PUSING-PUSING NAIK BOT SEBELUM PKPB | Alhamdulilah, sehari sebelum PKPB bermula, sempatlah Sis dan Suami bawa anak-anak sedara meronda naik bot secara berjemaah. Bukanlah ke laut dalam sana, tapi hanya di Jetty Ujang, Sungai Kong Kong Laut aje. Tak juah dari rumah Sis sini. Tempat biasa Suami turun naik pergi memancing.
Kebetulan adik-adik semua datang bermalam di rumah dari hari Jumaat hingga laa ke Ahad lepas, itu yang kami semua berkumpul dan macam-macam aktiviti makan yang kami semua buat, termasuklah sempat buat bbq di rumah.
Kisahnya sebab Suami terlepas cakap dengan anak sedara yang mana, nanti Pak Longnya nak bawa naik bot, makanya anak sedara menuntut laaa tiap kali datang rumah Sis dan juga nampak muka Pak Longnya hahahaha. Selagi tak bawa naik botnya, selagi tu lee mulutnya asyiklah duk tanya Mamanya bila nak naik bot hahahaha.
Akhirnya rezekilah buat anak-anak sedara, sebelum bermulanya PKPB semalam, mereka semua termasuk Sis juga dapat pusing-pusing naik bot sebelum PKPB. Bukan main happy memasing !.
Lihat aje laa aksi mereka berempat ni sebelum dapat naik bot. Memasing menunggu macam menunggu giliran di Klinik Kesihatan aje hahahaha. Sebelum naik bot tu, kami turun lee ke rakit, sambil lihat-lihat orang memancing. Tapi bila tanya mereka yang memancing tu, semuanya takde hasil. Sebab hujan lebat semalamnya, so ikan takde yang makan, nasib laaa kann.. bukan rezeki namanya.
Sementara menunggu bot panas dan isi minyak. Memasing dah tak sabar nak naik bot, terjerit terloncat, macam haperr dah hahahaha. Kelakar memasing tau bebudak ni dengan aksi mereka hahaha.. Sampai Pak Longnya pun tersenyum nengok gelagat anak-anak sedara ni. Excitednya luar biasa hahahaha..
Haa kan kata dahh, tengok gambar aje, dah nampak betapa gumbiranyaa mereka ini. Mia, dan Nina, mereka ni sebaya dan memang jarang-jarang jumpa kalau hari biasanya. Sebab Ibunya bekerja, dan jarang join sama kalau Sis dan adik-adik yang lain buat aktiviti, termasuklah masa adik-adik bermalam di rumah Sis. So anak-anaknya Mama Mia yang pergi amik dan bawa sekali ke rumah Sis. Ye laa sian pulak kan kalau tak di bawa sama.
Oh! Ya jika ada yang komen kenapa tak pakai life jacket, ni Sis nak explain sikit. Bukan taknak pakai, banyak saiz takde, dan kami hanya pusing tepi-tepi rakit aje. Suami pun bawa slow aje. Sekadar melepaskan keinginan anak-anak sedara yang nak nau naik bot Pak Longnya tu. So layankan aje laa..
Entah apa aje laa yang di bualkan, sampai happy nauu aksinya tu ek hahaha. Tapi bagus juga bebudak ni semua, sebab pusing-pusing naik bot macamtu mereka tak mabuk. Mungkin sebab bot jalan perlahan. Dan air pun nampak tenang dan angin tak kuat. Sebab tu Suami berani nak bawa. Maklumlah sekarang ni musim hujan dan angin kuat, nak pergi memancing pun fikir dua tiga kali sekarang. Silap-silap ikan tak dapat, kuyup yang dapat, hasilnya? kumpawww terus hahahaha..
Dan bila dah 15minit pusing-pusing tanpa arah tujuan, makanya mulalah memasing menguap mengantuk hahahahaha.. Ye laa kena tiup angin kann, pulak tu baru lepas sarapan nasi lemak, mau tak mengantuknya mata. Kalau lama lagi tu, mau semua tidur atas bot hahahahaha.. Tengok je laa si Nina tu haa menguap hahahahaha..
Hampir 20minit jugalah kami pusing-pusing naik bot tu. Bila nak sampai aje jetty, haaa mulalah memasing 'alaaaa pusing lagi laa Pak Long' hahahaha.. sabo je laaa.. tak puas memasing nak pusing-pusing bot. Tapi sebab faktor keselematan, so tak bolehlah lama-lama yaa. Cukuplah sekadar hilang gian aje hahahaha...
Sampai jetty, duduklah kejap berborak dan tiba-tiba motor penjual aiskrim datang, haaa rezeki lagii untuk anak-anak sedara, Pak Longnya belanja aiskrim pulak. Apalagi, suka laaa memasing. Memasing kehausan dan kepenatan, dah macam baru lepas mandi laut aje gayanya hahahahaha.
Alhamdulilah, masa bersama mereka dipenuhi dengan kasih sayang. Sis dan Suami bahagia dapat mengembirakan mereka semua. Terutama anak sedara dan adik Sis yang kehilangan Suami & Ayahnya 2 tahun lepas. Nampak keceriaannya tu bila dapat gembirakan mereka. Tak kiralah siapa kan, bila ada yang menghargai kita antara satu sama lain, pasti kita akan rasa dihargai dan rasa di sayangi.
Masa mengejar kita, jadi pesan Sis, selagi ada peluang, hargai masa yang ada bersama orang tersayang, bila mana masa tu dah terlepas, menyesal pun tak guna. Cuma...jangan cari bahagia atas penderitaan orang lain.. itu aje Sis nak pesan..
I ❤ My Family ..
P/S: Kalau sebab PKPB, hari ini pun mereka masih di rumah Sis huhuhu...