Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

DAH BANYAK KALI MENCUBA, BARULAH MENJADI SOTONG CELUP TEPUNG AKU NI

$
0
0
DAH BANYAK KALI MENCUBA, BARULAH MENJADI SOTONG CELUP TEPUNG AKU NI | Tajuk tu jujur sangatkan, tapi memang betul pun, buat apa nak tipu. Time tak jadi kita tak payah buat posting, time menjadi barulah kita kongsi, ye dakkkk.. kang kongsi yang tak berapa menjadi, pastu korang cuba pun tak jadi, kes naya kang.. tak memasak Sis ko juga kena kan.. sebar resepi palsu hahahaha..

Tapi ini kali jangan risau, Sis kongsi ni kalau korang buat kompom menjadi punya. Dah banyak kali mencuba, barulah menjadi Sotong Celup Tepung Sis ni. Tu pun guna tepung bestari. Kalau sebelum ni, Sis guna tepung goreng serbaguna tu. Jadi juga tapi tak secantik macam guna tepung bestari ni. 

Kalau jenis yang pro, mesti duk gelakkan Sis kalau baca posting ni kan huhuhu.. ye laa, orang lain lama dah tau dan banyak kali buat, Sis ko ni jee yang 'jakun'.. tak apa, Sis belajar, jangan jadi bodoh sombong, dah tak reti masak, tapi tunjuk hebat, biar kita tak pandai, tapi kita belajar. Bila dah pandai, ilmu kita kongsi. Jangan lokek nak kongsi, tak bawa mati resepi tu yaaa.. 

Dah Banyak Kali Mencuba, Barulah Menjadi Sotong Celup Tepung Aku Ni

Dah Banyak Kali Mencuba, Barulah Menjadi Sotong Celup Tepung Aku Ni

Tengok tu kejadian dia, molek je kann? Sampaikan anak semua kata; 'Mak, ni sotong ring ke onion ring?' hehehehe.. Kena pulak dapat sotong yang besar gitu, memang best laa goreng celup tepung macamtu kan?. Kebetulan jiran setaman ada menjual sotong ring ni, Sis apalagi, sejak ada freezer, segala benda frozen Sis beli dan simpan.

Senang nak makan bendanya ada. Kalau sebelum ni masa takde freezer, agak susah nak simpan makanan beku, peti ais sedia ada tu dah sarat dengan ikannya, aiskrimnya, nuggget-nuggetnya, kentang gorengnya, aishhh memacam lee dalam tu, so bila ada freezer, Sis dapatlah asingkan ikan dan juga makanan sejuk beku. Sekali bukak freezer tu, dah macam kedai runcit oii.. 

Dah Banyak Kali Mencuba, Barulah Menjadi Sotong Celup Tepung Aku Ni

Dah Banyak Kali Mencuba, Barulah Menjadi Sotong Celup Tepung Aku Ni

Okaylah Sis kongsikan resepinya harini yaa, Resepi Sotong Celup Tepung, sekali buat pasti menjadi hehehe.. 

Bahan-bahannya :
  • Sotong 
  • Telur 
  • Tepung Bestari 
  • Minyak untuk menggoreng

Yaa tu je laa bahannya. Mudah aje kan, yang pastinya sedap..Sotong tu terpulanglah pada korang, nak guna jenis ring macam tu ke, atau sotong sekor-sekor ke, atau korang beli sotong, then korang kerat-kerat sendiri, pun boleh. 

Atau korang nak tukar ke udang ke, ikan ke, pun boleh.. guna tetap sama bahan seperti atas. Dan ingat, TIDAK PERLU tambah garam atau serbuk perasa yaa. Tepung bestari tu dah siap sedia dengan bahan rasanya. 

Dah Banyak Kali Mencuba, Barulah Menjadi Sotong Celup Tepung Aku Ni

Dah Banyak Kali Mencuba, Barulah Menjadi Sotong Celup Tepung Aku Ni

Cara memasakya :
  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sikit.
  2. Kemudian masukkan sotong ke dalam telur tu then gaul-gaulkannya dan biarkan sekejap.
  3. Letak tepung bestari ke dalam mangkuk
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  5. Apabila minyak panas, amik satu persatu sotong yang telah di celup telur tadi, dan lumurkan ke dalam mangkuk tepung bestari tadi. 
  6. Kemudian bila sotong dah bersalut tepung, terus masukkan ke dalam kuali yang panas tadi.
  7. Goreng hingga masak. 
Haaa senangkan. Korang cubalah, mesti menjadi punya. Sebab Sis dah banyak kali cuba, dan kali ni barulah puashati kejadiannya hehehe.. Sampaikan dah berulang-ulang kali dah membuatnya.. 

Selamat mencuba.. 


P/S: Harini Jumaat kan? Apalagi, jom kita baca surah Al-Kahfi..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.