Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

OPPO DENGAN KERJASAMA TOURISM MALAYSIA MELANCARKAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI 'BE A RENOgrapher'

$
0
0
OPPO DENGAN KERJASAMA TOURISM MALAYSIA MELANCARKAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI 'BE A RENOgrapher' | OPPO, jenama peranti pintar terkemuka dunia dan Tourism Malaysia telah bekerjasama dalam melancarkan Pertandingan Fotografi ‘Be A RENOgrapher’. Dengan hadiah bernilai sehingga RM 129,000 untuk dimenangi, Pertandingan Fotografi ‘Be RENOgrapher’ bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menerokai kepelbagaian budaya dan keindahan Malaysia menerusi lensa kamera telefon pintar sekali gus memupuk minat fotografi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas melibatkan pengguna OPPO dan bukan OPPO, bermula dari 18 November 2020 hingga 20 Disember 2020. Bagi memberi ruang kepada para peserta dalam mencungkil bakat mereka, peraduan ini terbahagi kepada empat kategori yang berbeza: Clearly Your Best Night, Clearly Your Best Portrait, Clearly Your Best Creativity dan Clearly Your Best Landscape.

Clearly Your Best Night memberi tumpuan kepada perakaman pemandangan yang menawan dalam keadaan pencahayaan rendah, sementara Clearly Your Best Portrait memfokuskan kepada pengabadian semangat Malaysia dalam penggunaan mod potret. Di bawah kategori Clearly Your Best Creativity, peserta bebas menerokai kreativiti mereka dalam menghasilkan gambar di luar jangkaan, manakala Clearly Your Best Landscape memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi keindahan Malaysia.

OPPO Dengan Kerjasama TOURISM MALAYSIA Melancarkan Pertandingan Fotografi ‘Be A RENOgrapher’

Berikut ialah cara-cara untuk menyertai pertandingan ini:

Bagi pengguna OPPO

Langkah 1: Pilih tema yang diminati (rujuk rajah dibawah). Semua peserta digalakkan untuk menyertai lebih daripada satu tema.

Langkah 2: Guna apa sahaja jenis telefon pintar OPPO dan pastikan anda aktifkan watermark OPPO untuk mengambil gambar.

Langkah 3: Muat naik ke Instagram dengan 3 hashtag: 
#BeRENOgrapher
Hashtag nama modal telefon pintar OPPO anda (eg. #OPPOReno4Pro)
Hashtag kategori tema yang disertai (dari langkah 1).
**Pastikan profil Instagram anda diset ke ‘Public’.

Langkah 4: Hantarkan URL Instagram anda ke https://forms.gle/GRtpamKFVdX3uQtU6 untuk mengesahkan penghantaran anda.

Bagi bukan pengguna OPPO

Langkah 1: Pilih tema yang diminati (rujuk rajah dibawah). Semua peserta digalakkan untuk menyertai lebih daripada satu tema.

Langkah 2: Ambil gambar dengan telefon pintar anda. Pastikan watermark ditutup.

Langkah 3: Muat naik ke Instagram dengan 2 hashtag:
#BeRENOgrapher
Hashtag kategori tema yang disertai (dari langkah 1). 
**Pastikan profil Instagram anda diset ke ‘Public’.

Langkah 4: Hantarkan URL Instagram anda ke https://forms.gle/GRtpamKFVdX3uQtU6 untuk mengesahkan penghantaran anda.

OPPO Dengan Kerjasama TOURISM MALAYSIA Melancarkan Pertandingan Fotografi ‘Be A RENOgrapher’

Kategori
Hashtag Kategori

Clearly Your Best Night #RenoNightMoment
Clearly Your Best Portrait #RenoPortraitMoment
Clearly Your Best Creativity #RenoCreativeMoment
Clearly Your Best Landscape #RenoLandscapeMoment

Sepanjang tempoh peraduan, satu peserta dari setiap kumpulan dengan foto terbaik akan dipilih sebagai pemenang mingguan. Pada 23 Disember 2020, 15 pemenang saguhati, 10 pemenang hadiah cemerlang dan 4 pemenang kategori dari Kumpulan OPPO serta 12 pemenang saguhati, 8 pemenang hadiah cemerlang dan 4 pemenang kategori dari Kumpulan Bukan OPPO akan diumumkan di https://oppomy.com/BeRENOgrapher. 8 Pemenang Hadiah Utama akan diumumkan pada 2 Januari 2021.

Para peserta juga boleh mengambil bahagian menerusi platform rakan kongsi, di mana pengguna OPPO berpeluang memenangi OPPO Reno4 Pro manakala bukan pengguna OPPO berpeluang memenangi OPPO Enco W31. 1 pemenang bagi setiap kategori akan dipilih dari setiap platform rakan kongsi, yang akan diumumkan di platform masing-masing. Rakan kongsi yang mengambil bahagian termasuk China Press, Berita Harian, Era FM, Astro Gempak, Kuala Lumpur Photography Festival (https://klpf.com.my/oppo/), Zing Gadget dan Technave. Digi juga berkerjasama dengan OPPO sebagai platform rakan kongsi. 

Maklumat lanjut bagi hadiah dan perincian peraduan Digi boleh didapati di laman Facebook rasmi Digi.

OPPO Dengan Kerjasama TOURISM MALAYSIA Melancarkan Pertandingan Fotografi ‘Be A RENOgrapher’

OPPO Dengan Kerjasama TOURISM MALAYSIA Melancarkan Pertandingan Fotografi ‘Be A RENOgrapher’

Peserta diberi peluang untuk menghantar penyertaan sebanyak mungkin untuk berpeluang memenangi hadiah mingguan di samping memenangi hadiah-hadiah utama, di mana pemenang mingguan akan menikmati percutian bernilai RM500 di destinasi terpilih di seluruh Malaysia. Bagi Kumpulan Pengguna OPPO, pemenang akan ditawarkan penginapan dua hari satu malam untuk dua orang di Port Dickson, Kuching, atau Kota Kinabalu manakala pemenang dari Kumpulan Pengguna Bukan OPPO akan menerima penginapan dua hari 1 malam untuk dua orang di Port Dickson, Johor, atau Melaka.

Sepanjang tempoh peraduan, OPPO juga akan menganjurkan bengkel fotografi secara mingguan menerusi Facebook Live, yang akan dikendalikan oleh juri-juri peraduan ini. Bengkel fotografi ini akan membincangkan setiap kategori peraduan termasuk demonstrasi dan petua yang akan dikongsikan oleh para juri yang berpengalaman.

Peserta yang menghantar penyertaan mereka akan mendapatkan kod promo eksklusif untuk siri Reno terpilih. Sah dari 18 November 2020 hingga 13 Disember 2020, kod promo ini memberikan diskaun sebanyak RM100 untuk siri OPPO Reno4 dan RM50 untuk siri OPPO Reno3. Terhad untuk 100 penebusan pertama, diskaun ini adalah atas dasar layan dahulu.

Menerusi kolaborasi ini, Tourism Malaysia berharap penyertaan foto-foto destinasi dan tarikan di Malaysia yang diabadikan secara digital dapat mendorong dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong secara domestik dengan selamat di samping mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Dalam mengharungi pandemik ini, kami percaya pelancongan domestik boleh menjadi penyelamat bagi industri pelancongan negara. Buat pertama kalinya pada tahun 2019, Malaysia telah mencatatkan perbelanjaan pelancongan domestik yang lebih tinggi berbanding pelancongan inbound, sebanyak RM92.6 bilion atau 50.9% daripada penggunaan pelancongan internal. Tourism Malaysia berharap Malaysia dapat kembali sebagai destinasi pilihan yang selamat buat semua para pelancong,” kata Encik Zulkifly Md Said, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

“OPPO sentiasa berusaha dalam menghasilkan peranti yang dilengkapi dengan teknologi terkini demi kemudahan para pengguna, termasuklah kecanggihan kamera di telefon pintar kami. Melalui RENO, kami ingin memberi inspirasi, mendorong, dan menyerlahkan bakat terpendam para pengguna dalam bidang fotografi,” kata Ray Wong, Pengurus Produk OPPO Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari https://oppomy.com/BeRENOgrapher.


P/S: Macam best aje ek.. Macam nak try je.. Kot mana tau kan rezeki kan... Jom laaa kita!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.