Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

RESEPI DAN CARA BUAT AMBUYAT @ LINUT

$
0
0
RESEPI DAN CARA BUAT AMBUYAT @ LINUT | Korang pernah makan ke Ambuyat atau Linut ni? Yaa Sis dah pernah makan sekali dulu sewaktu Sis staycation di SMSprivatestay di Danga sikit masa dulu bersama teman-teman media lain. Memang nengok agak pelik menunya, apatah lagi nak cuba makannya, tapi alhamdulilah, seumur hidup Sis, ini lah kali pertama atau mungkin terakhir kot Sis mencubanya hahahahaha.. 

Kenapa? Tak sedap ke Sis? 

Bukan tak sedap, cuma tekak Sis tak boleh nak telan, terima kasuk boleh, nak telan rasa pelik nauuu. Tekak korang atau tekak yang memang biasa makan, yee ookay, tapi tidak lee bagi Sis, rasanya bagi Sis, tawar dan melekat dalam mulut, terkulat-kulat Sis ko nak menelannya, kecuali memang ko kena makan dengan sambal dan lauk-lauk sampingannya. Kalau ko telan gitu je, memang terkeluar lee semula hahahaha. 

Dan Sis terpanggil nak buat blogposting ni di sebabkan, tiba-tiba post mengenai cara membuat Ambuyat di youtube Sis yang dah setahun dulu, tiba-tiba naik viewnya hampir dah mencecah 18k lebih views. Pelik beno, agaknya sekarang semua orang tengah PKPB ni nak buat Ambuyat ke ek hehehehe.. 

So untuk harini, Sis kongsikanlah resepi dan cara membuatnya di blog pulak. Tak tau la ek pernah share ke idok.. Resepi ni pun Sis copy dari google jer, mohon halal laa yaa copy resepinya. 

Resepi Dan Cara Buat Ambuyat @ Linut

Ambuyat atau linut merupakan sejenis hidangan yang berasal dari batang Rumbia atau sagu. Ianya merupakan sejenis makanan tempatan di Negeri Sarawak, Negara Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan juga Sabah.

Ambuyat juga dikenali dengan nama lain seperti linut dan kapurung (Bugis). Selain itu, ianya juga dikenali sebagai papeda di Timur negara Indonesia.

Ambuyat kebiasaanya dimakan dengan menggunakan sejenis garpu buluh yang dipanggil candas, dengan cara menggolekkan kanji disekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sambal atau dimakan dengan pelbagai jenis lauk pauk.


Resepi Dan Cara Buat Ambuyat @ Linut

Resepi Dan Cara Buat Ambuyat @ Linut

Bahan-bahannya :
1Kg (6 Cawan) Sagu Rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 Liter (4 cawan) air

Cara Membuatnya :

Sagu dicampur dengn 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
Tuang air dan masukkan sagu kedalam bekas tahan air panas.
Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih.
Kacau sehingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak.

*Lihat pada video youtube cara memgacau tepung sagu tu ya. 

Resepi Dan Cara Buat Ambuyat @ Linut

Resepi Dan Cara Buat Ambuyat @ Linut

Resepi Dan Cara Buat Ambuyat @ Linut

Dan untuk memakan Ambuyat ni, korang kena buat menu sampingan 'wajib'nya pula, yaitu Sambal Belacan. Dan menu lainnya terpulang kepada korang nak tambah apa. Macam kitaorang masa tu, kami ikut aje apa yang Sunah biasa masak menu sampingannya bila makan Ambuyat. Sebabnya Sunah ni memang anak jati Sarawak, so dia tau le semua cara memakannya dan memasaknya. Kitaorang cuma bantu aje sebab nak mencuba hehehe..

Dan menu sayur tu pun, kami hanya guna sayur pucuk ubi aje. Ikutkan orang Sarawak makan, mereka guna sayur Midin atau pucuk paku, ehhh ikutlah suka kroang ek hahahaha.. Juga kitaorang goreng ikan kembong aje sebagai menu sampingannya. 

Resepi Sambal Belacan Untuk Ambuyat @ Linut

Bahan-bahannya : 
1 ketul belacan bakar
Cili padi @ cili biasa (ikut pedas memasing)
Perasa sedikit gula
Jus limau secukupnya

Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan kedalam lesung batu atau blender pun boleh.
Tumbuk @ kisarkan sehingga lumat. Siap!

Resepi Sayur Pucuk Paku / Sayur Midin

Bahan-bahannya : 
500G pucuk paku @ pucuk midin dibersihkan dan dipetik (kami guna pucuk ubi)
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan minyak sayuran
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu makan belacan
1/2 cawan air
Santan secukupnya
1 biji cili merah dihiris untuk hiasan

Cara membuatnya :
Tumis bawang putih, bawang merah dan belacan.
Masukkan santan dan air secukupnya
Masukkan sayur pucuk paku dan garam.
Masak hingga empuk. Hiaskan dengan cili merah.

Resepi Dan Cara Buat Ambuyat @ Linut

Bila dah siap semua masak, korang hidangkan, then masa nak makan, korang ceduk semua masuk dalam pinggan macam gambar atas tu. Kemudian makanlah. Kata Sunah, tengah panas tu kena makan cepat-cepat, baru sedap. 

Tak kisahlah rasa dia apa, janji Sis dah pernah mencubanya hehehehe.. 


So korang apalagi? Kalau teringin nak mencubanya silalah cuba. Janji dah pernah cubakan..Mana taus ekali cuba, korang sukakannya.. 


P/S: Hahahaha ingat aku tak tau 'kau' yang bagi? Jangan ingat aku nak pakai!! Biadap!!..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.