RESEPI SALMON GRILL LEMON BUTTER SAUCE | Sesekali masak western apalah salahnya kan, ini pun kebetulan pergi Hero Market terjumpa isi ikan salmon yang segar dalam kepingan besar. Itu yang Sis beli 4 keping dan masak buat makan malam sebulan sebelum puasa yang lepas. Ni baru membelek gambar baru nak up masuk blog hehehe.
Pada mulanya nak buat Salmon Grill ala sos teriyaki, tapi anak Sis pulak kata, dia nak buat sos butter lemon, so ikutkan aje la. Resepinya pun ikut yang anak Sis cari di google, entah resepi siapa entah. Sis tukang siap bahan dan tolong grillkan salmonnya aje.
Ayahnya pula bila nampak salmon tu kemain suka, sebab Suami Sis memang suka akan makan ikan salmon. Tak kisah masak apa sekalipun. Sebab diet pun ya, dan sebab dia suka rasa salmon tu, so bila nampak tu dia teruja. Siap tanya berapa ringgit ikan tu, nanti dia bayar balik hahahaha. Yeee Suami tau ikan salmon bukannya jual murah. Sis beli 4 keping tu je dah RM68 lebih. Bukan berkira, tapi orang yang selalu beli je yang tau harganya ya.
Dan kali ni, Sis kongsikan resepinya, kotlah nanti-nanti korang pulak nak mencubanya. Sebab rasa dia sedap sangat! Sos lemon dia yummy gile bila di curah atas ikan tu. Must try ya!
Resepi Salmon Grill Lemon Butter Sauce
Bahan-bahannya :
4 Keping ikan salmon
1 inci halia muda (mayang)
4 ulas bawang putih (hiris)
1 biji lemon (ambil jus sahaja)
Garam & Serbuk perasa
Serbuk lada hitam
Sedikit oregano
Minyak zaitun
Cara Memasaknya :
1. Perasakan ikan dengan garam, serbuk perasa dan lada hitam.
2. Perahkan jus lemon ke atas kepingan ikan salmon.
3. Taburkan lada hitam dan juga oregano.
4. Gaulkan dengan bawang putih dan halia.
5. Perap selama setengah jam.
6. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak zaitun, kemudian panggang ikan hingga masak
Bahan-bahan membuat Sosnya :
1 atau 1/2 cawan butter
3 ulas bawang putih
Sebiji lemon
Garam
Black pepper
Cara-cara memasak Sosnya:
1. Panaskan kuali.
2. Masukkan butter.
3. Ketuk 3 ulas bawang putih.
4. Goreng sehingga wangi.
5. Perahkan sebiji lemon dan masukkan beberapa kepingan lemon.
6. Akhir sekali perasakan dengan pepper dan garam.
7. Kacau dengan perlahan.
8. Biar mendidih. Setelah siap, boleh hidangkan dengan ikan dan sayur-sayuran pilihan korang.
Bila nak makan, sosnya korang tuang ke atas ikan tu, perghh yummy giler rasanya. Puas masak sendiri macam ni tau. Kata Suami kalau makan kat luar, sepinggan sekeping ikan je dah berapa. Ni beli RM60 dapat 4 keping, makan berjemaah dengan family.
Si anak Sis siap mendeko meja untuk makan malam tu, dah ala-ala makan malam di restaurant plak hahahaha. Datang rajinnya kata Ayahnya muehehehehe... Alhamdulilah..
So korang yang nak mencubanya, silalah, gerenti sedap!..
Selamat mencubanya..
P/S: Tiberr terasa nak mencari salmon le pulak...shedapnya lahaiii...