Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

CARA PALING MUDAH DAN SEDAP MEMBUAT CUP CAKE!

$
0
0
CARA PALING MUDAH DAN SEDAP MEMBUAT CUP CAKE! | Jujurnya kalau kata bab membaking ni, Sis bukanlah seorang bakers, atau seorang yang kreatif atau juga yang minat sangat nak membuat kek, pastri atau seangkatan dengannya. Kalau ada tu pun, hanya kebetulan datang rajin atau anak-anak yang beriye nak membantu dan membuatnya. Tapi serius sangat nak membuatnya memang idok laaa.. 

Satu je yang akan Sis tertanya-tanya bila nak buat kek, cup cake, atau apa je laa, 'Nanti dah buat siapa yang nak makannya?'.. haaaa itulah persoalan yang selalu Sis tertanya-tanya bila rasa nak buat kek atau apa je laa. Kadang nampak resepi orang buat kek viral laa, roti laaa, memang rasa teringin nak buat, sebab bila buat sendiri memang akan puashati. Lagi pulak dah buat, update kat blog sekali resepi, memang naiklah PV ko, hahahaha tiberrrr...

Dan di sebabkan dek persoalan itulah makanya jarang sekali Sis nak buat, padahal ada je bakat nak membuat semuanya ececece ini tipu. Oven pun kemain besar 'tertanam' dalam kabinet, tapi jadi 'tukun', So nak mudah, beli jerrr.. tapi ada ketika tu ada lee juga buat, buat panas-panas oven hehehehe.. 

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Dan baru-baru ini Sis terjumpa cara paling mudah dan sedap membuat cup cake hanya dengan set lengkap dari kotak 'Bake Your Own'Decadent Chocolate Cake from Passionfood. Sekali tengok dan bukak kotaknya memang tersangat mudah! Semua bahan dah disediakan dan korang hanya sediakan 3 bahan sahaja. Tu pun korang guna aje laa bahan yang ada di rumah. Tak susah pun. 

Kalau korang pernah terbaca dulu posting review Sis, Sis pernah pergi Food Review di Cafe PassionFood ni di Taman Pelangi Johor sana. Memang kek dan semua dessert dia sedap-sedap semuanya. Cuma keadaan ekonomi tidak berpihak kepada mereka, makanya Cafe itu di tutup. Dan now mereka kembali dengan menjual kotak istimewa ini untuk korang mencubanya membuat Cup Cake semudah ABC ajer.. 

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Bukan sahaja lengkap semua bahan, tapi setiap cara memasak, langkah dan deko untuk cup cake tu semuanya di sediakan. Tak susah pun, sampaikan anak sedara Sis pun turut sama membantu masa tu. Sis hanya tunjuk aje, dia yang buat semuanya. 

Korang hanya perlu sediakan;
2 biji telur saiz A
110 gm minyak sayuran atau 150 ml (Sis guna minyak masak cap Buruh Sis aje hahaha).
60 gm air atau 80 ml

Tu je 3 bahan yang korang kena sediakan, lain-lain semua tak payah, dah siap sedia dalam satu kotak termasuk bahan utama tepung adunannya. 

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Cara nak membuatnya pun mudah aja;
Korang tuang satu pek adunan yang di sediakan tu, kemudian korang masukkan satu persatu 3 bahan yang korang sediakan tu. Then godak-godak la perlahan-lahan, tak payah pakai mixer, guna aje senduk ke spatula ke. Janji gaul rata sampai semua bahan sebati.

Lepas tu masukkan adunan ke dalam bekas cup cake liner tu. Pun korang jangan risau, siap semua di sediakan. Masukkan hanya separuh aje ke dalam bekas, sebab nanti adunannya akan naik gebu. Satu adunan tu memang ngam-ngam dapat dalam 25 cup cake. Kalau untuk Sis makan, tu kira banyak tu, nasib baik masa buat tu adik-adik semua ada. So kejap je dah licin hahaha..

Cara memasak pun ada dua cara, samaada korang nak bakar ataupun kukus. Sis lebih suka kukus aje, lagi mudah. Lagipun memang malas nak ON kan oven sebesor tu hanya nak bakar 25 cup cake ni je hahahaha.. 

Kukus selama 55minit dalam api sederhana. 

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Agak dah cukup masa, cucuk dengan lidi, kalau keluar bersih, haaa dah masak laaa tu. So korang boleh keluarkan. Lagi satu kann, kalau korang kukus, bekas cup liners tu agak 'kereput' kembang sikit hahahaha.. ye laa maybe kena panas kan.. tapi kalau korang bakar, elok je laa kuncup gitu hahahaa.. 

Lepas tu, haaa korang gunalah kreativiti korang menghiasnya menggunakan bahan yang di sediakan juga. Yaaa semua siap ookay!. Dan itulah hasil deko anak sedara Sis yang boleh tahan juga laaa kreatifnya hahahaha..

Tak kesahnya, janji bila gigit Cup Cake tu, perghh sedap moist gilerr keknya hokay! Yaa sangat-sangat sedap.. terasa coklatnya dan juga kelembutannya. Bukan sebab pada air tangan Sis, tapi Sis rasa sebab tepung adunan dia tu yang sangat special. Sebab tu sedap gilerr rasanya. 

Korang kalau nak mencuba cara paling mudah dan sedap membuat cup cake ni, korang boleh dapatkan dari Passionfood Decadent Chocolate Cake Mix Bake Your Own!

Atau ke laman sosiap mereka dan hubungi mereka.

Selamat mencuba!.. 


P/S: Harini adik-adik datang bertamdang lagi 3 hari 2 malam. Meriahlah rumah Sis! Jom masak!. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422