HOMEMADE KIMCHI VERSI MELAYU, SEDAP DAN MURAH! | Siapa sini suka makan Kimchi? Apa itu Kimchi? Kimchi atau bahasa Koreanya Hangul: 김치, gimchi. Ianya adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerapnya dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.
Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam".
Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain. Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.
Kalau kat rumah Sis ni, haaa memang boleh di katakan anak-anak 'hantu' makan Kimchi ni. Pantang nampak atau tiap kali seminggu atau selang seminggu, bila stok habis aje, pasti anak akan beli atau anak minta Sis belikan. Dah macam makanan 'mesti' ada dalam peti ais tu.
Kalau Sis kureng sikit, sebab tak berapa suka akan kemasamannya, takat nak makan sikit-sikit tu ookay je. Dan jika korang nak tau, Kimchi ni bukan takat sedap di makan, tapi banyak manfaatnya untuk kesihatan.
Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah. Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan.
Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung. Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk mengubati manusia.
Kebaikan kimchi untuk kesihatan manusia terus menjadi kontroversi kerana kimchi kadang-kadang dikaitkan dengan pelbagai kesan buruk pada kesihatan.
Setakat ni Sis belum pernah lagi buat sendiri Kimchi ni. Kalau tak beli, Sis beli dengan kengkawan. Tapi sepanjang yang Sis belilah kan, semuanya jenis paket dan mungkin ada bahan pengawet, jadi rasa dia agak 'keras' sikit. Tu yang Sis tak berapa nak gemar makan, sebab macam tak fresh.
Lain kalau memang masa pergi Korea dulu, haaa tu yaaa, sekali makan, perghhh sedap ya amat oii. Kalau dapat makan bertambah-tambah, sebab kat Korea korang boleh makan 'free flow', ko nak tambah berapa banyak kali pun boleh hehehe.
Siapa pernah pergi bercuti di Korea mesti tau..
Dan baru-baru ni Sis ternampak di facebook, ada orang jual Kimchi Homemade versi Melayu ni. Namanya Kimchi by Bea. Sis baca testimoni dan feedback dia, semua kata sedap. So Sis beli dan try satu. Cuma ada salah fahaman agaknya masa order, ownernya hantar bekas kecik pulak, ikutkan Sis order bekas besar.
Sedap ke? Yaa memang sedap, puashati makan. memang rasa Kimchi cuma mungkin ownernya baru buat, so sayurnya belum lagi serap dengan bahan perapan, jadinya sayurnya rangup lagi. Kena simpan dan biarkan dalam 3 hari ke, lagi sedap kata ownernya.
Tapi jenis anak Sis, dah nampak, mena boleh tahan, terus aje makan hahahaha.. dah tinggal suku dah semangkuk tu. So memag sedaplah. kalau tak sedap, Sis tak kongsi kat sini hehehehe..
Bagi korang yang nak mencubanya, boleh laa wahtsapp nombor tertera di bekas tu ya. Ownernya nama Bea. Comel orangnya hehehehe.. COD seluruh Johor Bahru. Kalau pos, Sis tak tau.
Korang ada resepi Kimchi sedap? Kalau ada tepek link kat komen ea..
P/S: Sis bizi sokmo ni, adik-adik masih ada, curi-curi aje ngadap laptop sambil masak ni hehehehe.