APA ITU MAKSUD BRISTWALK? | Haaa korang tau apa itu maksud Bristwalk? Biasa buat? Atau buat tapi tak tau apa itu bristwalk? Hehehe yerrr jangan malu, tak tau bertanya, malu bertanya sesat jalan. Ada juga antara kawan-kawan Sis yang bilamana Sis kata amalkan senaman bristwalk ni, mereka tanya, 'apa benda tu'?..
Tapi takpe, mungkin mereka tak pernah amalkannya atau mereka buat cuma mereka tak tau itulah dia bristwalk. So sebagai pengetahuan diri sendiri dan juga sebagai perkongsian dalam blog Sis ni, Sis pun nak kongsikan juga, apa itu maksud bristwalk.
Kebetulan semalam Sis dan Geng Makcik-Makcik Sis ke Taman Layang-Layang buat senaman bristwalk ni. Hanya bertiga aje, yang geng lain bizi dengan hal memasing. Pun okay laa, dapat 4 round dan mencecah hingga 8 ribu langkah, phewww..
Apa Itu Maksud Bristwalk?
Brisk walk ini bermaksud aktiviti berjalan pantas. Tidak berlari ataupun berjalan seperti biasa tetapi lebih kepada berjalan dengan pantas. Kebiasaannya apabila bercakap mengenai brisk walk, antaranya ia akan membawa maksud berjalan dengan manfaat untuk kecergasan dan mengurangkan risiko kesihatan.
The Centers for Disease Control and Prevention (CDC) berkata kebiasaannya juga berjalan pantas pada kadar 5 km/j atau 12 minit bagi setiap kilometer (bukan lumba jalan kaki). So tempoh masa yang digalakkan sekitar 30 minit. Sekiranya tidak sampai 30 minit pun tak mengapa. Tiada istilah wajib pada kadar waktu dan jarak tertentu.
Antara manfaat diperolehi daripada berjalan mengurangkan tekanan darah tinggi, perbaiki degupan jantung, menghilangkan stress dan paling penting cepat membakar lemak dalam badan.
Tempat paling sesuai untuk aktiviti ini adalah di taman rekreasi yang selamat dan mempunyai permukaan jalan yang baik.
Haaa tu diaa, muka sememeh measing selepas selesai bristwalk petang semalam. Macam-macam hal, sambil jalan banyak meninjau sana sini aje matanya. Pantang nampak port lawa, stop kejap bergambar, then sambung lagi..
Tapi bab port jualan makan gerai foodtruck tu yang tak menahan hahahaha.. measing dah macam tergugat iman, nasib baik Sis ko tahan mereka, kalau tak, memang dah beratur beli kopok lekur laaa dan ais jelly, hampeh! Hahahaha...
Apa-apa pun, tak kisahlah senaman apa pun, janji bersenam. Kalau korang nak tau apa manfaat dan kelebihan buat senaman bristwalk ni, silalah google hahahaha..
Okay, stop dulu ya, pagi ni ada event food review sampai ke petang, huhuhu...
Nanti kita sambung lagi okay..
P/S: Bukan nak kurus tapi nak SIHAT !..