Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4445

'ALOHA' THE BEST DORY SKIN CHEESY SALTED EGG!

$
0
0
'ALOHA' THE BEST DORY SKIN CHEESY SALTED EGG! | Tengok gambar terus rasa terliur pulak daaa... adoiii masaalah betul kalau buat posting makanan ni, asal menaip je lapo, asal lapo je tengah menaip hahaha. Korang lapo tak? kalau lapo sila merangkak ke dapo hahaha..

Korang pernah makan dan rasa ALOHA Dory Skin Cheesy Salted Egg ni ke? 

Yaa jujurnya ini pertama kalinya juga Sis merasa dan mencubanya. Pertamanya sebab membeli, sebab Sis ni pantang bila nampak sesuatu benda yang ada 'salted egg', memang Sis suka. Dan maka sebab itulah, bila ternampak kawan di Facebook Sis menjual ALOHA Dory Skin Cheesy Salted Egg ni, apalagi, memang mengediklah terus nak mengordernya. 

Tapi tulaaa silap pulak tak kena timing membeli, sebab masa ALOHA Dory Skin tu sampai, adik-adik semua ada, so memang ramailah manusia dalam rumah, belinya satu, so ko ngase? Takkanlah Sis nak makan sorok-sorok kan? Paling tak kena laa ajak sekali anak sedara makan sekali jadi testimoni dan juga model untuk jadi bahan posting Sis hahaha.. 

ALOHA The Best Dory Skin Cheesy Salted Egg

ALOHA The Best Dory Skin Cheesy Salted Egg

Cantikkan pakaging kotak dia?..

Untuk permulaan jualan ni, menurut kata kawan Sis tu, ianya adalah limited edition dalam bentuk kotak macam dalam gambar tu. Next bila korang beli nanti mungkin ianya akan terjual dalam pakaging lain pulak. Yang menarik perhatian anak-anak sedara Sis ni sebelum makan, kotaknya tu haaa.. design dia tu mesra kanak-kanak sangat, siap ada lukisan kartun dan juga ada pesanan di tepi kotaknya 'Take Care Stay Home', ibarat contoh macam katanya Mia haritu; 'Kita duduk je rumah makan ALOHA Dory Skin ni' pandai je kannn hahahaha..

ALOHA The Best Dory Skin Cheesy Salted Egg

ALOHA The Best Dory Skin Cheesy Salted Egg

Kalau tengok pada ramuan dan bahan tertulis tu, memang ada lada/paprika tu, tapi tidaklah rasa pedas. Biasa-biasa aje. Cuma.... bagi tekak Sis, mungkin sebab Sis tak berapa gemar sangat dengan cheese, so rasa cheese tu terlalu kuat sangat sampai tenggelam rasa salted egg dia. Tu tekak Sis laaa.. 

Kalau tanya adik-adik semua, semua kata sedap dan OK. Ye laaa lain tekak lain rasa, so korang kenalah cuba sendiri baru tau macam mana pergi rasa dia. But masih rasa sedaplah.. 

ALOHA The Best Dory Skin Cheesy Salted Egg

Tapi yang Sis sukanya ALOHA Dory Skin ni adalah kepingan dory skin dia, tebal dan besar-besar, memang sekali ko ngap rangup, crispy dan rapuh arrr.. sedap gile time mengigit dia, bunyi krup krap krup krap tu sampai anak-anak sedara pun semua duk gelak bila mengigitnya hahahaha.. 

Ada certain yang Sis beli Dory Skin ni, kepingannya agak nipis, memanglah rangup juga, tapi rasa kepuasan mengigitnya tu tak sama jika ko makan gigit yang tebal punya. Ehhh tak caya ye cuba laaaaa...Ko try makan yang nipis dengan yang jenis tebal gini, mana satu lagi best dan puas! ..

ALOHA The Best Dory Skin Cheesy Salted Egg

ALOHA The Best Dory Skin Cheesy Salted Egg

Bendanya beli sekotak, bila dah ramai makanya berebutlah makan. Bukan tak cukup, tapi sebab sedap nauuu tu yang tak cukup. Ye laa ada cheese kann, bebudak sukalah. Ingatkan si Danny kecik tu tak makan, sekali dia cuba, habis sekotak tu dia 'rampas' dan tak bagi sapa-sapa pun makan hahahaha adoiihaiiii...

Last-last bila dah habis, menangis minta lagi Mama dia.. nanti laaa Ayyom belikan lagi yaa.. ni Ayyom testing je ni, manalaaa tau sedap dan semua sukakannya hahahaha.. anak anakkk...

Bagi korang yang nak mencubanya, bolah dapatkannya dengan kawan Sis ni. Korang boleh wahtsapp atau PM/DM dia. Details Sis letak di bawah ni ya. 

Harga terjual RM26 sahaja. Tapi kalau korang beli sekarang, mereka sedang buat jualan Year End Sale, so harga hanya RM23 sahaja macam Sis beli tu. (jualan YES masih lagi berlangsung). Pos seluruh Malaysia. 

Atau korang boleh online di Shopee dia aje. 
Lagi satu kann, kawan Sis ni bukan jual ALOHA Dory Skin je, ada juga jual pakaian wanita baju tanpa gosok tu haaa hahahaha.. silalah membelek dan membelinya ya.. harga sangat berpatutan. 



P/S: Harini hari terakhir 2020.. Hurmmmmm... macam belum bersedia nak melangkah 2021 laaa.. tapi tak sabar tunggu 2021.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4445