SUKA MAKAN MASAKAN CINA? JOM KE PONDEROSA GOLF & COUNTRY CLUB! | Kalau bab makan makanan cina ni kan, bukan senang juga nak cari tempat makan masakan cina yang benar halal. Yang ada pun cuma No Pork No Lard ajer. Itu pun kalau up takut juga ada yang kurang selesa, tapi takpe, jika kita rasa pasti ianya benar halal tanpa bahan yang haram, jangan was-was, takut nanti jatuh plak syubhah. So maaflah, tepuk dada tanya selera memasing ya.
Dan baru-baru ini Sis terpanggil untuk mencuba makan masakan cina di Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼 di Ponderosa Golf & Country Club Johor Bahru yang jika dari rumah Sis di Pasir Gudang, adalah dalam 20 minit perjalanan jika tidak jem dan tersekat dek lampu merah jalanraya.
Bagi pemain golf tentunya tau laaa di mana letaknya Ponderosa Golf & Country Club ni. Ianya adalah sebuah resort yang mana jika korang menginap di sini, korang boleh dapatkan pakej-pekaj penginapan berserta dengan aktiviti bermain golf sekali.
Dan di sini juga ada beberapa restoran dan cafe makan yang memudahkan korang untuk lepak dan minum bersama geng-geng golf atau kengkawan korang. Termasuk juga Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼 ni yang berada di tingkat 2 dari aras lobby. Naik tangga aje, tak payah naik lift.
Restoran ni menyediakan menu-menu yang memang di masak dengan cara dan resepi masakan cina. Dan jika korang nak mencubanya, buat masa ini Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼 menawarkan pakej makan tengah hari dan juga malam dengan pelbagai jenis pilihan menu yang pasti menepati selera korang.
Jom lihat menu-menu yang kami pilih dan Sis makan pada hari tu.
Set hidangan ini ada mempunyai 6 course set Lunch & Dinner yang berharga RM100 untuk 4pax. So kalau korang share, makanya hanya 1 orang cuma bayar RM25 ajelah untuk hidangan set gini. Tak ke murah tu oii!! ..
Cuma untuk kali ini, Sis cuba makan set berharga RM368 untuk 6pax.
Antara menu yang sedia ada adalah: (ikut urutan gambar di atas)
- Steamed Seabass with special sauce
- Fried Chicken & Ginger (crispy ginger slices)
- Claypot Beancurd
- Fish Maw & Crab Meat Soup
- Fried Rice with Sardine & black bean
- Tanyuan Peanut Sauce
- Chinese tea
Memang semuanya sedap dan menyelerakan, terutamanya ayam goreng bersama kepingan halia rangup tu, rasanya sangat mabeles!! . Dan portionnya pun banyak untuk satu hidangan. Kami makan pun sampai kekenyangan tersandar perut hahahaha.
Memang puashati bagi mereka yang suka makan masakan cina dan jenis kuat makan hahahaha. Bila dah kenyang muka ada senyummm hahahahaha ..
So bagi korang yang nak mencubanya, silalah buat tempahan meja seawal mungkin ya. Sebab tempatnya terhad dan selalu aje full-house. So buat tempahan sebelum makan. Kalau nak walk-in, kira nasiblah jika ada kekosongan. Elok booking dulu.
So apalagi, angkat telefon, dan terus booking yaa.. sebut nama Sis Lin nanti dapat plain water free hahahahaha.. *gurau jerrr..
Restoran Cina Hop Sing 金 閣楼
Ponderosa Golf & Country Club
No 3, Jalan Ponderosa 1/1,
Taman Ponderosa, 81100 JB, Johor
Operational Hours:
Mon - Sun : 11am - 3.00pm,
Last order 2.30pm
6pm - 10pm,
Last order 9.30pm
For bookings:
☎️ 017- 766 2636 (Ah Yee) / 019- 779 9841 (Sales)
Email : enquiry@ponderosagolf.com
[NO Pork NO Lard]
P/S: Ayam goreng dengan kepingan halia tu memang killer menu di sini, sangat sedap sangat ookay!! ..must try!..