HAPPY BIRTHDAY CikB! | Ini bukan CikB anaknya Dato Vida tu, ini CikB anak sedara Sis yang baru menyambut hari lahir yang ke 14 tahunnya pada Rabu lepas. Dan kami semua meraikannya di rumah Sis aja. Kebetulan semua adik-adik bermalam di rumah Sis, so memang plan last minit kami sambut aje laa sekali.
Ibunya cuti, so Sis suruh aje datang ke rumah makan-makan dan sekali sambut besday anaknya. Dan macam biasalah, Sis ni mana boleh tak masakkan, mesti juga nak masak menjamu tetamu. So menu haritu terjadilah Laksa Sarawak dan juga Nasi Lemak Sambal Sotong.
Rezeki adik-adik, apa yang ada, kita makan aje la sama-sama, dan jangan lupa hashtagnya, #KitaGemukSamaSama hahahahaha... Makan hati kalau Mama Mia baca ni..
Sejak arwah Emak Sis meninggal, rasanya dah berapa kali dah adik-adik berkumpul bersama dirumah Sis. Alhamdulilah ada hikmahnya di sebalik dugaan dan kesedihan kami. Tuhan aje yang tahu dan faham akan keadaan kami semua.
Tahun 2020 memang mencabar, semua adik-adik Sis ni di uji dengan pelbagai ujian dan dugaan, tapi kami chill-chill aje demi anak-anak. Nak menceriakan hati, so berkumpul beramai-ramailah yang paling mengembirakan kami. Anak-anak sedara pun kalau dah ke rumah Ayyom, memang semua taknak balik, sampai merajuk semua.. Kesian laahaii..
Laksa Sarawak dan Nasi Lemak Sambal Sotong, menu utama sempena meraikan harijadi anak sedara Sis. Alhamdulilah Allah bagi sedap, makanya licin seperiuk semuanya. Tanpa ada sisa sekalipun hahahaha.. ramai ko, rasanya lebih dari 20 orang makan, so kalau dah makan siang dan petang, mau tak licin..kekekeke..
Malamnya Sis takut semua lapar, kami order pula burger tepi jalan. Makanlah sorang seketul, kenyang semua. Nikmat makan tu sangat terasa bila makan ramai-ramai ni, walaupun makan burger aje hehehe..
Tapi siangnya tu lepas sambut besday CikB (duduk tengah pakai baju kelabu) tu dirumah , petangnya kami semua ke Taman Bukit Layang-Layang Pasir Gudang sini, kami duduk lepak main layang-layang sambil makan-makan cekodok pisang yang Sis masak di rumah dan bawa ke taman. Satu kebahagian buat kami semua dapat berkumpul gini.
Kena pulak time kami pergi tu, padang kosong, so memang eloklah sangat kann.. puas anak-anak pusing berlari, berkejar sana sini main di padang, seronok tengok..
Dalam gambar tu, itulah keluar kecil adik-adik Sis semua, tinggal kami berempat aje perempuan semua. Cuma anak bujang Sis dan anak sulung adik Sis aje yang takde dalam gambar ni selain Suami masing-masing, kecuali adik yang no 2 (tudung cokelat kiri) yang Suaminya dah meninggal 2 tahun lepas.
Balik dari taman. semua mandi bersihkan diri tiba-tiba Suami Sis balik bawa kotak besar. Suruh anak-anak sedara dan juga anak bujang Sis angkat bawa masuk. Apa benda tu? Rahsia hahahahaha...
Tengok aje laa bebudak 3 orang tu, sakan suka dapat kotak, terus di buatnya main tempat tidur hahahaha lawak tau mereka ni...
InsyaAllah, sebelum naiknya sekolah ni, ingat nak suruh mereka ni semua datang lagi. Niatnya nak buat Yassin sesama sendiri lagi dan masak, makan ramai-ramai. Ye laa, selagi ada, hargailah yang didepan mata kan..
Alhamdulilah, terima kasih Allah atas kebahagiaan ini..
P/S: Tiba syahdu pulak rasa... :((