Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

10 TEMPAT MENARIK DI JOHOR YANG BOLEH KORANG PERGI KETIKA BERCUTI KE JOHOR

$
0
0
10 TEMPAT MENARIK DI JOHOR YANG BOLEH KORANG PERGI KETIKA BERCUTI KE JOHOR | Korang tidak akan salah tujuannya ketika membuat keputusan untuk melancong ke Johor kerana Johor antara negeri yang sepatutnya berada dalam senarai tempat yang korang perlu tujui.

Bukan sebab Sis ni orang Johor so Sis kata macamtu, tidakkk... tapi Sis sekadar ingin berkongsi dengan korang antara 10 senarai tempat menarik di Johor yang mesti korang pergi jika kebetulan korang bercuti ke Johor.

Mungkin korang merupakan seorang penggemar aktiviti outdoor? Korang ingin melihat monumen dan bangunan bersejarah? Korang mahu merasa makanan tempatan yang sedap-sedap lagi asli? Dan mungkin korang yang suka berOOTD?..

Tak perlu bimbang kerana sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia menyediakan semuanya untuk korang. Johor Darul Takzim, sebuah negeri yang kini pesat membangun, kaya dengan pelbagai keunikan dan tarikan pelancong. Jika korang berada di negeri Johor, pastikan korang betul-betul enjoy dan bercuti sepuasnya ya.

Jom Sis kongsikan antara 10 tempat menarik di Johor yang boleh korang lawati..

1. SKYSCAPE JOHOR BAHRU 


Kalau orang KL boleh jalan atas kaca kat Skybox, orang Penang kat Rainbow Walk dan orang Melaka kat The Shore, now Johor pun ada benda yang sama kat JBCC. Berjalan di atas jambatan kaca setinggi 149 meter dari tanah. Dan dari sini bukan saja boleh selfie tapi tengok suasana bandar JB sampai Singapura.

Bagi korang yang gayat ke atau ada penyakit jantung, tidak di benarkan sekali, Sis ko hampir-hampir pengsan tau.. Tapi yang nak mencubanya apa salagnya, boleh datang keSkyscape Johor Bahru.

2. B5 STREET MARKET 


Dibangunkan oleh Johor Corporation dibawah kelolaan Johor Land Berhad (JLand) & Damansara Asset Sdn Bhd (DASB) dengan keluasan 5.9 ekar menjadikan ianya sebagai "Centralised Retail Tourism Center". Diinspirasikan dari Queen Victoria Market yang bakal menjadi lokasi ikonik bagi pelancong dalam dan luar negara. Reka bentuk dan suasana keseluruhannya adalah berdasarkan ciri warisan dan keindahan Johor yang akan membawa anda kembali ke Johor Lama.

Dan ada pelbagai gerai jualan barangan keprluan, makanan dan juga persembahan kesenian dan budaya di sini. So jangan lupa nanti korang singgah di B5 Street Market ni ya..

3. MALAY CULTURAL VILLAGE, JOHOR


The Malay Cultural Village (TMCV) adalah muzium hidup yang terletak di Johor Bahru. Muzium ini menyediakan program budaya berasaskan pendidikan. Setiap program dirancang untuk menunjukkan keunikan budaya dan tradisi Malaysia. Ada banyak yang korang boleh ditemui, dipelajari, dan lakukan di TMCV. Walaupun hanya sehari yang diluangkan di sini, korang akan memulakan pengembaraan yang penuh dengan lawatan eksploratif, lawatan galeri muzium, persembahan langsung dan aktiviti langsung.

Sekiranya korang mencari destinasi pelancongan atau merancang lawatan berkumpulan 1 hari yang penuh dengan kenangan yang menyeronokkan dan bermakna, korang datanglah ke Malay Cultural Village ni okay.

4. UMBRELLA ALLEY, MUAR JOHOR


Siapa sangka, jalan belakang lorong pun kalau di hias dan di jaga, pun boleh jadi tempat instagrammable kan? Begitu juga di dengan hiasan deretan Payung Berwarna-Warni menceriakan dan menghidupkan lagi lorong belakang OCBC Bank ni. Sis belum pernah sampai, rata-rata kawan yang pergi semua kata mesti singgah kalau ke sana.

Okay masuk list Jalan-jalan Cari Makan Sis di Muar nanti, so korang jangan lupa singgah juga Umbrella Alley Muar Johor ni ya..

5. LAMAN KREATIF KLUANG


Disebut Laman Kreatif Kluang, jalan belakang ini dipasang di belakang dua barisan kedai dan berjalan selari dengan Jalan Dato 'Kaptain Ahmad dan Jalan Dato' Teow Siew Khor. Setelah membersihkan jalan belakang dan menaik taraf infrastruktur, sukarelawan dan seniman diberi kebebasan untuk menghiasi dinding belakang rumah kedai dengan seni yang menyeronokkan.

