Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4424

MAKAN ASAM PEDAS KEPALA IKAN DI BIBIK'S KITCHEN, TERINGAT ARWAH EMAK AKU

$
0
0
MAKAN ASAM PEDAS KEPALA IKAN DI BIBIK'S KITCHEN, TERINGAT ARWAH EMAK AKU | Nak kata sedap sangat tu tidak juga, tapi masih dalam katagori sedap, sebab bila Sis makan Asam Pedas Kepala Ikan di Bibik's Kitchen ni, terus terbayang akan masakan asam pedas arwah Emak Sis. Dan nak kata sama rasanya, memang tidak laaa, cuma, rasa asam pedas tu seakan sama macam Emak Sis masak, kuahnya cukup masam, cukup pedas dan yang penting sekali, cukup rasa asam pedasnya. 

Bukan senang tau nak jumpa menu asam pedas di hotel yang benar-benar rasa asam pedas seperti kita masak di rumah, lebih-lebih lagi kalau dah sekali makan, terus kita bayangkan kesedapannya sama macam masakan Emak kita. Tapi di Bibik's Kitchen JO Hotel ni, korang boleh nikmati Asam Pedas Kepala Ikan ini seperti masakan di rumah sendiri. 

Percayalah!! Sis dah mencubanya memang sedap asam pedasnya. 

Makan Asam Pedas Kepala Ikan Di Bibik's Kitchen, Teringat Arwah Emak Aku

Bibik's Kitchen di JO Hotel ini baru saja beroperasi pada 6th September 2020 tahun ini, dan ianya lebih kepada menyediakan sajian menu 'Casual Asian Peranakan Food', diilhamkan oleh rasa masakan peranakan yang asli dari dapurnya sendiri. Dan baru-baru ini Bibik's Kitchen telah memperkenalkan gaya makan melalui pesta amalan kaum Baba Nyonya yaitu 'Tok Panjang'. 

Yaa Atuk Cina Sis sebelah Emak adalah Cina Hokiien Baba Nyonya. Kalau korang nak tau, masyarakat Baba sehingga kini masih mengamalkan satu upacara tradisi yang bersangkutan dengan penyembahan nenek moyang iaitu penggunaan meja panjang atau lauk tok panjang. Upacara ini ialah memasak lauk sembahyang dengan masakan yang istimewa pada hari-hari tertentu sahaja. 'Tok' bermaksud  pelbagai lauk dan mempunyai isi tersirat dan meja upacaranya yang di panggil 'Panjang'.

Dan menu Asam Pedas Kepala Ikan tu adalah salah satu menu yang di sediakan pada hari kami menjadi jemputan untuk merasai keunikan menu peranakan di Bibik's Kitchen ni. Bukan kata kami sambut perayaan tu, tapi gaya persembahannya dilhamkan mengikut gaya makan dari pesta itu melalui 'meja panjang'nya. Faham ke tak tu?

Makan Asam Pedas Kepala Ikan Di Bibik's Kitchen, Teringat Arwah Emak Aku

Makan Asam Pedas Kepala Ikan Di Bibik's Kitchen, Teringat Arwah Emak Aku

Tapi kalau korang datang makan, nak duduk meja biasa pun ada. Nak duduk meja panjang pun ada.Cuma masa kami datang tu ramai bersama media lain, so memang sesuailah tu dengan tema Tok Panjang tu kan kan..

Ini adalah pertama kali Sis ke Bibik's Kitchen ni. Di Bibik's Kitchen ni, korang boleh nikmati pelbagai menu makan tengah-hari dan juga makan malam sekiranya korang staycation di sini atau pun jika korang walk-in terus ke JO Hotel. Hotel JO Hotel ini adalah bangunan yang sama bangunannya yang dulu lebih di kenali dengan Tropical Inn. 

Dan buat masa ini, Bibik's Kitchen sedang mempromosikan menu exclusive Nyonya Set Lunch dengan harga hanya RM35nett untuk dua orang makan. 

