SEPETANG LEPAK DI AMARI JOHOR BAHRU SAMBIL MAKAN SIZZLING BROWNIES | Kalau dah nama pun sepetang, makanya tentunya laa ke Amari Johor Bahru tu Sis ko berHi-Tea atau dalam bahasa melayunya Minum Petang kan? Takkan le makan tengah hari pulak hehehe, tu pun nak kena fahamkan ek, adeii..
Baru-baru ni Sis bersama Sunah ke Hotel Amari Johor Bahru untuk berjumpa dan ada meeting kecil bersama Grace dari BrandCulture PR & Marcom Agency untuk update mengenai event bersama JDT Blogger di Johor yang bakal menyusul. Ermm agak lama tak datang Amari ni, rindu plak makanan buffet mereka. So sekali dah datang, kita lepak lama sikit, dari tengah hari membawa ke petang.
Dan kebetulan meeting pun sampai ke petang, so kami mencuba set minum petang atau Hi-Tea dari Amari Johor Bahru ini yang ramai sukakannya. Sebab apa, menu minum petang mereka ni special sikit, ada Sizzling Brownies ko, yaaa tarak tipu....kalau korang datang tiber takde Sizzling Brownies ni, bagitau Sis, Sis akan buat aduan kepada pihak berkenaan hahahahaha.. Tapi jangan risaulah, mesti ada..kalau takde mereka akan update. Kot mana tau kann cokelat habis di pasaran hehehehe..
Perghh jarang-jarang Sis ko nak letak muka sendiri tu hahahaha...jadi model Hi-Tea kejap ek, gituh!..nak letak watermark pun malas ni, jangan ada yang berani nak copy ya..dah takde keja lain ek nak copy paste orang punya kerja!!..
Berbalik kepada set minum petang atau Hi-Tea di Amari Johor Bahru ni, set ini tersedia untuk dua orang, dan di jual dengan harga hanya RM60 sahaja (2 orang). So kalau korang datang berdua dengan kawan, korang bahagilah dua harganya, makanya seorang hanya RM30 sahaja.
Murahkan? Memang berbaloi oii, kalau ko pi makan luar, order Sizzling Brownies aja dah berapa hengget okay, ni siap satu set dengan menu-menu yang lain. Mari nengok menu-menu yang di sediakan dalam set Hi-Tea ni.
Pstt bukan Hi-Tea set aje ada, set Makan Tengah-Hari pun ado. Korang boleh cuba set'Sabai Thai'mereka, TomYum Goong derang sedap, Sis ko tak boleh move on lagi tang rasa dia tu, arghhh...
Yaaa itulah menu-menu yang ado dalam satu set Hi-Tea Amari Johor Bahru ini. Nak sebut satu-satu pun Sis ko dah kelupaan nama-nama mereka tu laa.. Alaa korang nengok je dah tau kan, dan memangnya sedap. Lagi-lagi brownies tu oii..
Sizzling BRownies tu, masa mereka hantar baru mereka curahkan coklatnya, so korang stanby laaa kamera video korang ya, kotlah nak buat boomerang ke kan, ke TikTok ke kan hahahaha...tapi memang sedap!.. Orang lain sibuk gan edit gambo dan amik gambo, Sis ko dah separuh bedal browniesnya hahahaha.. nampak sangat gelojoh kan wekk :p ..
So apalagi, nak bersuap-suap makan macam Sis dan Sunah tu? Marilah datang berHi-Tea di sini bersama keluarga, tunang, BFF atau reunion geng sekolah/kerja ke, janji jangan bawa Suami orang ye dikkk, silap-silap pinggan panas brownies naik ke muka hahahahaha...
Opsss terasa ke? Hahahaha...
Afternoon Hi-Tea Set ni korang boleh dapatkannya setiap hari bermula dari jam 11:00am - 7:00pm Amaya Food Gallery Cafe [level 6 - main lobby].
Atau korang boleh booking online di http://bit.do/amayajb .
Selamat berHi-tea korang ..
P/S: Next time nak bawa anak ke sini, anak mesti suka!!.. Kaki Hi-Tea anak Sis tu..