AKU JATUH CINTA SUDAH SAMA KAIN NORWEX | Eh, sekali baca tajuk macam orang Nepal bercakap pulak ek hahaha... gasak lerr, janji tajuk tu korang faham apa yang nak Sis sampaikan ni kekeke... Pertama kalinya nak bagitau dulu. Masa mula keluar jenama Norwex ni kan, yang orang duk kata 'kain kayangan' ni, memang tak pernah terlintas pun Sis akan dapat merasa nak membelinya, sebab memang harga mahal.
Lagi pulak Sis ni bukan bekerja, then takat nak pakai kain buruk kemas dapo tu, alaa kain IKEA tu pun boleh jer guna. Akan tetapi pada suatu hari..jeng jeng jeng....dek sebab sana sini kawan semua up pasal Norwex ni, dan Sis pulak rajin nau kan nengok video-video yang derang up, makanya dan dan tu juga jatuh cinta kali pertama pada Norwex ni.
Kebetulan rezeki menulis blog pun ada, rezeki dari hadiah Jambangan Bunga Duit dan Kek Tarik-Tarik Duit dari Retna pun ada masa tu, so kita manfaatkan dengan membeli sesuatu..
[Baca Juga] : Akhirnya Dapat Juga Aku Beli Owl Diffuser Young Living
Tapi Sis diamkan lagi tau, kemudian.. ye laa orang kata dah rezeki kann, dalam pada memerhati dan memendam perasaan (sambil tengok duit adsense dah masuk juga), tup-tup kawan blogger Sis Ruby boleh wahtsapp Sis pasal Norwex ni dan bertubi-tubi dia hantarnnya gambar dan video mengenai Norwex Dusting Mitt & Lint Mitt Norwex tu.
Sis pun apalagi kemain tekun ko melayan semua video. Dan yang membuatkan Sis terus setuju nak membelinya, sebab tengok video kaut bulu kucing tu haaa.. ianya sangat berguna bagi Sis yang membela kucing.
Kedua produk Norwex yang Ruby rekemen kat Sis tu memang sangat berguna buat Sis. Tengok videonya aje, Sis dah teruja. Dan bila dah membelinya dan gunakannya memang puashati. Harga mahal pun bagi Sis bila dah guna, memang berbaloi-baloi.
Sis guna Norwex Dusting Mitt tu untuk sapu habuk satu rumah termasuk kipas siling dan yang bestnya Dusting Mitt tu paling senang guna, sebab dia jenis sarung tangan, so memana ko nak mengelap, ko lap aje laa, habuk dia memang melekat di sarung kain tangan tu jee.. sampaikan ke pokok bunga semua pun dah jadi senang Sis mengelapnya..
Beza dengan Lint Mitt tu, dia jenis sarung di tangan tapi permukaan dia agak kasar, sebab tu bagi Sis yang membela kucing ni memang sangat best pakainya. Sis guna untuk lap dan kaut semua bulu-bulu kucing di kursi sofa Sis (nanti Sis buat video up di Youtube Sis). Sampaikan anak Sis pun jadi suka Lint Mint tu, tak payah suruh, kalau mengemas, automatik dia guna aje Lint Mitt tu. Kalau tak sebelum ni Sis hanya guna roller soletep yang jual di Daiso tu je. Tu pun leceh, gosok dua tiga kali, dah tak lekat, betul tak?..
Sis rekemen sangat kalau korang mampu, dan korang ada membela kucing, belilah Lint Mitt ni, sangat bagus.. memang dia kaut habis semua bulu di kursi dan juga pakaian korang, atau memana aje laa yang korang rasa 'berbulu' hahahaha..
Haa tu kisah jatuh cinta pertama Sis pada Norwex. Kemudian.... jeng jeng jeng... hahahaha.. tiba-tiba anak Sis pulak bersuara; 'Mak, belilah kain dapor Norwex tu, kawan Kakak tu pakai, kain tu pakai cuci pakai cuci, tahan lasak'.. Emaknya dengar is....... huhuhu sepertinya suara hati Sis pulak yang menyuarakannya ayat itu hahaha... cuma Emaknya pendam je tak pernah nak bukak mulut, sebab memang tau, mahal harganya..
Then trylah mesejnya Ruby lagi tanya pasal Norwex Kitchen ni. Dan dan laaa Ruby kata tengah ada promosi. Aishhh setelah deal punya deal dengan Ruby, maka akhirnya, TERbelilah Sis satu set Norwex Kitchen Cloth (3 helai) ni..
Rata-rata memang ramai guna Norwex Kitchen Cloth ni, dan dia juga adalah best seller Norwex setakat ni yang Sis tawu. Kainnya tidak laa besar mana, hanya 35 cm x 26 cm aje, tapi sangat bagus. Antara keistimewaan Norwex Kitchen Cloth ni adalah;
- Mikrofiber Norwex mempunyai keupayaan untuk menyingkirkan sehingga 99% bakteria dari permukaan dengan hanya air apabila mengikut arahan penggunaan dan penjagaan yang betul.
- Sangat lembut, mudah menyerap dan kering dengan cepat.
- Mengeringkan permukaan dapur dan pinggan mangkuk dengan cepat.
- Menjimatkan masa, wang dan menyelamatkan alam sekitar dengan pembersihan bebas bahan kimia dan tanpa tisu dapur.
- BacLock®*, ejen mikro perak eksklusif kami pada kain itu, berfungsi sebagai pembersih sendiri terhadap bau kulat, kulapuk dan bakteria dalam masa 24 jam supaya ia bersedia untuk digunakan semula
Norwex Kitchen ni ada banyak jenis. Yang Sis amik ni Norwex Kitchen Cloth, ada lagi satu jenis adalah Norwex Counter Cloth. Apa beza keduanya, haaa korang kena lee research sendiri ya. Kang cite sini, sampai esok tak habis hahahaha..
Alhamdulilah, setakat harini itulah antara koleksi Norwex yang Sis dah beli dan guna. Dan lagi satu nak bagitau, bagi menjaga kualitinya produk Norwex ni, korang belilah sabun khas untuk mencuci kain-kain Norwex korang tu. Ye laa kang salah cuci, hilang plak keberkesanan dia kan.
Korang beli Norwex UPP Detergent dia. Sabun memang khas untuk mencuci kesemua produk Norwex. Antara fungsi UPP Detergent adalah;
- Menghilangkan kotoran paling degil pada semua jenis kain
- Boleh digunakan untuk apa-apa jenis fabrik, termasuk kapas, nilon, bulu, linen dan sintetik serta yang perlu dibasuh tangan.
- Memerlukan hanya sejumlah kecil berbanding jenama tipikal yang lain
- Bebas dari fosfat, sulfat, klorin, pewarna, pewangi, phthalates, peluntur, ammonia
Tapi kalau korang taknak beli UPP Detergent ni, katanya korang cuci dan rendam dengan air aje katanya, ehhh entah ekk.. korang cubalah tanya memana consultant Norwex ya..
Orang kata rezekikan, haaa gini laaa.. rezeki tak pernah salah alamat andai kita membeli barang tu niat sesama membantu kawan-kawan, Boleh pulak Sis menang sehelai Norwex Body & Face dari LIVE Facebook Yaya Natsumi baru-baru ni. Tak sangka ko boleh menang. masuk live tu suka-suka aje nak tengok barang Norwex tu. Tak sangka terpilih salah satu pemenang hehehe..
Alhamdulilah, makaseh Yaya.. bertambah lagi satu lagi koleksi Norwex Sis hehehe..
So korang kalau rasa nak mencuba produk Norwex ni, korang bolehlah dapatkan khidmat nasihat sebelum membeli atau kalau korang ada pertanyaan mengenai harganya ke kan, korang boleh hubungi Ruby atau mana-mana consultant Norwex dan korang boleh direct bertanya mengenai Norwex ni ook..
Ruby aka Rabiatul Adawiyah.
Contact: https://norwxruby.wasap.my
Norwex Consultant Website: https://rubydotmy.norwex.my/
Instagram: https://www.instagram.com/norwxruby/
Facebook: https://m.facebook.com/norwxruby/
#SisSharing
P/S: Norwex ni ibaratnya, 'Alah membeli, menang memakai'.. haaa gitulah...