Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4453

E-TAILER BARANGAN KEMAS MEWAH MEMPERKENALKAN PAMERAN SECARA MAYA DALAM NORMAL BAHARU

$
0
0
E-TAILER BARANGAN KEMAS MEWAH MEMPERKENALKAN PAMERAN SECARA MAYA DALAM NORMAL BAHARU | Korang pernah dengar nama Qlassico? Qlassico adalah e-tailer barangan kemas mutiara mewah tempatan. Dan kini mereka telah melancarkan kemudahan janji temu secara maya bagi menambah sentuhan peribadi kepada pengalaman membeli-belah secara dalam talian. Inisiatif ini sebagai menghadapi normal baharu selepas Covid-19.

Walaupun pembeli dalam talian boleh menjadualkan pameran peribadi di luar talian dengan penjual untuk melihat barangan kemas mutiara secara lebih dekat, namun ini bukanlah pilihan terbaik pada masa yang kritikal ini di mana penjarakan sosial telah menjadi satu kebiasaan.

Pembeli dalam talian dapat berinteraksi dengan perunding barang kemas di rumah mereka sendiri

Bagi memastikan pembeli dalam talian dapat terus menikmati perkhidmatan secara peribadi yang diberikan oleh perunding barangan kemas, Qlassico telah memperkenalkan pengalaman membeli belah secara maya. Usaha ini dapat memberikan pengalaman membeli-belah peribadi dengan kualiti yang sama seperti pameran peribadi secara percuma.

Perjanjian maya boleh dijadualkan di laman web Qlassico

Janji temu secara maya dilaksanakan melalui aplikasi sidang video di mana pelanggan boleh berinteraksi secara terus dengan perunding barangan kemas dan melihat barangan kemas mutiara dengan selesa dari rumah masing-masing. Janji temu secara maya mudah diatur dengan menghantar butiran hubungan dan slot masa pilihan anda melalui laman web Qlassico di https://qlassico.com.


Pengguna dapat melihat barang kemas secara langsung semasa sesi tontonan maya

“Pandemik ini telah mengubah cara hidup dan kita perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan yang baharu. Dengan menyediakan perkhidmatan secara digital, para pembeli dalam talian dapat menikmati perkhidmatan peribadi sebelum memuktamadkan transaksi dalam talian dengan teratur dan selamat
.” kata Wong Chee Sheun, pengasas bersama Qlassico.

Selain daripada meningkatkan pengalaman membeli-belah barangan kemas mewah secara dalam talian semasa tempoh yang mencabar ini, Qlassico turut menzahirkan sokongan mereka kepada masyarakat dengan menyumbang kepada tabung wabak Covid-19.

Sila layari laman web https://qlassico.com untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh melayari profil Instagram dan Facebook @qlassico.


P/S: Serba serbi semua di hujung jari sahaja kan..kalau tak kawal nafsu, semua nak di belinya hahahaa. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4453

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)