ISNIN TERAKHIR SEBELUM MELANGKAH KE TAHUN BARU 2021 | Assalamualaikum dan selamat pagi semua! Jarang-jarang Sis nak bagi ucapan selamat pagi kan hehehe... tapi pagi ni semangat nak mulakan dengan bagi salam dan ucapan selamat pagi, sebabnya hari ini hari Isnin yang terakhir sebelum melangkah masuk tahun baru 2021 yang cuma tinggal baki lagi 3 hari aje lagi.
Cepat gilerr kan nak masuk 2021, tapi kalau boleh memang nak lagi cepat dari ini, biar cecepat masa berlalu dan wabak Covid19 ni pun segera pupus lenyap dari kita semua. Yaa tahun 2020 ni banyak meninggalkan kesan yang pelbagai perasaan, ujian, dan dugaan buat seluruh dunia akibat dari wabak Covid19 ni. Sampai sekarang pun ramai tak boleh nak move-on lagi..
Kita banyak-banyaklah berdoa dan bersyukur bebanyak.. sekurangnya kita masih lagi sihat, masih boleh cari makan, masih ada keluarga dan juga masih lagi dalam negara Malaysia. tengok aje laa di luar negara tu, lebih teruk dari kita ni kan..
So apa plan korang sebelum melangkahnya masuk tahun 2021 ni? Sis? Seperti semua tau, Sis masih lagi belum merentas negeri dan pergi bercuti ke mana-mana lagi.. paling tidak pun Sis cuma ada staycation di hotel-hotel sekitar Johor aje, tu pun tidak pergi satu family gak. InsyaAllah tunggulah keadaan reda sikit, nak juga bawa family bercuti. Now #StaySafe dulu dan #StayAtHome buat masa ni, maklumlah Sis dan Suami ni dalam katagori warga berisiko tinggi.. so #KitaJagaKIta aje laa dulu.
Ini pun cuti panjang 3 hari sempena Krismas pun Sis tak kemana juga, sebab adik-adik Sis semua datang staycation bertandang bermalam di rumah Sis. Meriah riuh satu rumah. Biasanya ada je yang tak cukup korum, tapi kali ni, penuh semua satu rumah, kecuali adik ipar 2 orang aje yang takde.
Alhamdulilah panjat syukur kepada Allah, masih beri peluang Sis dan adik-adik semua berkumpul bersama dan kami banyak habiskan masa bersama sepanjang cuti sekolah ni haa.. Yee kalau anak-anak dah bersekolah, memang susah nak berkumpul, ni semua tengah cuti ni, amik kesempatanlah kami semua.
Sis macam biasa laaa, masak non-stop selama 4 hari ni, duduk dapur aje laaa tapi seronok giler!!!! Mana tak, asal masak aje licin, asal licin aje masak, hahahaha.. kalau tidak, masak pun susah nak habis!.. ni siap paksa lagi anak-anak sedara kecik-kecik tu makan, siap ugut; 'Sapa tak makan, tak boleh tidur rumah Ayyom' hahahahaha.. kelam kabut semua makan, tapi bersuap laa semua, kalau tak kang, bersepah ...
Pagi ni pun masih ada lagi adik Sis sorang tu tidur di rumah, harini baru mereka balik, yang lain semua semalam malam dah balik. Lepas ni sunyilah rumah Ayyom huhuhu...
Apa-apa pun syukurlah, walau keluarga Sis ni tak besar, tapi bersyukur masih lagi punya keluarga dan tidak sendirian. Keluarga adalah 'nyawa Sis', tanpa mereka ni semua, Sis tak tau nak bayangkan macam mana Sis nak teruskan kehidupan nanti.. moga Allah panjangkan umur kami semua, agar kami dapat lalui hari tua bersama hingga ke akhir nyawa kami.. aamiinn..
Terima kasih juga buat Suami yang banyak melayan anak-anak saudara dan 'belanja' kami semua sepanjang adik-adik Sis di sini. insyaAllah percaya pada rezeki, Allah akan tambahkan rezeki dan sentiasa murahkan rezekinya walau di mana sahaja berada, lebih-lebih mengeluarkan rezeki pada anak yatim.. aamiinn..
Okaylah, Sis stop dulu, nak sambung buat kerja.. nanti dah free Sis update lagi ya..
Korang jaga diri ookay..
P/S: Sis tak sabar nak tunggu Tahun Baru 2021! Korang pulak macam mana?..