BILA ANAK TANYA, 'MAK TAK PAKAI COLI KE?' | Hahaha baca tajuk memang agak sensitif sikit, tapi jika korang baca sampai habis, korang akan faham dengan penjelasannya. Tapi soalan anak tu memang jadi bahan gelak ketawa kami anak beranak dalam kereta hahahaha.
Kisahnya, Sabtu kelmarin anak Sis,Yana mencuci baju Sis semua. Kemudian selesai mencuci dan mengeringkan, kami semua pun keluar kebandar jalan-jalan cari tempat makan best di Johor ni. Waktu dalam kereta tu laa, tiba-tiba anak Sis,Yana tanya, 'Emak tak pakai coli ke?, sebab adik basuh baju Mak tak jumpa coli, seluar dalam jer ada'... hahahaha punyalah seloroh dia tanya, sampai Ayahnya gelak bagai nak haperr!!.
Teruslah Sis jawab, 'Takk, jimat kain baju', hahahaha.. terus anak-anak semua gelak, tapi sebenonya semua faham, Sis pun siap terangkan pada anak-anak, lagipun Sis kat rumah aje, tak kemana pun, so better duk rumah tak payah laa weii nak pakai, semakkk jee, bior kasi lapang sikit, bebas!!..
Yeee korang jangan gelak sangat, tapi korang kena tau dan faham, apa manfaat dan kelebihannya jika tak pakai coli ni, jangan ingat posting ni macam mencarut, tapi sebagai perempuan korang kena amik peduli yaa.. tak payah le nak ngata Sis ni post mendatangkan bayangan 'bogel', tapi sedar tak sedar, dalam kita berpakaian lengkap pun ada penampakan 'bogelnya', cuma kita tak sedar jer, so amik sikap positif dengan posting Sis kali ni.
Korang baca perkongsian dari Hello Doktor ni. Moga bermanfaat buat semua kaum wanita semua.
Tidak Memakai Bra
Tidak memakai bra adalah perkara biasa di luar negara dan untuk diamalkan di Malaysia ia kedengaran janggal. Tetapi sebenarnya ada manfaat kesihatan di sebalik perbuatan tersebut. Seharian bekerja, pastinya kita tidak dapat mengelak keadaan badan yang berpeluh dan tidak selesa.
Pastinya untuk wanita, dapat pulang ke rumah, membuka dan menanggalkan coli yang basah akibat peluh adalah perkara yang memberikan keselesaan. Tetapi ada juga sesetengah wanita yang masih akan memakai bra walaupun ketika di rumah dan pada waktu malam. Sudah tentu kerana berasakan coli dapat membantu payudara kekal anjal dan sihat.
Jadi adakah ia bermakna tidak memakai bra sesuatu yang tidak bagus untuk payudara anda?
Berdasarkan kajian saintifik, tidak ada bukti yang dapat mengesahkan bahawa coli boleh mengekalkan keremajaan pada payudara. Malahan pemakaiannya dikatakan akan mengekang payudara daripada membesar atau mencapai daya tarikan semula jadinya.
Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh seorang Profesor di Centre Hospitalier Universitaire de Besancon, Perancis mendapati wanita yang tidak memakai coli memiliki payudara yang lebih anjal berbanding mereka yang kerap memakainya. Bahkan berlawanan dengan kepercayaan umum, tindakan tidak menggunakan bra dikatakan dapat melindungi payudara daripada graviti.
Malahan tindakan ini membuatkan wanita mempunyai postur lebih baik serta mengembangkan otot-otot di bawah buah dada bagi menyokong dan mengangkatnya.
Apa kebaikan tidak memakai bra dari aspek manfaat kesihatan
Pemakaian coli dianggap sebagai keperluan bagi wanita dan akan menimbulkan rasa janggal dan segan jika keadaan adalah sebaliknya. Apatah lagi apabila hidup dan membesar dalam norma kehidupan manusia yang penuh beradab, seperti di Malaysia. Namun itu tidak bermakna kita boleh menafikan tentang manfaat kesihatan yang boleh diperolehi jika memilih untuk tidak memakai coli. Korang mungkin boleh lakukannya di rumah.
