JAUH PERGI MAKAN NASI KERABU DENGAN EX-GENG SETAMAN | Yaaa ini kisah pagi semalam, memang jauh pergi makan nasi kerabu dengan ex-geng setaman Sis lama dulu di Bukit Indah. Mulanya plan nak pergi makan masa hari jadi Sis tu, then kena pulak PKPB di Johor, terus kitaorang postpone. Dan bila kata Johor dah tamat PKPB kecuali beberapa daerah aje masih PKPB, makanya kitaorang plan semula. Tu pun last minit.
Dan semalam laaa plan menjadi dan seawal jam 6.45am Sis dah gerak dari Pasir Gudang ke Bukit Indah sana. Yaa kena gerak awal, kalau tak kena bebel dengan 'Kak Nam Mamayatie' tu oii kalau sampai lambat hahahahaha. Janji jam 7.30am, dalam jam 7.37am gitu Sis dah pun sampai, tapi orang yang dekat aje yang belum sampai hahahaha.
Kitaorang pergi berlima aje. Mudah dan ringkas, memasing semua tinggal je anak cucu kat rumah, ye laa ada antara kami tu masih ada anak kecil dan juga dah ada cucu, so semalam sesekali Mak-Mak nak 'Me Time', makanya kepak ketiak bebas laa kejap semalam hahahaha..
'Gaul Dulu Baru Makan', haaa itu dia punya trademark kat Warung Nasi Kerabu Usop ni di jalan menuju ke Pontian. Sedap sangat ke Nasi Kerabunya sampai jauh pergi makannya?
Kalau tanya Sis, sedaplah juga, tapi jauh nak pergi makan tu sebab Sis duduk Pasir Gudang, kalau bagi geng-geng Sis ni kira dekat le juga mereka nak perginya. Dan kalau tanya kat mereka ni pulak, sedap ke tak, semestinya laa sedap kalau tak, takkan dekat berpuluh kali mereka berulang ke sana pergi sarapan oii... Tu yang Sis nengok pun kecur tiap kali mereka up kat facebook.
Nasib baiklah dah dapat makan, kalau tidak, sampai ke sudah memang Sis tuntut suruh bawa ke sana hahahaha.. makaseh laa korang!.
Warung Nasi Kerabu Usop ni kalau dari traffic light nak masuk jalan ke Pontian dari Johor Bahru tu, korang jalan terus ke depan sikit, then nanti ada simpang kiri ada banner nama Nasi Kerabu tu, haaa korang beloklah kiri tu. Jalan ke depan sikit, dah nampak warungnya sebelah kanan. Macam-macam jenis lauk pauk Nasi Kerabu ada, yang kami makan ni semalam Nasi Kerabu Kambing.
Lepas dah kenyang, diaorang ajak merayap pulak ke Puteri Harbour, apalagi jalan terus. Jalan-jalan reramai gini memang syok, macam-macam kami bualkan. Dari cite zaman duduk setaman dulu sampai laa cite hal memasing terkini, tu je yang kami bualkan.
Memang rindu gilerr zaman duduk setaman dulu, macam-macam aktiviti kami buat. Siap dulu ada family day Geng Setaman, time tu anak-anak semua kecik lagi, sangat seronok!. Now anak-anak dah besar, masing-masing pun dah sibuk dengan urusan masing-masing, so memang agak susah nak jumpa. Bila dapat je peluang macam ni, memang tak boleh lepaskan.
Dah berpanas di Puteri Harbour tu, kami gerak pulak ke tempat lain. Memasing dah haus penat berOOTD hahahaha.. Terus sepakat kami ke Eco Botanic lepak di Restoran KUU. Sejukkan tekak dengan air kopi0 ais, sebab katanya si Wana, 'kena minum kopi0 laa macam Kak Lin, nanti awet muda' hahahaha..
Kalau korang nak tau, ex-geng setaman Sis ni semua berbakat dan 'kaki cari duit' hahaha. Memang kesemuanya ni pandai menjual, memasak dan buat kuih-muih dan apa je laaa masakan. Biasa pun kalau ada majlis apa pun kat Mesjid Bukit Indah, contohnya; Maulud Nabi ke, Korban ke, kitaorang akan gotong-royong masak sendiri. Memang meriah ketika satu masa dulu..
Agak kalau Sis masih duduk di sana, Sis pun masih juga aktif bersama mereka. Best wooo banyak pengalaman dan suasana berkumpul sama tu susah nak jumpa kat mana-mana. Sana je yang ada Sis jumpa setakat ni. Tak kira tua ke muda ke, semua boleh join sama, orang kata 'sama naik semua', hahahahaha...
Inilah yang sempat Sis jumpa semalam. Rasanya last jumpa awal bulan haritu sewaktu majlis perkahwinan anaknya Kak Ana (kanan sekali) tu. Next agenda, Sis dan ex-geng setaman Sis dah plan nak buat reunion Geng Setaman Setia (GSS), dalam sikit waktu ni selepas majlis Maulud Nabi mereka di Bukit Indah.
Harap semuanya dipermudahkan. Rasa tak sabarnya nak berkumpul dan berjumpa dengan mereka semua. Jangan kang majlis tu jadi jejak kasih dan memasing 'banjir' airmata sudah hahahaha..adeiii.. jangan sedih-sedih laa kan, memasing dah tua dah, chill-chill sudah...
Apa pun, semuanya sahabat Sis dunia akhirat.. dan kamu kamu juga ❤
P/S: Terngiang-ngiang gelak ketawa semalam, ni baru 5 orang, belums etaman lagi hahahaha..