Li Restaurant, Meriah Sungguh!

Menu 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Dari Wan Li Restaurant, Meriah Sungguh!

Wan Li Chinese New Year Takeaway Set Menu ni terjual dalam dua set berbeza. Satu Set A dan satu lagi Set B. Harga berbeza mengikut jumlah pax/orang untuk di makan. Juga menu bagi setiap set ini berbeza mengikut harga set. 

Bagi Set A di jual dari serendah RM388nett (4pax) hingga ke RM688nett (8pax). Manakala untuk Set B , setnya terjual bermula dari harga RM588nett (4pax) hingga ke RM1088nett (8pax).. 

Kalau korang jenis family tidak berapa kuat makan, bagi Sis Set A RM388nett tu sudah cukup memadai, sangat-sangat berbaloi. Tapi jika inginkan kepuasan dalam menjamu keluarga, haaa korang amiklah Set B RM1088nett tu, tersangat puashati, dan pasti family korang akan tersenyum kekenyangan.. 

Meh nengok menu Set A (4pax) yang Sis dah mencubanya.. 


Menu 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Dari Wan Li Restaurant, Meriah Sungguh!

Fragrant Fried Rice with Smoked Duck, Chinese Sausage and Yam in Lotus Leaf

Menu 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Dari Wan Li Restaurant, Meriah Sungguh!

Deep-Fried Sea Grouper Teritaki Sauce with Garlic and Scallion

Menu 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Dari Wan Li Restaurant, Meriah Sungguh!

Wan Li Tradisional Roasted Chicken

Menu 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Dari Wan Li Restaurant, Meriah Sungguh!

Double-Boiled Chicken Soup with American Ginseng

Menu 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Dari Wan Li Restaurant, Meriah Sungguh!

Wok-Fried Sea Prawns with Fragrant Garlic Ginger Sauce

Menu 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Dari Wan Li Restaurant, Meriah Sungguh!

Brocoli with Braised Mushroom and Pacific Clams

Menu 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Dari Wan Li Restaurant, Meriah Sungguh!

Childhood Memories Crisp 'Nian Gao'

Menu 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Dari Wan Li Restaurant, Meriah Sungguh!

Chiled Sea Coconut with Red Dates and Herbal Longan Soup

Haaa amacam? lengkap semua hidangan dalam satu set tu kan? Tak payah susah-susah dah nak menambah menu lain, semua dah siap dalam satu set termasuk pencuci mulut sekali. Ni dalam Set A, kalau korang beli Set B, ada penambahan menu lain pulak. 

So far semua sedap bagi tekak Sis yang ala kecinaan ni haa, sebab dah terbiasa makan menu sebegini. Dan bagi yang dah pernah makan di Wan Li Restaurant ni, pasti juga tau macam mana keenakkan semua menu 'hot seller' mereka di sini. Terutamanya paling Sis suka Fragrant Fried Rice with Smoked Duck, Chinese Sausage and Yam in Lotus Leaf dan kuih Nian Gao tu, perghh sedap oii.. Makan tak boleh stop kalau dah suap sesudu.. 

TAPI... jika Set A atau Set B yang korang order tidak cukup juga, korang boleh buat penambahan menu asing di Wan Li Restaurant ni.. antaranya korang boleh order Set Abundance Treasure Pot Poon Choi ini.. 

Menu 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Dari Wan Li Restaurant, Meriah Sungguh!

Set ini di jual berasingan dan memang berbaloi dan puashati lerr, sebab semuanya dalam satu hotpot yang penuh semuanya menu selambak, termasuk sayur, udang dan ayam di dalamnya.. Paling termahal isinya adalah Abalone tu haa, pergghhh sedap woii..  

Abundance Treasure Pot Poon Choi ini terjual dalam dua set berbeza mengikut pax/orang makan. 
Set Large RM688nett untuk 10 orang
Set Small RM388nett untuk 5 orang

Antara isi dalam menunya : Eight Head Abalone, Sea Cucumber, Chinese Mushroom Fish Maw, Dried Scallops, Dries Oyster, Prawns, Chicken & Roasted Duck, Black Mosh, Radish, 'Tianjin' Cabbage, Lotus Root, Brocoli, Golden Garlic and Abalone Sauce. 

Untuk menu ini, korang di minta untuk menempah awal sehari sebelum ya, bagi memastikan penyediaannya lengkap dan tersedia panas. Nak tempah sekarang pun dah boleh dah.. 


Menu 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Dari Wan Li Restaurant, Meriah Sungguh!

Menu 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Dari Wan Li Restaurant, Meriah Sungguh!

Menu 'Makan Besar' Tahun Baru Cina Dari Wan Li Restaurant, Meriah Sungguh!

Hoye!! Lou Hei! Lou Hei!! Tahun Baru Cina pasti tidak lengkap jika tidak ada Yee Sang. Dan inilah Yee Sang pertama Sis untuk tahun 2021 ni. Kalau tahun sudah-sudah, time gini dah berguni rasanya makan Yee Sang sana sini di Hotel & Resort. Tapi tahun ni kita #StayAtHome aje le dan makan Yee Sang di rumah. 

Dan Prosperity Yee Sang dari Wan Li Restaurant at Renaissance Johor Bahru Hotel ini memang setiap tahun tak pernah mengecewakan! Cukup bahan, cukup rasa. Dan terbau, menu dalam Yee Sangnya siap ada Crispy Fish Skin & Crispy Whitebait lagi!! Krup krap krup krap bila makannya ui.. Korang makan tak Yee Sang?..


So bagi kaum cina yang akan menyambut Tahun Baru Cina, jika sedang mencari menu untuk jamuan Makan Besar tidak lama lagi ni, bolehlah order menu takeaway dari Wan Li Restaurant ni ya.. Buat tempahan awal supaya nanti dapur tak jem, dan menu korang cepat di siapkan.. hehehehe..

Dan juga, bagi mereka yang tidak dapat balik kampung, lagi-lagi yang baru berkahwin atau korang satu family memang nak beraya di luar staycatinon, Renaisaance Johor Bahru ada membuat promosi GONG XI STAYCATION di hotel mereka. Staycation ini termasuk dengan makan malam sempena Tahun Baru Cina. 

Ada yang sedang mencari tempat penginapan semasa Tahun Baru Cina? Ye laa kan tak boleh rentas negeri. Tapi korang jangan...

Posted by AKU Sis Lin on Friday, 5 February 2021

Untuk tempahan menu 𝐄𝐀𝐑𝐋𝐘 𝐁𝐈𝐑𝐃 takeaway Wan Li Chinese New Year Takeaway Set Menu, Abundance Treasure Pot Poon Choi dan Prosperity Yee Sang , korang boleh WhatsApp at https://wa.me/60187800787. 
Klik link ni untuk lihat kesemua menu http://bit.ly/MBWanLi

*Pre-order in advance from now until 10 February 2021 and available for pick-up from 12pm to 8pm. 

Dan untuk tempahan GONG XI STAYCATION, korang boleh klik di bit.ly/RenJB_GongXi 

Jangan tunggu lagi, buat tempahan sekarang..



P/S: Cepatlah Covid ni pergi.. aku nak raya laaaaaa... :(( 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4497

Trending Articles


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Girasoles para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


“Mr bolero banat lines”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Pocoyo para colorear


Sapos para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.