5 manfaat kesihatan yang tidak memakai coli:
1. Kesihatan kulit payudara
Pemakaian coli secara berkala dan kerap akan cenderung menyebabkan kelembapan, kotoran dan peluh terperangkap pada kulit payudara. Situasi seperti itu boleh mengakibatkan pori-pori pada sekitar payudara tersumbat dan menimbulkan masalah kerengsaan kulit. Ia lebih kerap dialami oleh wanita dengan buah dada yang besar.
Masalah kerengsaan kulit yang berlaku boleh menyebabkan wujudnya jerawat mekanik (acne mechanica) – muncul kesan daripada gosokan, geseran atau tekanan pada kulit. Biasanya jerawat ini dialami kesan pemakaian bra ketika bersenam dan memakai pakaian yang basah akibat berpeluh.
2. Peredaran darah
Perasan tak apabila korang memakai coli, adakalanya terasa seperti menyesakkan bahagian dada dan fungsi pernafasan korang? Itu antara kesan apabila memakai bra selama berjam-jam. Lebih-lebih lagi jika saiz coli itu agak kecil untuk payudara korang.
Keadaan ini akan menjejaskan aliran darah ke bahagian belakang badan dan dinding dada, sekali gus akan menyebabkan kesakitan otot belakang badan. Jadi apabila korang tidak memakai bra, terutamanya bagi wanita dengan buah dada yang besar, tindakan korang itu akan dapat meningkatkan fungsi peredaran darah menjadi lebih baik.
3. Saluran limfa
Kelebihan lain apabila korang memutuskan untuk tidak memakai coli adalah ia dapat meningkatkan fungsi saluran limfa. Ini membolehkan penyingkiran toksin daripada bahagian sekitar payudara. Sudah tentu, ia juga boleh mencegah pengekalan cairan, ketidakselesaan dan kerengsaan pada buah dada.
4. Otot dan bentuk payudara
Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa pemakaian bra boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong payudara menjadi ‘malas’ dan kesannya buah dada kelihatan kendur dan tidak anjal. Terdapat wanita yang tidak memakai coli untuk 1 tempoh panjang mengakui bahawa payudara mereka tampak tegang, anjal dan lebih menarik dari masa ke masa.
Bagi wanita dengan buah dada yang penuh atau besar, mungkin akan berasa lebih tegang pada permulaan tidak memakai coli. Namun, lama-kelamaan, tindakan tersebut dipercayai dapat meningkatkan kekuatan otot dada dan bahagian belakang serta memberikan sokongan yang baik walaupun tanpa bra.
5. Kualiti tidur
Korang mungkin tidak menyedarinya, tetapi pemakaian bra pada waktu tidur cenderung menyebabkan tidur terganggu dan kurang nyenyak. Malahan menanggalkan coli pada waktu malam dipercayai dapat meningkatkan kualiti tidur korang.
Tidak mendapat tidur yang baik dan berkualiti berisiko mengakibatkan keletihan, masalah berkaitan memori serta mengurangkan kewaspadaan pada keesokan harinya.
Memberikan keselesaan
Bagi wanita yang sudah biasa memakai coli pada kebanyakan masa akan berada ‘terdedah’ jika tidak memakai bra. Namun untuk jangka masa panjang, apabila korang sudah membiasakan diri tanpa coli, ia dapat memberikan rasa keselesaan dan bebas.
Kesan perubahan ini banyak bergantung kepada saiz buah dada korang. Bagi wanita dengan payudara kecil mungkin tidak dapat merasai manfaat drastik tanpa coli berbanding wanita yang mempunyai buah dada besar.
P/S: Rasanya ramai aje yang tak pakai coli kalau berada dirumah kan? Bagus!..