Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4451

ALHAMDULILAH ALLAH PERMUDAHKAN SEMUANYA

$
0
0
ALHAMDULILAH ALLAH PERMUDAHKAN SEMUANYA | Syukur Ya Allah, semuanya Engkau permudahkan dan semuanya berjalan lancar tanpa ada kesukaran, alhamdulilah. Sis laa orang yang paling bahagia dan happy saat itu, bila apa yang di rancang semuanya berjalan dengan baik.

Yaa kita hanya mampu merancang, tapi semuanya di tangan Allah untuk mengizinkan perjalanannya. Dah 4 hari majlis berlalu, tapi sibuk mengemasnya masih lagi tak sudah-sudah ni haa dan inilah baru sempat Sis nak ON laptop nak siapkan task blog mana yang sangkut tak siap lagi. Memang sangat-sangat bizi.

Penat? Penat tu jangan cakaplah kan, mana ada kerja atau majlis yang tak penat, tapi berbaloi penatnya apabila semuanya berjalan dengan baik dan semua orang happy. Baik pihak sebelah lelaki, saudara mara, keluarga, juga tetamu yang datang, semua rata-rata kata puashati dan happy, dari segi makanan, layanan dan juga 'berkat', alhamdulilah.

Pestime buat majlis gini, so memang Sis takut akan ada 'pahat berbunyi setelah rumah siap', tapi syukur, apa yang Sis utamakan dan sediakan, semuanya memenuhi kehendak semua orang.

Majlis yang Sis buat untuk anak ni memang sesimplenya yang Sis rancang, memang ikut budget anak aje, tapi orang kata rezeki anak, sana sini ramai yang 'sponsor' beri macam-macam masa majlis. Makanya dari simple menjadi agak 'luar biasa' le pulak, tapi tetap sederhana.

Yup! masih kena ikut SOP yang di tetapkan, tak boleh nak elak, baik keluarga sendiri ke, sedara mara, kawan, atau tetamu dan juga sapa sahaja yang datang, kenalah patuhi SOP yang di sediakan sebelum melangkah masuk dalam khemah.

Majlis apa Sis buat ni? ..




Yaa Sis buat majlis pertunangannya anak Sis,Yana tu haa pada 31/7/2020 baru-baru ni. Alhamdulilah semuanya dipermudahkan. Bagi mereka yang Sis tak jemput tu, maaf sesangat, kehadiran sangat Sis limitedkan, sebab patuhi SOP hanya 250 sahaja yang di benarkan pada satu masa majlis.

Tu pun takde laa sampai 250 orang Sis jemputnyaa, buat ala kadar dan jemput mana yang kesempatan je, lagipun betul-betul kejadiannya tu jatuh pada Hari Raya Aidiladha, so memang ramai yang balik kampung kan. Makanya Sis limit aje kehadiran pada yang sihat dan free pada masa tu.

Terima kasih laa pada mereka yang sudi datang dan luangkan masa. Harap maaf jika ada kekuarangannya.


Tahniah buat anak Mak,Yana...
Selamat Bertunang ..

Doa Mak dan Ayah juga Kakak dan Amat sentiasa yang baik-baik untuk Adik selalu. Moga semuanya akan dipermudahkan sehinggalah ke hari bahagia. Kuatkan semangat dan jati diri untuk terus lalui dugaan dan cubaan sepanjang bertunang ini.. Mak sentiasa doakan untuk Adik ya..

Dan ingat pesan Ayah tu selalu tau!..

Dan bagi yang ramai nau tanya tang pelamin dan juga hantaran tu, di bawah ni Sis sertakan sekali nama-nama servis yang anak Sis amik ketika majlis pertunangannya tu. Kami amik yang simple dan budget kecik aje, tapi bila dah siap cantik sangat! Ramai ingat mahai, idokkkk murah ajer berbaloi..

Korang yang perlukan atau mencari khidmat mereka, bolehlah cuba yaa.. Sis puashati sangat!..

Catering & Khemah : @suelly_bridal
Makeup : @anaajohariy
Hantaran : @trflowersndeco 
Mini Pelamin : @theleafweddings
Pakaian Bertunang : @wanzar 
Goodies : @cookiesbywazz

So itu aje Sis nak kongsi dan update untuk harini, nanti kita sambung lagi yaa.. Sis nak siapkan draft job banyak giler ni..adeiii .. tengah mood nak menulis ni, jom le kita sambung ..

OkayBye..


P/S: Terima kasih juta-juta tak terhingga buat SEMUA yang terlibat!! Jasa dan lelah korang, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. aamiinn..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4451

Trending Articles


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


5 Tagalog Relationship Rules


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Sapos para colorear


INUMAN QUOTES


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes