AKU TAK FAHAM, KENAPALAH SUSAH SANGAT ORANG NAK WANGIKAN KETIAK MEREKA! | Sis rasa kalau korang baca pun korang mesti pernah hadapi situasi yang sama kan? Memang Sis tak faham, kenapalah susah sangat orang nak wangikan ketiak mereka, sedangkan bukannya nak modal besar pun! Hanya beli ubat ketiak atau apa aje laa yang boleh mewangikan ketiak tu, takkan diaorang tu tak tercium bau ketiak sendiri ekkk!.
Kadang tu kan, ada je Sis jumpa, bila lalu aje, perghhh ashemmmmnyaaaa... hamis, maung, tenghekkkkk pun ada, sampai kekadang tu kita sendiri pulak nak cium ketiak sendiri dan berkata, 'Eh, ketiak aku ke yang bau ek?'... sampai macamtu sekali ko positifnya kita.
Dan sampai tahap ada ketikanya dah tak boleh nak tahan, hidung duk terkembang terkempis, nak je tegur, tapi ishhh kang tak memasal, menjatuhkan air muka dia je, walaupun kita cakap PM tepi kang. Tak memasal terus tak nampak muka dia depan Sis, atau kalau ada Sis je, dia takde sebab malu, jangan buat hal yaaa.. kita tak suka! Makanya tadah aje laa lobang hidung ko tuu dengan aroma drastik!.
Bagi Sis sebagai perempuan, bau ketiak tu nak kena jaga laa, jangan sampai ko angkat je tangan, bau ketiak tu dah menguasai keliling ko, kan kita sendiri boleh bau kan? ke korang punya ketiak kat belakang? Tu tak tau laaa kan..
Tapi... lelaki pun sama okay kena jaga! Suami Sis selalu memang Sis sediakan dan belikan ubat ketiaknya supaya ketiaknya wangi. Ye laa dah kita yang nak tidur bawah ketiak dia, mestilah nak wangi-wangi sama, kang kalau bau kang, nayaa jee, hilang nafsu makan! hahahahaha..ngokkk...
Jujurnya, memang kekadang masa pergi event aje laa, ada certain tu memang ada ketiak yang berbau, sedangkan ko dah tau nak pergi eventkan, so pakailah wewangi kan, takde ubat ketiak, modallah beli minyak wangi agak mahal sikit. Mahal tu sebab, bila mahal, wanginya kekal lama sikit, kalau murah, memang ko spray, kejap aje laa baunya hilang. Haa gitu kekdahnya..
Takde minyak wangi, belilah ubat ketiak oiii, macam Sis tu, guna Rexona aje, lepas mandi ko selet-selet sekali dua kat ketiak tu, then sepanjang hari tu insyaAllah takde bau ketiaknya, sebab Sis dah test! Kalau ko pegang ketiak ko time petang ke malam ke, pastu ko cium laaa tangan ko tu, kompom takde bau tenghekkkk..
Nak geli apanyaa, ketiak ko, bukan ketiak orang, tak buat gitu, mana ko nak tau ketiak ko bau ke tak, ngekkkkk... modal pun tak mahal, nak murah tunggu sale, beli pek kembar, baru tak sampai pun doploh hengget!!.. Tu pun nak cakap ke aaaa..
Mahal juga? Ko guna aje laaa kapur dan limau, bancuh letak tepi kolah! Lepas mandi selet.. sebulan kemudian, wangi hilang, tapi ketiak hitam berkarat, ermmmmm... kenapa? Ko gugel sendiri..
Rutin harian Sis memang lepas mandi Sis akan pakai ubat ketiak Rexona ni, memang hanya Rexona aje Sis guna, kalau pakai jenama lain ketiak Sis tak serasi, akan jadi gatal, tapi kalau pakai Rexona ni, ketiak elok je tak gatal dan bersih. So memang kekal dengan Rexona aje, bau tak kisah, janji Rexona.
Then Sis akan pakai laa spray body mist Victoria Secret yang Sis memang guna dari dulu sampai laaa sekarang! Kalau lepas mandi kalau tak pakai memang tak sah rasa persiapan lepas mandi hahahaha.. Bau pun tak kisah, janji VS tu laa.. beli one set dapat harga murah.
Kemudian barulah pakai minyak wangi kalau nak keluar rumah. kalau tak keluar tak pakai, hanya pakai VS tu jee.. Tu pun dah wangi sepanjang hari. Kadang sampai Suami tegur,'wangi-wangi nak gi mana?' hahahahaa terus nanti Sis jawab, 'wangi nak duduk sebelah you laaa', hahahahaha uwekkkkkk...ada yang muntah hijo ke baca hahahahaha...
Tapi baru-baru ni Sis terpesona dengan bauannya minyak wangi yang kawan Sis jual dan dia buat sendiri harumannya, namanya Le-Duft Parfum. Memang tersangatlah wangi oii, sekali pakai, dari pagi sampai ke petang melekat baunya kat tudung dan baju, sampaikan bag tangan ko pun bau wangi gara-gara bila bergesel dengan baju dan tudung kita, tersangat laaa Sis suka!.
Sis memang dari dulu hingga kini suka akan bauan Gucci - Flora, so perfume Le-Duft ni pun ada juga bauan yang Sis suka, memang adore gile baunya.. Korang kalau nak cuba boleh contact Le’Duft Official HQ www.wasap.my/60196070909 atau boleh dapatkannya Shopee https://bit.ly/2KSJanL
Harga mampu beli, mahal ke murah ke janji ketiak ko tak bau laaa oiii... ikut suka hati lee ko nak beli apa, janji cubalah cium ketiak sendiri yaa.. Jika ada sesiapa yang tercium ketiak Sis berbau, sila bagitau, Sis ko tak kisah, jiwa kental punya!.. no hurt feeling, sebab kita dah cuba untuk tidak membaukannya, tapi kalau nak bau juga, kita redha ajee laaa nokkkk hahahahaha..
P/S: Bila pakai ubat ketiak Rexona Sakura tu, teringat dak Sunah Sakura hahaha.. daku ingatmu di setiap seleten ketiakku gamaknya hahaha :p