MASAK ASAM PEDAS IKAN KEMBONG UNTUK DIRI SENDIRI | Sebab apa kata masak untuk diri sendiri? Sebab bila di tanya semua orang dalam rumah ni, semua taknak menu asam pedas, sebab semalamnya Sabtu tu, Sis dah masak sambal sotong kembang, so anak-anak taknak lauk pedas lagi. Tapi sebab tekak Sis teringin sangat nak makan asam pedas, makanya semalam petang Sis masak asam pedas ikan kembong untuk diri sendiri sahaja.
Suami? Dia tak kisah, dia makan aje apa yang Sis masak. Lagipun semalam Suami keluar memancing, so balik dari memancing petang tu, Sis dah pun siap masak, terus aje hidang dan kami makan sama-sama berdua. Anak-anak pandai lee nanti makan amik sendiri. Lagipun Yana dan kakaknya keluar beli barang, tinggal si bujang aje kat rumah.
Resam orang Johor, seminggu kalau tak masak asam pedas memang tak sah! Ikan ke Ayam ke Tetel ke, janji dapat masak asam pedas. Korang pun sama ke macam Sis?.
Kebetulan hari Sabtu tu Sis dan Suami ke pasar, dan nampak ikan kembong kemain segar dan memang baru lagi naik darat. Sis pergi dan beli di Pasar Orang Asli Bakar Batu sana. Suami ada juga beli Ikan Merah, Ikan Bawal Hitam dan juga Udang dan Ketam.
Di sebabkan hari Sabtu tu Suami dah turun dapur masak Ikan Bawal 3 rasa yang Sis upload di facebook tu, so Ikan Kembong ni memang target Sis nak masak asam pedas aje laa. Jangan di kerat, masak sekor-sekor gitu, perghhh nikmatnyaa lahai makan dengan nasi panas kannn..
Tu yang semalam dalam pada diet, bertambah nasi Suami Sis hahahaha.. nampak lapar beno balik dari memancing yaaa. Tapi hasil kumpawwww..laut air pasang besar dan ribut kata Suami. Semalam pun katanya mancing Sungai je, cari ikan sembilang, dapat laaa 9 ekor, tapi diberinya kat orang, sebab Sis kalau sembilang saiz kecil-kecil, bukan sombong taknak makan, tapi nanti Sis sorang aje makannya, so tak payahlah bawa balik.
Masak 4 ekor, habis dimakan 3 ekor, ada baki sekor lagi dalam kuali, tadi dah panaskan, sekejap lagi makan nasi boleh makan sekali, shedapnyaaa..
Korang masak apa hari ini?..
P/S: Pepatah Isnin : Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama.....