HEADER BLOG TERBARU DESIGN BY AZHAFIZAH GRAPHIC | Amacam, sweet tak header baru blog www.sislin76.com tu. Siapa kata tak lawa, citarasa kita memang berbeza hehehe. Bagi Sis bila dapat aje design siap dari Azhafizah Graphic ni, perrrghh terus suka terbuntar mata Sis. Sebabnya ada rerama purple ko hahaha.
Kalau sebelum ni template blog, watermark dan design blog semua Sis serah pada Cik Sun, tapi untuk kali ni kita tukar selera sakura sikit. Bukannya apa, entah macam mana, masuk aje blog Sihatimerahjambu azhafizah.com tadi malam, terpandang header blog dia, dan Sis terpikat, padahal sebelum ni dah banyak kali masuk blogwalking, cuma malam tadi entah apa angin melintas, terpikat & memikat hati sungguh header hahaha.
Then ada ruangan 'message' di bahagian tepi side bar dia, apalagi, Sis saja le hantar mesej dan bertanya, kotlah dia amik upah buat design header. Ngade-ngade kan nak bermesej situ bagai, padahal boleh aje email ke wahtsapp ke kan hahahaha...
Tak lama kemudian email di balas, dan ternyata iyaaaa, Fizah ada amik upah buat design header hehehe. Yehaaaa..maka berbalas-balas email laa kami untuk bertanya apa yang Sis mahukan.
Setelah menjawab dan bagitau apa yang Sis mahukan, juga sudah siap buat pembayaran, dengan sekejap aje email lagi sekali terjawab dan Fizah hantar design pertama. Untuk design pertama ni, mata Sis tak berapa nak suka, tapi cantikkkk.. cuma kehendak design yang Sis nak kann tu tak menepati citarasa Sis...terus fikir, alaaa macam mana nak bagi Fizah faham apa yang Sis nak ekkk....
Fikir punya fikir...okay, Sis bagitau Fizah, Sis nak header simple dan macam header Fizah aje. Tulisan berekor-ekor macam design asal header Sis tu, then nak ada rerama terbang seolah melukis tulisan tu..
Kemudian, selepas hantar email tu, Fizah pun dah jawab dan hantar design terbaru malam tadi juga, tapi Sis dah off dan masuk tidur. Sampailah esoknya (harini), Subuh tadi Sis bukak email dan lihat. Terus WOW sukanya Sis!!!! Cantik dan menepati apa yang Sis nakkkkkk...
Yeah!! Akhirnya bertukarlah header blog Sis terbaru tu. Yang bestnya siap pakej, boleh buat watermark sekali. Terima kasih Fizah!!..
Korang yang tak cerewet, kalau nak bertukar header ke atau apa ke, boleh la juga dapatkan servis dari Azhafizah Design ni ya. Boleh email ke azhafizahgraphic@gmail.com
P/S: Sis ko ni tak cerewet, janji menepati apa yang Sis suka, terus ON ajerr... hehehehe.. kalau Sunah faham sangat perangai Sis hahaha..