MALAS MASAK? JOM ORDER BENTO 'TAKEAWAYLICIOUS' DARI GRAND PARAGON HOTEL JOHOR BAHRU! | Alaa biasalah kann, hari Isnin gini, ada yang surirumah atau yang bekerja tu mood 'malas' masak tu datang sesekali kann. Kalau boleh nak melepekk aja, tau-tau balik kerja dah ada makanan nak di makan.
Yaa Sis faham, sebab kekadang pun Sis macamtu weii.. Lagi sejak dah ada khidmat penghantaran makanan ke rumah, lagi laju lee tangan membelek apps dan scroll menu yang ada. Diam-diam dah sampai depan rumah makanannya hehehehe.
Dan baru-baru ni, mood malas Sis pun dah menyapa gak, so apalagi, jari ni gatal aje nak mengorder makanan kan. Kali ni Sis order dan takeaway dari Grand Paragon Hotel Johor Bahru. Yaaa kita cuba set menu Bento Paragon 'TakeawayLicious'mereka yang boleh korang order untuk makan tengah-hari dan juga makan malam.
Korang boleh buat pilihan samaada memilih antara 9 jenis masakan Local Bento atau pun korang juga boleh pilih antara 10 hidangan dari menu Japanese Bento. Kesemuanya pasti menepati selera korang.
Untuk kali ini Sis order & memilih sajian Local Bento :
• Mandy Chicken
• Bento Asam Pedas Oxtail
• Bento Daging Salai Lemak
• Nyonya Laksa
Mandy Chicken
Set ni sampai aje rumah, anak bujang Sis dah cop dulu. Mungkin sebab dia nampak paha ayam gebu yang kemain beso tu ler agaknya. Bila nengok dia makan, kemain selera lagi. Sedap katanya. Nasinya lembut dan ayamnya pun lazat katanya. Sis ada juga rasa sikit, yaa memang sedap.
Set ni siap sekali dengan acar mentah, sup dan juga sosnya. Harga RM 18.00
Bento Asam Pedas Oxtail
Kalau dah kata ekor lembu tu, siapa punya lagi le kalau bukan Suami Sis. Dia memang sukalah kann makan ekor lupa, biasa sup ekor, tapi untuk bento takeawaylicious Paragon ni, mereka menjual Bento Asam Pedas Oxtail. Yaa komen dari Suami, ekornya lembut, banyak isi dan juga rasa asam pedas tu sedap, boleh tahan. Macam rasa asam pedas kita masak juga..
Untuk set ini disediakan sekali dengan nasi putih, dan juga salad. Harganya RM 20.00 .
Bento Daging Salai Lemak
Set bento ni untuk anak Sis,Yana. Ooo dia kalau tang makan daging salai gini memang dia suka. Lagi pulak masak lomak ni, sebab tu masa nengok menunya ada Daging Salai Lemak ni, terus Sis amik satu set. Memang sedap. Sis pun tumpang sekaki makan sama dengannya hehehe.
Kuah santannya pekat dan dagingnya banyak dan lembut sekali. Harga RM18.00
Nyonya Laksa
Sis makan apa? Hehehe sudah tentulah Nyonya Laksanya. Memang sedap. Sebabnya Sis dah makan sekali sewaktu Grand Paragon buka jualannya di Paragon Market baru-baru ni. Tu yang dah rasa sekali terus kesedapan dan bila kata ada juga menu Nyonya Laksa ni, terus Sis amik satu.
Harga untuk Nyonya Laksa ni hanya RM 13.90 sahaja.
Oh! Ya, bukan sahaja korang boleh order makanan ya. Korang juga boleh add-on minuman sekali atau juga side order mereka yaitu Durian Goreng. Wuuu memang sedap woo durian goreng mereka, must try!.. rangup tepungnya di luar, ada durian di dalamnya hahahaha.
Untuk menu lain dan juga harga, korang boleh lihat pada gambar yang Sis letak tu. ikuti aje 6 langkah mudah untuk buat pembelian.
Cuba dulu baru komen yaa.
So tunggu apalagi?
Malas masak? Jom order Bento 'TakeawayLicious' dari Grand Paragon Hotel Johor Bahru!.
silalah mencubanya.
Tersedia untuk Lunch [12pm - 2pm] atau Dinner [6pm - 7.30pm]
Atau korang boleh wahtsapp terus ke https://wa.me/60167337363 untuk buat pesanan.
**Caj penghantaran untuk delivery tertakluk kepada jarak KM tempat korang ya.
P/S: Tiberr macam nak order laa plak harini hahahaha... malas betul nak masak kannn adeiii