Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

BETUL KE MIMPI DI PATUK ULAR BERMAKNA KITA DI SIHIR?

$
0
0
BETUL KE MIMPI DI PATUK ULAR BERMAKNA KITA DI SIHIR? | Korang ada yang tau mengenai maksud mimpi tu? Kalau ikut perangai Sis, Sis memang tak suka percaya akan mimpi-mimpi ni, yaa dari dulu sampailah sekarang, diri sendiri kata, 'mimpi tu mainan tidur', akan tetapi, setelah beberapa kali, apa yang Sis mimpi, ianya menjadi kenyataan atau petunjuk buat Sis, maka sejak itu bila Sis bermimpi sesuatu, Sis akan takut dan terus mencari, apakah maksud mimpi tersebut.

Bukannya apa, Sis jenis tak suka nak tau benda yang buruk dan yang ngeri, takut nanti susah nak move on atau nak teruskan perjalanan esoknya, serius cakap, sangatttt takut. Korang ada yang macam Sis ke? 

Dan baru-baru ini, sewaktu Sis staycation di Executive Suites Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, Sis telah bermimpi Sis di patuk ular hitam seakan biru gelap warnanya di tangan kanan Sis. Masa ular tu patuklah terus Sis tersedar dari tidur dan lihat jam hampir jam 3am lebih sikit. Ya Allah sangat menakutkan, siap Sis raba pegang tangan Sis tu. Macam real terasa ular patuk oii..

Dan esoknya Sis keluar nak sarapan pagi di Suasana All Suites Cafe Hotel tu, Sis terus bercerita dengan Sunah dan Ajan. Sunah dengan mukanya yang terkejut terus kata, 'Uisshh Sis, baik pergi berubat', dan Ajan pulak kata, 'Setahu Saya mimpi ular tu ada kaitan dengan perbuatan sihir'... Nauzubillah min zalikk!.. 

Betul Ke Mimpi Di Patuk Ular Bermakna Kita Di Sihir?

Aiyooo gambar ular ni mengelikan Sis ko..cecepat menaip ni oiii...adoiiiiiii....yang ko pi upload gambo tu dah kenapa Sis oii..

Okay sambung balik, dan sejak mimpi tu, Sis ko memang susah nak tidur malam, seakan di bayangi oleh mimpi ular tu. Dan ramai kawan dan group whatsapp juga yang Sis tanyakan maksud mimpi di patuk ular tu. Dan terkejutnya, rata-rata semuanya berkata benda dan maksud yang sama juga seperti Sunah dan Ajan cakap tu...siap ada kawan tu cerita pernah terjadi kepada dirinya dan memang betul dia kena sihir sampai sakit bertahun lamanya...adeiii.. so dia suruh Sis berhati-hati. 

Bertambah risau dan takut plak rasa. Tapi takpe kita ada Allah, dan kita jangan terlalu taksub juga dengan mimpi ni. Mungkin ianya benar mainan tidur, tapi jangan juga lupa mungkin juga ianya satu petanda kepada kita supaya berjaga-jaga atau mungkin juga sebagai tanda kita kena perbaiki diri kita.. 

Sis ada bagitau Suami gak, dia pun cakap hal yang sama, tapi dia cakaplah, banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir. Biar hati tenang dan di lindungi selalu. 

kalau korang percaya tak mimpi kena patuk ular tu bermakna kita kena sihir? ... 

Takpelah, benar atau tidak, kita berserah aje. Jaga solat dan banyakkan membaca Al-Quran seperti yang Suami bagitau tu.. 

Sis kongsikan di bawah ni apa yang kawan Sis hantar di wahtsapp group kami. Kotlah boleh jadi panduan dan ingatan kita bersama. Bukan suruh percaya tapi beringat.. 

Mimpi Di Patuk Ular Tanda Kita Di Sihir.
Tanda-tanda Diri Kita Telah Di Sihir. 
  • Mimpi ular, mimpi dipatuk ular, apa sahaja mimpi berkaitan ular kemungkinan besar ada kaitan dengan sihir. Selalunya ular berwarna hitam. 
  • Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja
  • Mimpi yang menakutkan (mimpi manusia yang sihir kita, mimpi ditikam, mimpi dibunuh dengan kerap diikuti dengan ketidakselesaan pada kesihatan, mimpi di toreh pisau * bangun pagi kita rasa teramat sakit pada kawasan ditoreh/ditikam) 
  • Sakit dada dan resah menjelang senja
  • Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang
  • bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
  • Mula nampak alam ghaib, mata boleh nampak kelibat si penyihir berada di mana-mana tetapi kita tidak ketahui siapa dia
  • Berlaku perkara yang pelik di sekitar kita umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya
  • Menderita sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor
  • Terdengar suara-suara yang memanggil nama kita, terasa hidup bagaikan di awan awangan. 
  • Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.
  • Kerap pengsan tanpa punca
  • Terlalu sakit pada salah satu bahagian badan pada waktu-waktu tertentu sahaja, sakit ini hanya menyerang pada satu bahagian badan sahaja contohnya di bahagian tapak kaki.
  • Rumahtangga tiba-tiba menjadi panas atau dingin tidak sama seperti sebelum ini. Rasa sayang, kasih dan cinta tiba-tiba hilang, perasaan benci terlalu tinggi dalam diri. Hinggakan kita tidak mampu melihat wajah pasangan.

Dan ada sebahagian petanda di atas Sis juga alaminya... Allahuakbar..Moga Allah jauhi diriku, keluarga dan orang sekelilingku dari kejahatan ilmu hitam yang kejam.. aamiinn.

Doakan Sis dan keluarga Sis ya.. 


P/S: Kalau korang ada pengalaman atau lebih tau hal ini, tinggalkan komen yaa.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE