Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4471

COOLBLOG MELANCARKAN 4 MINUMAN TERBARU 'SAWADEECOOL' BERSAIZ 700ML

$
0
0
COOLBLOG MELANCARKAN 4 MINUMAN TERBARU 'SAWADEECOOL' BERSAIZ 700ML | Coolblog Malaysia dengan bangganya, melancarkan siri terbaru minuman Coolblog yang di beri nama SawadeeCool yang mula di jual di semua cawangan Coolblog. 
 
Majlis perlancaran itu dirasmikan oleh YB Dato' Rosol Bin Wahid, Timbalan Menteri [KPDNHEP] serta dihadiri oleh barisan pegawai dan pengurusan tertinggi KPDNHEP negeri Johor. 

Macam biasa laa kalau dah di Johor, semestinyalah Sis tidak melepaskan peluang untuk turut sama meraikan dan memeriahkan acara. Best tau pi event ni,selain menjalankan 'kerja' yang di berikan, kita juga dapat jumpa kawan-kawan sambil menjamu mata, lagi-lagi kalau buat dalam soping mall macam di Plaza Angsana ni haa, toleh sana sini semua kedai sale wooo.. hehehehe..

Kebetulan pada hari sebelumnya, Sunah tidur dirumah Sis, so lepas Zuhur kami berdua dah gerak ke Plaza Angsana. Kawan Sis,Ima Geng Bas Sekolah pun turut sama sekali. Saje buat sibuk-sibuk lagipun tempat eventnya pun terbuka. Orang ramai pun turut sama memeriahkan majlis.

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

Cetusan Keenakkan SawadeeCool Oleh Coolblog

Minuman terbaru Coolblog SawadeeCool ni, didatangkan dalam 4 perisa gabungan 'Thai Tea' iaitu Matcha Thai Tea, Chocolate Thai Tea, Malt Thai Tea dah Tiramisu Thai Tea, yang di pada harga RM9.80 bersaiz 700ml.

Mengikut kata pihak Coolblog, antara 4 perisa ini, rata-rata pegunjung dan fans kepada minuman Coolblog ini lebih mengemari minuman Chocolate Thai Tea dari perisa yang lain. Tak tau kenapa, mungkin sebab chocolate, so ramai yang gemar dengan chocolate. 

Takpe tunggu Sis ko rasa hehehe...

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

"Kami amat berterima kasih kepada YB Dato' Rosol Bin Wahid, selaku Timbalan Menteri KPDNHEP kerana sudi melancarkan perisa terbaru SawadeeCool yang merupakan kempen penutup bagi tahun 2020 oleh Coolblog. Saya yakin siri dan perisa terbaru SawadeeCool ini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebih hebat seperti siri kempen sebelum ini.

"Apa yang menariknya pada kempen SawadeeCool ini adalah pada strategi kami dalam memberi minuman yang dapat menghangatkan kempen penutup kami pada tahun 2020 ini. Bukan mudah untuk kami menyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog," kata Cik Priscilla Leaw, Ketua Pegawai Operasi Coolblog.

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

Siri Minuman Terbaharu Coolblog Bakal Memikat Tunas Rasa Pengemar Teh. 

Taruhan baharu dari Coolblog ini mengangkat rasa unik dan tersendiri teh Thailand yang digabungkan bersama bahan dan perisa berkualiti Coolblog. So bagi peminat teh Thailand emmang sesuailah untuk mencubanya. Sis sendiri juga peminat minuman Thai Tea. So bagi Sis yang Chocolate Thai Tea tu memang sedap, gabungan rasa yang unik bila di minum.

YB juga turut sama mencuba membuat sendiri minuman Coolblog dan merasainya sendiri. Walau rasanya agak manis tapi tetap segar rasanya hingga sedutan terakhir sekalipun hehehe.. 

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

Coolblog Melancarkan 4 Minuman Terbaru Mereka 'SawadeeCool' Bersaiz 700ml

So bagi korang yang ingin mencubanya, silakan.. Cuba sekali pasti nak lagi..hehehehe..
Jika korang ke Plaza Angsana, Gerai Coolblognya berada di Lot K1, Aras 1, Plaza Angsana Mall, Johor. Atau korang boleh dapatkannya di mana-mana cawangan Coolblog yang menyertai kempen ini.

SawadeeCool dijual pada harga RM9.80 bagi saiz 700ml .
Sawadikap!..
#SawadeeCool #CoolblogMalaysia 



P/S: Bagi yang tidak gemar manis boleh rasanya minta di kurangkan manisnya, sebab ianya memang manis, macam Sis Lin hahahahaha...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4471

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Sapos para colorear


Tagalog Love Quotes – Nagmamahal


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


Tropa Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear