Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427

KITARAN HAID TAK TERATUR, PERLU KE MAKAN UBAT HORMON?

$
0
0
KITARAN HAID TAK TERATUR, PERLU KE MAKAN UBAT HORMON? | Terpanggil nak buat blogposting mengenai tajuk ni selepas baca info dari Hello Doktor ni. Satu sebabnya Sis sendiri juga alami kitaran haid tidak teratur. Ada masa berlarutan makan masa yang lama, tapi dalam pendarahan yang terlalu sedikit, sampaikan kejenya asyiklah mandi hadas manjang sebab nak kejarkan solat. 

Dan ada ketikanya lama tak datang haidnya hampir berbulan-bulan. Tapi itu sudah jadi kebiasaan dan Sis pun malas nak fikir. Kalau pergi check jumpa Doktor, salah satu punca katanya Sis ni stress, jadi hormon tak menentu, ermm stress ke aku? hahahahaha.. 

Juga salah sebab utama haid tidak datang, disebabkan Sis pakai impant atau implano, satu kaedah perancangan keluarga yang Sis pasang di lengan kiri Sis. Memang dah bertahun Sis pakai, masuk tahun depan Sis nak buka, dah 12 tahun dah. Memang tiba masa, bukak dan pasang baru, selagi belum monopous. Sekali masuk untuk jangka masa 3 tahun. 

Mungkinlah disebabkan semua tu Sis punya haid kejap datang kejap takde, dan dia keluar pun tak seperti darah haid biasa, sedikit aje, kadang tu risau, tapi bila dah pergi medical check-up semua Doktor kata okkay, so biarkan je la, janji takde apa yang memudaratkan. Pil Metformin tu Sis pernah makan atas saranan Doktor, tapi kena stop sebab tak tahan alahan kembong perut dan pening kepala. So sekarang, biarkan aje laa..

Korang pula macam mana? 

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Kitaran haid adalah perkara penting dalam aspek kesuburan wanita. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur? Adakah ubat-ubatan dapat merawatnya?

Haid, adalah sebahagian daripada kitaran haid di mana endometrium yang merupakan lapisan rahim disingkirkan dan pendarahan keluar dari rahim melalui faraj. Haid biasanya bermula semasa akil baligh bagi seseorang anak gadis, antara umur 10 sehingga 16 tahun, dan akan berterusan sehingga seseorang wanita mengalami menopaus, pada usia antara 45 sehingga 55 tahun.

Purata kitaran haid (tempoh daripada awal haid hingga hari pertama haid yang seterusnya) normal bagi seseorang wanita kebiasaannya adalah 28 hari, namun, ia adalah berbeza bagi setiap individu. Maka adalah normal untuk wanita mempunyai kitaran haid yang lebih pendek atau panjang. Kitaran haid tidak teratur pula adalah apabila tempoh kitaran melebihi 35 hari atau kitarannya menjadi tidak menentu.

Haid tidak teratur, bagaimana ia terjadi?

Tahap insulin dan androgen yang tinggi, juga dikenali ‘hormon lelaki’ di dalam badan mampu mengganggu kitaran ovulasi dan haid bulanan terutamanya bagi wanita dengan masalah PCOS (sindrom ovarium polikistik). Sekiranya korang mempunyai PCOS, haid korang mungkin tidak teratur atau lebih teruk, berhenti sama sekali.

Kitaran haid tidak teratur ditakrifkan sebagai:
  • Kurang daripada 8 kali kitaran haid setahun
  • Kitaran haid lebih pendek daripada 21 hari
  • Kitaran haid lebih lama daripada 35 hari

Apabila kitaran haid memanjang, ovulasi akan terhenti sepenuhnya (disebut anovulasi) atau hanya berlaku sekali-sekala. Manakala, sebilangan wanita dengan PCOS mengalami pendarahan yang lebih berat atau lebih ringan semasa kitaran haid mereka.

Haid yang normal dan berkala membantu mencegah penebalan lapisan rahim yang berlebihan dan sel-sel abnormal daripada terbentuk. Yang paling penting, seseorang wanita harus mempunyai sekurang-kurangnya 4 kitaran haid setahun bagi mengelakkan perkumpulan sel tidak normal.

Oleh itu, apakah rawatan yang boleh korang lakukan untuk merawat masalah ini? 

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Merawat haid tidak teratur dengan ubat-ubatan

Masalah haid yang tidak teratur boleh dirawat dengan ubat-ubatan ini, antaranya:
  • Medroxyprogesterone
  • Norethindrone
  • Metformin

#1 Medroxyprogesterone

Medroxyprogesterone adalah sejenis hormon wanita (progestin) digunakan untuk merawat haid yang tidak normal atau tidak teratur. Bukan itu sahaja, ia juga digunakan untuk menghasilkan kitaran haid yang normal pada wanita yang pernah haid secara normal tetapi tidak mengalami menstruasi sekurang-kurangnya 6 bulan, yang tidak hamil atau mengalami menopaus.

Medroxyprogesterone juga digunakan untuk mencegah pertumbuhan lapisan rahim yang berlebihan dan dapat menurunkan risiko kanser rahim terhadap pesakit yang mengambil estrogen.

Potensi kesan-kesan sampingan

Bagaimanapun, medroxyprogesterone boleh menyebabkan kesan sampingan.
Maklumkan doktor korang sekiranya berlaku gejala yang teruk atau tidak sembuh:
  • Payudara terasa sakit atau menghasilkan cecair
  • Perubahan aliran haid
  • Pendarahan atau tompokan darah yang tidak teratur
  • Tumbuh jerawat
  • Pertumbuhan rambut di muka
  • Keguguran rambut
  • Kesukaran untuk tidur
  • Mengantuk
  • Sakit perut
  • Kenaikan atau penurunan berat badan

#2 Norethindrone

Norethindrone adalah pil pencegah kelahiran yang sering digunakan untuk merawat endometriosis, tisu yang melapisi rahim tumbuh di kawasan anggota badan yang lain dan menyebabkan kesakitan, pendarahan berat atau tidak teratur.

Selain itu, ia digunakan untuk menghasilkan kitaran haid normal pada wanita yang pernah haid secara normal tetapi tidak mengalami menstruasi sekurang-kurangnya 6 bulan, yang tidak hamil atau mengalami menopaus.

Norethindrone turut digunakan sebagai ujian untuk melihat sama ada tubuh menghasilkan hormon wanita tertentu (bahan semula jadi yang mempengaruhi rahim). Ubat ini tergolong dalam kelas ubat-ubatan yang dikenali sebagai progestin, yang fungsinya menghentikan lapisan rahim daripada tumbuh dengan menyebabkan rahim menghasilkan hormon tertentu.

Potensi kesan-kesan sampingan

Norethindrone mampu menyebabkan beberapa kesan sampingan.
Maklumkan doktor korang sekiranya berlaku gejala yang teruk atau tidak sembuh:
  • Perubahan aliran haid
  • Pendarahan atau tompokan darah yang tidak teratur
  • Payudara terasa sakit atau membesar
  • Sakit perut
  • Kenaikan atau penurunan berat badan
  • Kesukaran untuk tidur
  • Tumbuh jerawat
  • Pertumbuhan rambut di muka

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

#3 Metformin

Metformin pula digunakan untuk merawat ketahanan insulin dan diabetes dengan meningkatkan sensitiviti insulin serta mengurangkan pengeluaran glukosa oleh hati. Ia mempunyai beberapa kesan terhadap tubuh, tetapi antara impak utama bagi wanita dengan masalah PCOS adalah mengurangkan ketahanan insulin dan pengeluaran androgen, atau testosteron, di ovari.

Perkara ini dapat meningkatkan fungsi ovari dan mengembalikan semula waktu haid yang teratur. Pun begitu, metformin nampaknya tidak mempunyai tahap keberkesanan yang sama seperti pil kontraseptif dalam menghasilkan haid teratur dan mengurangkan lebihan hormon androgen.

Ia mempunyai kesan yang lebih positif pada kadar kolesterol dan insulin berbanding pil kontraseptif oral. Selain itu, ia mampu membantu penurunan berat badan, pencegah kenaikan berat badan, dan mengurangkan risiko diabetes pada mereka yang berisiko tinggi.

Potensi kesan-kesan sampingan

Sebilangan wanita yang mengambil metformin mempunyai beberapa kesan sampingan gastrousus sementara, seperti:
  • Terasa loya
  • Kembung perut
  • Muntah
  • Hilang selera makan

Rawatan metformin dimulakan dengan dos yang lebih rendah untuk mengurangkan keparahan kesan sampingan.

Kesimpulannya, sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan untuk merawat masalah haid korang, berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat dan buat pemeriksaan lanjut. 


P/S: Menjadi satu kesusahan dalam diri untuk mengerjakan solat. Yang alaminya aje laa yang memahami. Allahuakbar.. :(

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427