Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

PKPB KALI INI UJIAN BERAT BUAT SEMUA KITA RAKYAT MALAYSIA!

$
0
0
PKPB KALI INI UJIAN BERAT BUAT SEMUA KITA RAKYAT MALAYSIA! | Bukanlah kata PKPB sebelum-sebelum ni bukan ujian berat buat kita, tapi untuk kali ini Sis rasa dan sangat serius dan berat ujiannya. Manakan tidak, hingga persekolahan semua sekolah juga di tutup, kecuali di buka untuk peringkat tingkatan-tingkatan yang di benarkan sahaja. Yang lain semua akan mula di buka dan bersekolah pada tahun 2021 nanti. 

Ibu Bapa yang bekerja dah mula Work From Home (WFH) kembali, yee nak taknak terpaksa, sebab anak-anak dah tak bersekolah, then tidak dibenarkan hantar anak ke pusat asuhan, so siapa nak menjaga anak-anak mereka yang bekerja? Itu kalau bagi mereka yang dapat kebenaran WFH, kalau yang tetap kena bekerja? So macam mana tu????... 

So kita rakyat ni dah tak boleh nak kata apa, akur dan terima aje laa apa yang dah kerajaan tetapkan. Nak marah? Marah pada siapa? Sedangkan yang sepatutnya di marahkan pun takde apa-apa tindakan pun. Tidak rasa bersalah langsung dan seolah takde kesan apa-apa pada 'mereka', tapi kita ni haaa rakyat satu Malaysia yang terkesan dengan PKPB ni. 

Sejak dari PKP lagi, semua orang dah terkesan banyak dengan wabak Covid19 ni, kemudian kita lalui plak PKPB, pun ramai yang hilang pekerjaan, sektor industri pun banyak tutup, hotel-hotel lama dan baru pun banyak semua dah tak beroperasi, ada juga sampai sekarang tak berjumpa keluarga memasing disebabkan pintu keluar dan masuk Malaysia di tutup, jadi apalagi yang nak kita mengeluh? Ada siapa nak dengar ke keluhan kita?.

Sis memang tak layak nak bersuara mengenai hal ini, sebab Sis ni surirumah dan Suami pun masih bekerja seperti biasa, tapi.... sekeliling Sis ada sahabat, rakan, kawan, saudara-mara yang mana, ada antara mereka sudah hilang pekerjaan, ada tu yang meniaga kedai terus tak boleh niaga, ada juga yang pekerjaannya juruterbang, pun terus stay at home tidak terbang ke mana-mana, dan paling terkesan sekali, adik Sis sendiri, yang berjauhan dengan Suaminya di kini bekerja di Singapura tidak boleh balik ulang-ulang seperti biasa, hinggakan berjauhan dengan anak-anak yang masih kecil lagi. Juga anak-anak Sis yang tertangguh pembelajaran mereka di Universiti, so Sis takde hak ke nak bersuara???

Dan paling terkesan secara tiba-tiba buat mereka yang dah buat persiapan majlis perkahwinan, semua dah buat tempahan dan buat pembayaran deposit. Mana kad jemputan dah edar atau pun semua saudara mara, kawan-kawan semua dah tau. So apa nak buat? Mampu redha aje dengan ujian dariNya.. Yaa nikah masih boleh, tapi perasaan excited tu dah bertukar, entah laa susah nak cakap laa, yang faham je yang boleh faham. 

Sis hanya meluahkan apa yang Sis rasa dan simpati Sis kepada mereka yang terkesan gara-gara wabak Covid19 ni. Suruh kita patuh SOP, kita patuh! Suruh kita #StayAtHome #DudukRumahDiamDiam, kita pun patuh, bila keadaan dah semakin membaik, kita hampir menang...ehhhhhhhh datang plak yang rasa 'berkuasa' buat keputusan yang bagi Sis mementingkan diri sendiri, maka akhirnya rakyatlah yang menjadi mangsa dan kembali rakyat juga yang di minta patuh semuanya! Sedangkan mereka........ 

Siapa mereka? Lu fikir laaa sendiri.. 

Ikut hati nak luah panjang-panjang lagi, tapi tu laaa siapa kita?? Silap haribulan tulis atau cakap lebih, Sis ko masuk lokap kang.. sedangkan kita ni rakyat perlu juga buat luahan.. Kalau kata rakyat ni tak faham situasi sebenar yang berlaku, then apa yang berlaku sekarang ni, salah rakyat ke???... 

Memang ada salah juga pada kedegilan rakyat...tapi semuanya pasti ada puncanya kan... so apa puncanya? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...

Okaylah, cukuplah sekadar ini luahan dari Sis untuk PKPB harini.. Korang yang sedang lalui ujian ini, harap bersabar dan berdoa jangan putus! Selagi kita yakin dan kita redha dengan ujian dariNya, insyaAllah semuanya akan baik-baik aja. 

Kita juga harus percaya dan yakin pada semua barisan hadapan kita terutama pihak KKM yang mana mereka sedang, dan akan cuba dan mencuba menangani wabak Covid19 ni dengan baik dan kita pasti menang!.. pasti!!.. so kita bantu mereka dengan #StayAtHome dan #KitaJagaKita.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.. 

PKPB Kali Ini UJian Berat Buat Semua KIta Rakyat Malaysia

RENTAS DAERAH

Untuk orang Johor yang masih lagi tak faham Daerah tu kat mana utk PKPB ini. Untuk makluman semua, Johor ada 10 Daerah aje..  Hanya Skudai, Pasir Gudang, Iskandar Puteri dan Gelang Patah, tu semua dalam daerah Johor Bahru. So, Orang Johor kena fahamkan rentas Daerah tu ya. 

PKPB seluruh Semenanjung kecuali Perlis, Pahang, Kelantan

Semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama sebulan bermula 9 November hingga 6 Disember depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri yang terbabit ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Langkah itu diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam selepas mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kes Covid-19 di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Pelaksanaan PKPB membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti, di samping untuk mengekang penularan Covid-19 di negeri berkenaan.

Bagi Kelantan, Pahang dan Perlis, yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pergerakan rentas negeri juga adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, pergerakan rentas daerah di dalam ketiga-tiga negeri ini dibenarkan seperti biasa. 

Sementara itu, bagi negeri Sarawak, pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagaimanapun, pergerakan rentas daerah dalam negeri Sarawak dibenarkan kecuali ke daerah Kuching.

PKPB Kali Ini UJian Berat Buat Semua KIta Rakyat Malaysia

Permit Pergerakan PKPB

Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah sama seperti diumum dan dilaksanakan dalam PKPB sebelum ini. Ini bagi menguurangkan pergerakan dari kawasan negeri dan daerah supaya tiada jangkitan berlaku terutamanya di daerah yang berlaku peningkatan kes. Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali kes kecemasan yang perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.

Untuk mendapatkan kebenaran PDRM ini, cetak borang Permit Pergerakan PKPB di atas tu, kemudian pergilah ke balai polis untuk mendapatkan tandatangan dan cop supaya tak perlu laa beratur panjang di balai polis untuk dapatkan borang itu. 

Jaga diri korang semua ya.. 


P/S: Moga kita rakyat Malaysia terus kuat!.. aamiinn..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4457

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.