Makan Asam Pedas Kepala Ikan Di Bibik's Kitchen, Teringat Arwah Emak Aku

Makan Asam Pedas Kepala Ikan Di Bibik's Kitchen, Teringat Arwah Emak Aku

Makan Asam Pedas Kepala Ikan Di Bibik's Kitchen, Teringat Arwah Emak Aku

Makan Asam Pedas Kepala Ikan Di Bibik's Kitchen, Teringat Arwah Emak Aku

Nyonya Set Lunch RM35 untuk dua orang yang di hidangkan pada kami ketika itu, terdiri daripada;
  • Ayam Pongteh
  • Cencaru Sumbat Sambal
  • Cincalok Telur Dadar
  • Home-Made Shrimp Paste Stuffed Mackerel
  • Nyonya Chap Chye
  • Kueh Pai Tee
  • Buah tembikai
  • Cendol
  • Lemongrass Drink

Baca nama-nama menu pun korang dah rasa dek tekak kan, apa lagi kalau dapat merasainya. Memang sedap dan berbaloi untuk makan dua orang ni. Sis makan mengadap bersama Nona berdua tu pun tak habis. Ni kalau datang makan sini kena betul-betul lapar baru best.

Dan jikalau korang nak add-on atau nak makan ala-carte, pun ada juga. 

Makan Asam Pedas Kepala Ikan Di Bibik's Kitchen, Teringat Arwah Emak Aku

Makan Asam Pedas Kepala Ikan Di Bibik's Kitchen, Teringat Arwah Emak Aku

Makan Asam Pedas Kepala Ikan Di Bibik's Kitchen, Teringat Arwah Emak Aku

Makan Asam Pedas Kepala Ikan Di Bibik's Kitchen, Teringat Arwah Emak Aku

Selain dari menu ala-carteAsam Pedas Kepala Ikan yang berharga RM35 tu, korang juga boleh makan menu ala-carte lain seperti;
  • Ayam Buah Keluak
  • Udang Sambal Petai
  • Ayam Kapitan
  • Sup Itik Tim 

Dan lagi satu kan, tak sangka juga ada menu Udang Sambal Petai tu haaa, perghh rasa dia sedap gilerr ko. Pedas dan petainya, pior betul... masuk tandas kena flush dua kali hahahaha.. serius sedap, korang cubalah. Tapi menu-menu ini akan rotate setiap hari ya, so bagi korang yang nak tau menu apa yang di sajikan pada hari korang nak datang tu, korang boleh call dulu Bibik's Kitchen. 

Dan yang tak pernah mencuba masakan buah keluak tu, haaa silalah mencubanya. Tapi call dulu bertanya samaada ada atau tidak menu tu pada hari yang korang nak datang ya. Jangan nanti kang, ko datang takde menu yang Sis tunjuk, korang meroyan plak.. jangan cakap hakak tak payung okay...

Makan Asam Pedas Kepala Ikan Di Bibik's Kitchen, Teringat Arwah Emak Aku

Dan jika korang baca posting Sis di facebook pages Sis di @akusislin mengenai pengalaman staycation Sis di JO Hotel tu, Sis juga ada makan sarapan Lontong di Bibik;s Kitchen. Boleh tahan sedap Lontongnya. Selain Lontong, ada juga set Nasi Lemak dan juga set Soto. Untuk sarapan pagi Bibik;s Kitchen menyediakan set sarapan pagi dengan harga RM10nett dan set makan malam Nasi Campur juga dengan RM10nett. 

Dan sempena perayaan Krismas tak lama lagi juga, Bibik's Kitchen ada menyediakan set makan bertemakan, 'Bibik Style Christmas Dinner' dengan hanya RM80nett sahaja untuk dua orang makan. Menunya terdiri daripada; Goh Hiong Roll, Roasted Chicken with Keluak Sauce, Steamed Fish wih Nyonya Sauce, Pulut Kuning, Sago Gula Melaka dan Lemongrass Drink. *Tempahan awal di utamakan.

Makan Asam Pedas Kepala Ikan Di Bibik's Kitchen, Teringat Arwah Emak Aku


Next, Sis akan kongsikan dengan korang pengalaman pertama Sis staycation di JO Hotel ni, memang sangat nostalgia menginap di sini.. 'NO Place like JO Hotel' ... gituh....

Untuk tempahan meja, korang boleh hubungi nombor details di bawah yang Sis sediakan. Dan untuk melihat lebih banyak gambar menu makanan, korang boleh ke facebook pages Sis @akusislin tu ya. 

Patuhi SOP dan #StaySafe ..

JO Hotel Johor Bahru
Bibik's Kitchen Ground Floor
15, Jalan Gereja 

Untuk tempahan : 
📲: +6012 788 1951(WhatsApp)
📞 : +607 288 8688
📩: staywithus@thejohotel.com



P/S: Bila stay di JO Hotel ni, mengimbau kenangan dedulu waktu sekolah... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4424