SEMALAM SUAMI MANCING DAPAT IKAN PARI BESAR! ALHAMDULILAH | 'Ehh ko ni, Laki mancing dapat ikan pun nak update, dah takde cerita lain ke?', Kalau ada yang memekak dek posting ni, senang aje Sis ko jawab, 'Di sebabkan yang mancing itu Laki aku laa, aku update, kalau yang mancing tu Laki kau, tak kowser aku nak update ngokk'..hahahahaha..
Jangan tak percaya, pernah ada yang berkata macamtu, apa aje yang Sis update, ada je tak kenanya, seolah katanya, semua benda Sis nak update nak cerita, tapi dia tak baca ke, apa yang Sis update ni hanya cerita tentang Aku Sis Lin aje, takde kena mengena dengan hal orang, so buat apa Sis ko nak rasa insecure? Ko nak baca ye baca, kalau rasa semak taknak baca, klik je button X tepi kanan tu ya. Sekian..
Berbalik pada tajuk, yaaa macam biasa laaa, jika Sabtu Suami tak mancing, dah luangkan masa bersama Family, makanya hari Ahadnya Suami akan pergi memancing. Memang dah pesan, mesti kena ada satu hari dia cuti dan luangkan masa untuk family, so Sabtu tu Sis sekeluarga pergi hadirkan diri ke majlis perkahwinan anak kawan Sis di Eco Polladium Platinum Hall Bizmilla. Sesambil melawat kawasan gituh hehehehe.
Meriah, dapatlah jumpa kawan-kawan jiran setaman lama dulu..
Pagi Ahad tu, berkira-kira juga Sis nak lepaskan Suami pergi memancing, sebabnya keadaan ketika tu hujan dan angin juga kuat. Sis belek kaji cuaca, memang hujan dan angin kuat ribut katanya. So siapa aje tak risau kann.. Tapi sebab kata Suami dah berjanji dengan kawannya, makanya, ermmm hujan pun dia redah juga laaa..
Seawal jam 6.30am Suami dah gerak dari rumah ke Kong Kong Laut. Sis mampu berdoa moga semuanya dipermudahkan dan selamat pergi dan selamat balik membawa hasil yang lumayan. Dan ternyata, walaupun hujan, kalau dah rezeki tu tak kemana gituu..
Akhirnya dapat juga laaa menaikkan 4 ekor ikan pari besar dan kecik, dan juga ada beberapa ekor ikan lain juga dari seharian memancing semalam. Tengok gambar yang Suami hantar di wahtsapp, perghh kemain besauu ikan parinya, terus terbayang dalam kepala, masak asam pedas sedapnya oiii... letak jeruk sawi, arghhhh yummmsss!!..
Balik aje ke rumah, terus Suami cuci dan siangkan kesemua ikannya, tapi Suami hanya bawa balik seekor aje, yang lain bagi pada kawan-kawan, ye laa rezeki kita kongsi bersama, takde rezeki, nganga aje laaa hahahaha..
Bila dah siap siang semua ikan sonang keje Sis, tinggal masak aje kan, kalau tak, bercinta gakk Sis ko nak nyiangnya oii.. So menu kita harini, tentunya laaa Asam Pedas Ikan Pari bersama sawi jeruk..
Siap aje menyiang ikan semua, Suami mandi dan solat, tiba-tiba mengajak pi ngeteh pulak, padahal baru aje lepas makan, ermmm..yang Sis ko plak malasnya nak bersiap, ye laa duk ngadap nengok Gegar Vaganza sebetulnya tunggu Muss keluar nyanyi. Nasib baik masa balik ke rumah, Muss belum lagi nyanyi hahahahaha..
Tak kemana pun, Suami ajak makan Yong Taufu ajer, katanya hujan-hujan sedap makan sup, iyo laaa, dengan Sis ko sekali tumpang sekaki hahahaha habis gak semangkuk besar kami berdua makan, alhamdulilah..
Eh..korang nak tengok tak gambar ikan pari besar yang Suami Sis dapat tu? jeng jeng jeng..
Taraaaa... besat tak tu? Muka terpaksa di woww kan atas faktor rentung di tengah panas hahahaha. Bagi Sis cukup besar walau ada lagi besar orang dapat hahahaha...sebesar ini pun dah rezeki namanya, janji tak kumpaw!! hahahaha...
Ada cerita sedih yang Suami ceritakan mengenai pari yang mereka dapat. Ada salah seekor ikan pari yang kawannya naikkan, ada seekor tu, sebelum mati, ikan pari tu tiba-tiba mengeluarkan 4 ekor anaknya. Mungkin sebelum tu ikan pari tu bunting, so bila dia nak mati, dia lepaskan anaknya dari dalam perut, sedih ko bila Suami cerita.
Suami angkat anaknya lepaskan ke dalam laut. Ohhh siannyaaa... Suami dan kawannya pun, manalah tau ikan tu bunting ke apa ke kan, dapat aje terus naikkan. Selepas 10minit tu lee baru ikan tu beranakkan anaknya tu dalam boat, tapi ikan parinya dah mati, anaknya aje yang di lepaskan.
Ikut kata orang tua, kalau ikan pari bunting macamtu, isi ikannya akan rasa 'hancing', orang kata laaa, lagipun Sis pun pernah kena, memang rasa hancing! Tu Sis kata kat Suami, nanti cuba tanya kawannya tu, ada rasa hancing tak?..
Gitulah cerita orang memancing, tapi hati Sis manyak syokk laaa bila semalam Suami mancing dapat ikan pari bsesat! Alhamdulilah.. rezeki..
So apalagi jom kita sesiap bahan, masak asam pedas ikan pari sawi jeruk..
P/S: Cuaca sejuk aje pagi ni kan, adeii rasa nak sambung tidur aje sekejap...