Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4471

HUJAN LEBAT DARI TAHUN 2020 SAMPAI KE TAHUN 2021!

$
0
0
HUJAN LEBAT DARI TAHUN 2020 SAMPAI KE TAHUN 2021! | Sejuk dan lembab cuaca 3 hari ini. Dari tahun 2020 sampai membawa ke tahun 2021 hujan turun dengan lebatnya tanpa henti. Ada sesetengah tempat tu dah dinaiki air sampai keadaan dah menjadi serius nak kena pindah ke kewasan pemindahan pusat banjir. Dugaan tahun baru. Moga dipermudahkan urusan mereka semua yang dilanda musibah. 

Harini dah masuk 2 Januari 2021. Semalam memang Sis sibuk sangat sampai tak sempat nak update blog. Padahal dah ingat nak buat autopost pagi tu tapi sebab mengejarkan cuaca hujan time Sis tengah bercuti tu, makanya agak kelam kabut jadual Sis sepanjang dua hari bercuti tu. Yaa Sis bercuti mula dari 31 Disember 2020 hinggalah ke tahun depannya (semalam) 1 Januari 2021, hahahaha setahun ko pergi bercuti baru ingat nak balik rumah, kakakakah!..

Alaa tak kemana pun, hanya ke LEGOLAND Malaysia Resort aje. Time cuti sekolah gini kalau bercuti ke Legoland tu memang happening, macam-macam aktiviti ada untuk kanak-kanak. Dan Sis memang saja memilih bercuti pada tarikh tu sebab nak amik feel menyambut tahun baru 2021 di sana. Meriah ko, walaupun memang agak padat orang ketika tu, tapi arahan patuhi SOP dia sangat mereka jaga. Terjerit-jerit crew mereka kalau siapa yang langgar SOP. 

Hujan Lebat Dari Tahun 2020 Sampai ke Tahun 2021

Hari pertama sampai cuaca panas, tapi petangnya aje terus hujan sampailah ke esok harinya tu. Nak jalan main-main dalam Miniland tu pun memang tak dapat, apalagi nak main roller coaster ke apa ke semua. Semua mereka stop atas sebab keselamatan. Tapi nasib baik juga sempat anak sedara Sis naik salah satu roller coasternya pada hari pertama tu sebelum turunnya hujan. Selepas aje naik roller coaster tu, hujan terus turun. 

Tapi ramai juga Sis nampak mereka yang baru datang pakai baju hujan dan payung untuk terus bermain. Dan sambil tu juga crew-crew Legoland Malaysia Resort bagi kanak-kanak topi santa tu untuk menutup kepala, termasuklah pada anak saudara Sis. Nak taknak pakai jugalah walau kita tau hukum memakai perhiasan krismas tu salah di sisi agama, tapi atas sebab nak jaga kesihatan takut demam kena hujan, Sis suruh aje anak saudara tu pakai. 

Hujan Lebat Dari Tahun 2020 Sampai ke Tahun 2021

Kalau pergi Legoland time hujan gini memang agak rugilah, sebab semua tempat tak boleh nak main dan berjalan-jalan dalam tu. Nak mandi waterpark pun kalau takat hujan gerimis bolehlah, tapi kalau dah lebat, rasanya memang mereka tutup sementara hingga keadaan reda. Paling tak pun korang boleh masuk SEA LIFE Legoland Malaysia tu aje laa. 

Tapi alhamdulilah jugalah masa Sis pergi dua hari tu, hujan tidaklah selebat seperti harini. Harini hujan lebat sangat dari pagi membawa ke sekarang ni haa masih lagi hujan lebat. 

Memang banyak Sis habiskan masa di ruang lobby hotel untuk acara pelbagai aktiviti mereka aje. Tu pun sampai tak nyempat nak amik banyak gambar sebab dengan Sis ko sekali join aktivitinya kakakakakah! Suami duk gelakkan aje Sis dah macam kekanak :p ... 

Tak apalah janji Sis dapat mengembirakan hati sendiri, anak-anak saudara dan juga Suami dan anak Sis,Yana. Yaa Sis pergi berlima aje. Kakak dan anak bujang Sis ada hal memasing, so Yana aje yang follow. Terima kasih buat Suami yang sudi melayan anak-anak saudara. Tu pun kata Yana; 'Ayah yang excited noh' hahahahaha... 

Hujan Lebat Dari Tahun 2020 Sampai ke Tahun 2021

Okaylah, nanti Sis ceritakan pengalaman bercuti di Legoland ni sekali lagi ya. Walaupun sebelum ni Sis dah ada update percutian ke Legoland Malaysia Resort juga, tapi pengalamannya berbeza, dan bilik penginapannya pun lain. So korang tunggu nanti Sis update ya..

Korang apalagi, jom bercuti di Legoland Malaysia Resort dan dapatkan tawaran harga yang menarik sepanjang cuti sekolah ini! Pakej promosi Buy 1 FREE 1 Night pun masih lagi berlangsung. Buat tempahan segera sebelum semua tarikh full!..

Korang klik & booking di sini --> https://bit.ly/361ciRS 


P/S: Tekak rasa nak makan Laksa Johor pulakkk... adeiii mana nak cekau ni haaaa!..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4471

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Girasoles para colorear


Oso hormiguero para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Long distances monthsary message tagalog


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tropa Quotes


INUMAN QUOTES


Best Love Life Quotes Collection


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Pokemon para colorear