Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4465

10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN 1439H

$
0
0
Assalamualaikum wbt .

10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN 1439H | Sepuluh malam terakhir dalam bulan ini adalah antara sebaik-baik malam yang Allah jadikan untuk hambaNya beribadah hanya padaNya. Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita cara menghayati dan menghargai malam-malam mulia ini.


Antaranya:

Menghidupkan Malam
Menghidupkan malan di sini bererti Baginda SAW memenuhi malam dengan beribadah kepada Allah SWT. Aisyah RA pernah berkata:

“TIDAK PERNAH AKU MELIHAT BELIAU (NABI SAW) MELAKUKAN IBADAH PADA MALAM HARI HINGGA PAGI HARINYA DAN BERPUASA SELAMA SATU BULAN PENUH KECUALI DI BULAN RAMADAN.”(Hadis Riwayat Muslim)

Membangunkan Keluarga Baginda
Pada malam-malam 10 hari yang terakhir, Rasulullah SAW membangunkan keluarganya untuk sama-sama mengerjakan solat sunat. Hal demikian tidak Baginda lakukan pada malam-malam yang lain. Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib, ia berkata:

“RASULULLAH SAW MEMBANGUNKAN KELUARGANYA DI SEPULUH HARI TERAKHIR BULAN RAMADAN.”(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Tidak Menggauli Para Isteri Baginda
Pada waktu-waktu ini, Baginda menjauhkan diri dari menggauli isteri-isteri Baginda. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas disebutkan bahawa Baginda melipat tempat tidur Baginda.

“ADALAH RASULULLAH SAW JIKA TELAH MASUK SEPULUH HARI TERAKHIR BULAN RAMADAN, BELIAU MENGENCANGKAN KAINNYA, MENGHIDUPKAN MALAMNYA, DAN MEMBANGUNKAN KELUARGANYA.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mandi Antara Maghrib dengan Isya’
Hal ini untuk menyegarkan tubuh untuk berjaga malam dan mengerjakan ibadah sepanjang malam itu.
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Aisyah ra, berkata:

“DI BULAN RAMADAN, RASULULLAH BIASANYA TIDUR DAN BANGUN MALAM, NAMUN JIKA TELAH MASUK 10 HARI TERAKHIR, BELIAU MENGENCANGKAN IKAT PINGGANG, MENJAUHI ISTERI-ISTERINYA, DAN MANDI DI WAKTU ANTARA MAGRIB DAN ISYA’.”

Beriktikaf
Aisyah RA berkata:

“NABI SAW MELAKUKAN IKTIKAF DI 10 HARI TERAKHIR BULAN RAMADAN SAMPAI BELIAU MENINGGAL. KEMUDIAN, ISTERI-ISTERINYA YANG MELAKUKAN IKTIKAF SEPENINGGALAN BELIAU.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tujuan Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 hari terakhir adalah untuk menghentikan kesibukan dunia, mengosongkan fikiran, mengasingkan diri untuk bermunajat kepada Allah. Pada waktu ini juga Baginda menghabiskan malamnya dengan berdoa dan berzikir kepada Allah SWT.

Sesungguhnya, 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan adalah malam-malam yang sangat istimewa. Pada malam-malam inilah Nabi Muhammad SAW menghabiskan waktu-waktunya dengan ibadah yang khusyuk. Dan, antara malam-malam inilah terdapat malam Lailatul-Qadar; malam yang lebih mulia daripada 1,000 bulan.

Terutamanya pada malam-malam yang ganjil akan muncul Lailatul qadar yang penuh kemuliaan dan diburu oleh umat Islam yang tahu nilai istimewanya. Semoga kita menjadi sebahagian umat yang ikhlas mengabdikan diri kepadaNya pada malam-malam tersebut.

Wallâhu A’lam.






P/S: Semoga kita dapat meraih sebanyak mungkin pahala pada Ramadhan kali ini.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 4465

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.