AKU ORDER STARBUCKS GUNA APPS DIGI AJE, LAGI SENANG DAN MURAH! | Iyerr lagi senang dan mudah. Senang cakap memang Sis tak pandai nak order minuman Starbucks ni sengsorang walk-in, jujur cakap, tanya lee Sunah. Melainkan kalau memang nak minum, paling selamat Sis order je Americano Iced, settle terus! hahaha.
Bukan jakun ke bukan bodoh sangat ke, tapi memang tak pandai, tengok aje menu dia, makk aii, kemain banyak pilihan, so memang tak lee nak sebut sesatu tu kan, dan Sis pun tak tau pebende semua tu dalam menunya hahahaha.. Yang taunya americano tu kopi, tu je hahahaha.
Tapi sejak-sejak ni, haaa asal tekak nak minum Starbucks je, Sis dah berani dah nak walk-in order sendiri, bukan sebab dah pandai dan tau semua menu dia tu, tapi jalan mudah dan senang, Sis order Starbukcs guna apps DiGi aje, lagi senang dan murah hehehehe..
Kalau korang pengguna line DiGi, korang downloadlah apps mereka di handphone korang. Macam Sis dah lebih dari 30tahun hokay guna line DiGi, tak pernah tukar dan beralih arah dari line data lain, tak tau kenapa, still setia hingga ke harini bersama 'orang kuning' ni hahahaha..
Memana Sis tinggal, Sis pergi, Sis rasa data dan line dia ookay, so tak perlulah kot Sis nak tukar, buat serabut kepala je. Dan Sis hanya guna prepaid aje, bukan postpaid pun.
Data internet pun dari dulu Sis guna prepaid. Untuk masa sekarang, Sis bayar sebulan RM68 untuk 30gb dan percuma 60gb untuk sebulan. Call unlimited. Memang berbaloi penggunaannya sebanyak 90gb selama sebulan dan jika gb tu tak habis, akan di bawa ke hadapan sehingga mencecah lebih dari 100gb hokay!!
Tapi tu penggunaan data plan prepaid Sis la, untuk korang yang guna DiGi juga Sis tak tau lee, sebab dah terlalu lama Sis guna DiGi ni, maybe laa ada kelebihan yang di beri.
Sebenarnya bukan Starbicks aje yang boleh korang redeem dengan harga murah, ada banyak lagi woii, tak tersebut satu-satu. Semuanya ada dalam DiGi apps tu. Cuma yang menarik perhatian Sis Starbucks ni la. Ikutkan kalau ko order secawan tu, ko ingat dapat harga RM9.99 tu hahahaha, jangan mimpi melainkan ko memang 'lurus bendul' kakakakakah.
Sebab apa Sis cakap macamtu? Yaa tiap kali kalau Sis teman kawan-kawan Sis pergi minum Starbucks ni, tak lebih tak kurang, mesti minuman yang derang order melebihi RM 20 hengget! Sis rasa korang pun sama kan? Hahahaha..
Yaaa tiap kali order, ada je laa budak barista tu kata add-on dan tambah itu le ini ler, kalau jenis Sis yang tak faham ni, mampos Sis iyekan aje, kang tau-tau nak membayonya cecah kang lebih dari RM 20 tu, aje gilerr hahahaha..
So untuk Sis, haaa sesuai sangat lee tu order guna DiGi apps ni je. Just bukak apps tu, then klik SHOP, kemudian klik NEAR ME, lepas tu scroll laa, situ semua keluar apa kedai yang tawakan harga murah untuk kita.
Bila dah pilih, korang bayar guna online banking bank korang, then bayar laa mengikut harga tu, kemudian klik REDEEM. Tunjuk pada barista kat kaunter tu, dah siap! Korang tunggu laa minuman korang siap hehehe..
Cuma takde pilihan lain laa korang nak pilih, hanya Frappucino Blended aja yang di tawarkan, tapi tak silap Sis boleh add-on juga kalau korang nak, yang tu tak tau, kira sekali atau kena tambah duit lagi, lupa pulak nak menanya.
At least dapatlah minum Starbucks dengan harga yang murah kan, hehehehe bukan berkira, tapi Sis memang kurang minat minumannya, melainkan Americano.
So korang yang ada apps DiGi, silalah gunakannya, rugi tak rembat!!!
P/S: Alhamdulilah, satu-satu kiriman doa, hadiah dan ucapan sempena birthday harini.. makaseh semua orang!