Banyak yang boleh korang abadikan kenangan dengan bergambar di sini dan ianya sudah tentu menjadi daya tarikan pelancong jika singgah ke Kluang pasti akan ke Laman Kreatif Kluang ini.

6. Kolam Puteri Gunung Ledang 


Kolam Puteri Gunung Ledang ni boleh didaki oleh sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Air dari gunung ini boleh diminum tanpa masak terutamanya dibahagian tapak perkhemahan Gua Kambing dan Kolam Puteri. Pendaki yang memulakan pendakian dari Sagil tidak perlu bimbang tentang keperluan mercun, peralatan khemah dan penginapan. Pihak Gunung Ledang Resort telah menyediakan pelbagai kemudahan atau beli sahaja di mana-mana kedai mercun Sagil.

Kolam Puteri ini adalah setinggi 900 kaki atau sedikit lebih dari 300m dari pangkalan. Jadi bagi mereka yang sukakan hiking dan aktiviti mendaki, boleh cuba mendaki bersama kawan-kawan di Gunung Ledang ini untuk naik ke atas sehingga ke Kolam Puteri Gunung Ledang.

7. Pantai Desaru Kota Tinggi, Johor


Ramai yang kata Pantai Desaru adalah pantai yang tercantik di Johor. Keindahan pantai di sini mampu membuat korang terlupa akan masalah dan bebanan dunia buat seketika. Pantai yang dihiasi dengan deretan pokok rhu sepanjang 25 km serta pasir putih luas terhampar di persisiran pantai ini menjanjikan sebuah pemandangan yang cukup memukau.

Diulik pula dengan deruan ombak yang memukul gigi air dan bayu petang yang menampar lembut pipi ternyata omongan ini bukanlah omongan kosong. Maka tak hairanlah jika pada musim cuti sekolah, Pantai Desaru Kota Tinggi, Johor ini menjadi target lokasi keluarga untuk bersantai-santai.

8. KIDDOMO DISCOVERY 


Bermain seluas 15.000 kaki persegi, taman permainan inovatif dan pendidikan ini direka khas untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 15 tahun untuk mendorong pembelajaran bebas, merangsang kreativiti dan rasa ingin tahu, serta memberi inspirasi kepada permainan imajinatif ditambah dengan penggunaan teknologi.

Kalau korang datang bawa anak bermain di sini, terdapat15 stesen Kiddomo Discovery telah di sediakan secara unik untuk menampilkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, holistik dan pendidikan (seperti seni, muzik, teknologi dan permainan kreatif) untuk meningkatkan perkembangan fizikal anak , koordinasi tangan-mata, kemahiran berfikir kreatif, dan banyak lagi!

9. FOREST CITY, ISKANDAR PUTERI JOHOR


Taman tema air di Forest City menjadi tarikan baru pengunjung ke bandar futuristik pintar dan hijau Iskandar Puteri. Beroperasi setiap hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam, ia menawarkan harga berpatutan kepada orang ramai.

Bukan hanya taman tema airnya aje menjadi tumpuan, tapi pantainya yang indah dan menjadi tempat keluarga duduk menghabiskan masa bersama keluarga. Ada banyak lagi tarikan di sini seperti muzium hijau, pakej lawatan eko ke paya bakau dan beting rumput laut di Forest City Iskandar Puteri ini.

10. AMA RESORT, MUAR JOHOR 


Di AMA Resort & Training Centre nie selain bermandi-manda ia ada menyediakan homestay & tempat training. Kalau korang nak buat family day, majlis perkahwinan, seminar, bbq atau apa-apa aktiviti berkumpulan memang sesuai sangat buat disini. Tempatnya cantik, ada dewan makan, dewan berhawa dingin, bilik tidur, bilik tidur dorm, tandas, bilik mandi, kolam ikan, tracking game dan tempat solat pun ada.

Harga homestay hanya dari RM160 hingga 1 banglo rm1000 je. Lengkap macam kat rumah sendiri. Boleh muat sehingga LEBIH 10 orang. Yang bestnya tu buka pintu homestay je terus nampak kolam! Apalagi, cuti sekolah ni jom laaa ke AMA Resort & Training ni ya...

Okay siap senarai 10 tempat menarik di Johor..

Nak lagi?... tungguu...ada kelapangan Sis senaraikan lagi tempat menarik di Johor dan juga tempat makan best di Johor ya.. Johor ni best kann..hehehehe..


P/S: Psttt..orang Johor pun tarakkk sombong maaaa...hahahahaha.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


Sapos para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.