MALAYSIA - PKPB BERSAMBUNG LAGI BERMULA 12 MEI SEHINGGA 9 JUN 2020 | Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga 9 Jun ini dalam Perutusan Khasnya semalam.
Lanjutan itu akan merangkumi tiga perayaan besar rakyat Malaysia – Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 24 Mei, Hari Gawai pada 1 Jun dan Pesta Kaamatan yang lazim disambut sepanjang Mei.
Dalam Perutusan Khas PM semalam ramai yang menunggu keputusan samaada boleh rentas negeri atau tidak sewaktu musim perayaan Aidilfirtri nanti, dan ini kata PM semalam :
"Minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun. Demi keselamatan semua, pergerakan rentas negeri untuk hari raya, tidak dibenarkan. Oleh itu, ia hanya boleh disambut bersama keluarga dan jiran terdekat dalam negeri sama dan perhimpunan tidak boleh melebihi 20 orang dengan mematuhi prosedur kesihatan," katanya.
Ini kerana ...
"Beberapa minggu ke hadapan ini agak kritikal bagi kita. Hasil pelaksanaan PKPB hanya dapat dilihat dalan tempoh beberapa minggu lagi. Jika berlaku peningkatan kes yg ketara dalam tempoh ini, kerajaan akan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan," katanya.
Alhamdulilah satu berita yang Sis setuju 100% bila PM kita umumkan bahawa PKPB disambung lagi sehingga 9 Jun 2020. Masa sebelum umum, Sis dan Suami duk bercerita hal ini. Sampaikan Sis kata, kalaulah tak sambung, Sis taknak balik kampung (KL) walaupun katanya boeh rentas negeri, sebab masih tak jamin lagi bahawa wabak virus ni semakin pulih.
Selagi kita sendiri keluar masuk rumah, dan selagi masih ada kes baharu setiap hari, selagi itu laaa tak di jamin bahawa wabak virus Covid19 tu takde dah. Jangan amik remeh bab ini, nanti tak memasal kita jadi pembawa wabak ini kepada ahli keluarga dan semua yang kontak dekat dengan kita, ishh minta jauhkan.
So yang penting #KitaJagaKita.
Antara mesej penting yang PM sampaikan semalam dalam PKPB :
"Bersabarlah. Bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kampung halaman menziarahi ibu bapa dan sanak saudara". - PM
Korang masih ingat kes ni? Maka amiklah tauladan dari kes dan kisah wabak Covid19 ni ya..
Update statistik Covid19 sehingga semalam :
Terkini #covid19malaysia 11 Mei
Kes sembuh= 88
Jumlah sembuh= 5,113
Kes positif= 70
Jumlah positif= 6,726
Kes kematian= 1
Jumlah kematian=109
Sebanyak 20 kes dirawat di ICU dan 7 daripadanya sedang menerima bantuan pernafasan.
Masih belum boleh kata bebas lagi ya, berhati-hati..kalau keluar rumah, amalkan penjagaan diri yang betul. Kalau makan di luar, pastikan kedai itu jalankan SOP yang di arahkan.
P/S: Dendang Perantau lagu raya yang sesuai untuk tahun ni, jangan pandai-pandai nak mainkan lagu Balik Kampung ye, hehehehe..

- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat #PKPB dilanjutkan hingga 9 Jun 2020.
- Balik kampung rentas negeri sempena Hari Raya TIDAK DIBENARKAN.
- Ziarah raya jiran-jiran terdekat atau ke rumah keluarga berhari raya dalam satu Negeri DIBENARKAN dengan syarat hanya 20 orang sahaja dalam satu rumah.
- Pasangan suami isteri yang tinggal di negeri berasingan kerana faktor kerja akan diberi kelonggaran untuk membuat perjalanan rentas negeri. Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau datang sendiri ke balai polis terdekat
- SOP solat Jumaat dan berjemaah sedang diperhalusi