MAKAN-MAKAN ANAK BERANAK DI KAMPUNG SUNGAI RENGIT, PENGGERANG JOHOR | Asyiklah cerita makan manjang Sis ko ni kan, takde ke cerita lain ek hahaha. Adaaa, kalau nak cerita lain, rajin-rajinlah scroll ke bawah atau di sidebar tepi tu bahagian 'blog archive', atau ko search lee tajuk apa ko nak cari dalam blog ni. Rajin-rajinkan laaa membaca dari mengata hahahaha..
Bagi Sis cerita makan ke cerita minum ke, cerita makan minum ke, apa ko nak bisingkan, this is my blog, so sukahati Sis le nak update apa pun, janji apa yang Sis update tidak melampaui batas dan tidak mendatangkan mudarat bagi semua orang, paling tak pun emosi lapar korang je kannn hahahaha.
Cerita makan-makan anak beranak di Kampung Sungai Rengit, Penggerang Johor ni adalah kisah hujung minggu Sis Sabtu lepas. Kebetulan Jumaat dan Sabtu Sis staycation di Suasana All Suites Hotel Johor Bahru, dan Suami pulak Sabtu tu ada kerja. Makanya memang kami berdua belum ada masa lagi nak berdating.
Bila Sis dah sampai ke rumah selepas check-out dari sana, dan Suami juga sudah pulang kerja. Awal petang tu Sis keluar bersama dengan Suami ke Kong Kong Laut ikut Suami meninjau kawasan memancingnya sebab esoknya dia nak pergi memancing.
Then dalam perjalanan ke sana laa Suami buka mulut, suruh call anak-anak di rumah dan ajak makan malam di Sungai Rengit. Anak-anak apalagi, kalau kata makan seafood, memang le memasing gembira! Termasuk Emaknya hehehe..
Ini adalah kali kedua Sis makan di sini bersama anak-anak dan Suami, cuma sebelum ni, anak Sis,Kakak tak ada, hanya kami berempat. Tapi kali ni sekali lagi Ayahnya mengajak, dan lengkap kami 5 orang anak beranak makan di sini. Alhamdulilah rezeki anak-anak.
Kami anak beranak memang suka makan seafood. Memanglah sekali makan bayar mahal, tapi bak kata Suami seperti biasa, 'Jangan kedekut, rezeki anak-anak', so memang Suami akan layankan aje permintaan anak-anak, haa begitulah ayatnya yang selalu Suami ucap.
Dan juga bukan tamak kalau lihat pada apa yang kami anak beranak order, tapi memang gitulah resminya kami, Suami akan order apa je menu yang anak suka makan.
Meh nengok apa aje laaa yang kami anak beranak makan hehehe.. harap bertabah laaa hahaha..
Haaa tu diaaa, tersusun menu-menu yang kami anak beranak order hahaha. Suami tu pilihan anak dan juga Suami. Ikutkan ikan bawal tu takde dalam list anak, tapi Suami bersungguh juga suruh amik order ikan. Ye laa bagi puas anaknya makan. Tapi memang sedap oii..
Antara nama menu yang Sis ingatlah *Ikut urutan gambar dari atas ke bawah ya.
- Chili Crab (2 ekor besar) with Mantou Bun *lupa nak amik gambar rotinya
- Siput Gonggong
- Kangkung Goreng Belacan
- Sotong Fried Sambal
- Egg Yolk Prawn
- Asam Nyonya Ikan Bawal Hitam
- Air Tembikai 1 Jug
- Air Kelapa 2 biji
- Jus Asam Boi 1
Blurppp alhamdulilah, kekenyangan memasing makan sampai licin, bagus! Anak-anak memang takkan membazir makannya. Kalau tak nanti Ayahnya sound, 'Kalau tak habis, 3 bulan lagi baru makan seafood', hahahaha gitu lee selalunya.
Ye laaa sekali makan banyak, beratus bayar, kalau tak habis, bukan ke sayang namanya, so pastikan datang makan perut lapar hehehehe. Syukur..
Biasa memang akan licin punya. Nasib baik juga tonsil dah baik, cuma yang mana pedas memang Sis elakkan sikit, takut uiii nak makan pedas dulu, kang tak memasal, sakit tonsil tu datang balik, fobia Sis !!! .. so better pantang aje dulu.
Cer teka berapa ratus semua menu yang kami anak beranak makan? Hehehe yaaa semua sekali hampir RM 430 hengget macamtu.. murah ke mahal? Alhamdulilah rezeki anak-anak.
Korang kalau nak makan di sini, ini alamatnya:
Jade Garden Seafood Restaurant
Lot 4785, 1, Jalan Siakap, Kampung Sungai Rengit, 81620 Pengerang, Johor
Di buka setiap hari dari jam 11am hingga jam 10pm.
Next...
P/S: Agak lama pulak tak pi makan kat Restoran Todak sejak wabak Covid19 ni.. ermmm..