Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

CARA NAK MATIKAN KETAM NIPAH DENGAN MUDAH DAN CEPAT

$
0
0
CARA NAK MATIKAN KETAM NIPAH DENGAN MUDAH DAN CEPAT | Bagi korang yang selalu beli dan makan ketam nipah ni, tentu pening gak kepala kan, dan terfikir macam mana nak matikan ketam nipah tu dengan mudah dan cepat. Ye laaa kalau beli nak terus masak, kenalah tau cara nak matikannya dengan cepat, supaya bila dah mati, dah boleh masaknya.

Kalau tak mati, jangan buat keje gile nak bukak tali tu dan masak, ada kang belum sempat ko makan ketam tu, ketam tu makan jari ko dulu oii...tengok je laa sepit dia yang besar tu, ngeri wooo...tu pun dah kena ikat, kemain aktif semua kakinya, tergedik-gedik bergerak kalau di lepaskan...

Ketam nipah ni kami sekeluarga memang suka, Suami kalau dapat je info kawannya bagitau ada ketam nipah ni, terus booking sampai 3/4 kilo kadang. Dan kelmarin Suami booking 5 kilo, 2 kilo saiz besar dan 3 kilo saiz kecik.

Harga pun ikut saiz, kalau yang besar RM 50 sekilo, yang kecik RM38 tak silap, tapi tu harga yang kawan Suami tawarkan laaa, kalau di pasar atau di luar, Sis tak tau, mungkin berbeza atau lebih mahal barangkali. Yang ini sebab kawan mancingnya Suami yang jual, so dapat lee harga yang ramai kata berbaloi. Puashati beli, fresh!.



Sebenarnya dah banyak cara yang Sis cuba buat dan ikut tau. Apa je orang ajar Sis cuba buat, sebab memang Sis selalu berdepan dengan masaalah ni. Pernah sekali cuba, katanya letak ais dalam air baldi, kemudian letak air dalam baldi, biarkan sekejap ketam tu dalam ais, nanti dia akan mati.

Ermm memang dia mati, tapi amik masa yang lamaa sangat. Kalau korang nak buat, korang buat pagi, so nanti tengah hari ketam tu dah mati, lama kannn...Kemudian Sis cuba plak katanya tabur garam atas ketam tu...yang ni kelakar, sebab selepas Sis tabur garam atas ketam tu, mak aiiii lagi aktif ketam tu oiiii....memang memekak dia dalam besen hahahaha...

Apalagi, Sis amik jalan mudah, Sis cuci balik garam tu, kemudian Sis masuk semua ketam dalam kukus dan kukuskannya hahahaha memang le mampos semuanya, sebab dah kena masak hahahaha..tapi masak tanpa membersihkan bahagian dalam ketam tu, so tak berapa syokk ar kann...



Dan akhirnya Sis terjumpa cara macam mana nak matikan ketam nipah ni dengan mudah dan cepat sangat! Dan ternyata sangat senang dan betul...cepat gile dia mati hahahahaha.

Cara dia senang aje...
- Korang telentangkan belakang ketam tu dulu, hati-hati tau, jari ketam tu akan tergedik-gedik bergerak aktif.
- Kemudian, korang angkat 'kelepet' tengah belakang ketam tu. Kelepet tu (cuba tengok gambar no-2 di atas) yang selalu kita tengok samaada ketam tu jantan atau betina, haaa kelepet tu ler..
- Then korang amik pisau dan cucuk di tengah-tengah badan ketam tu.
- Biarkan sekejap, dan tak lama lepas tu, ketam tu akan diam dan mati.

Tak sampai pun 5 minit, dia akan mati. Bila dah mati, barulah korang bukak tali tu ya. Kalau belum mati jangan bukak, kang ilang jari ko hahahaha.


Yang gelihatinya tu kan, ada yang Sis perhatikan, bila Sis cucuk aje badan ketam tu, ada yang tiba-tiba, kakinya tanggal terus ko, ada yang tak. Rasa Sis yang kakinya tertanggal tu, mungkin dia mati mengejut, ibarat kena serangan jantung hahahahaha...

Bila ko buat macam ni kan, senang nak kopek dan cuci ketam tu tau, lagi mudah nak bersihkannya. Bila dah bersih, apalagi..jom le memasak hehehehe..

Ikut plan asal nak masak ketam black pepper, tiba-tiba, Suami kata masak Chili Crab plak, so anak-anak pun suka, maka terjadilah menu Chili Crab kami semalam. Alhamdulilah, masak 6 ekor saiz besar, kerat dua, makan sekali hadap aje, tanpa meninggalkan sisa, sampai kuahnya tu Suami amik roti cecah makan, perghh sedap sangat ke Ayahnya...hehehehe..

Alhamdulilah rezeki anak-anak..insyaAllah ada rezeki boleh beli dan makan lagi..
So korang lepas ni jangan takut nak beli dan makan ketam nipah ya, ikut leee cara tu, senang dan cepat!...


P/S: Moga Allah sentiasa sihatkan Suamiku dan murahkan rezekinya selalu..aamiinn.. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


Girasoles para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE