Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422

RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE YANG SEDAP!

$
0
0
RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE YANG SEDAP! | Yaaa Sis memang kata mudah, sebab senang betul nengok anak-anak buat, dan sedap tu sebab sedap sungguh! Sebelum ni makan beli yang kat kedai tu, rasa muak sangat, tapi yang anak buat ni tak rasa muak pun, Sis boleh makan sampai sepotong besar habis licin. Siyes sedap!

Burnt Cheesecake ni anak Sis, si Yana dan kakaknya yang buat malam Hari Ibu kelmarin, katanya nak buat untuk kek Hari Ibu Emaknya, hahahaha. Gigih dua badik ni beli barang dan malam tu juga selepas waktu berbuka mereka berdua buat. Tapi Sis tak sempat nak amik gambar bahan, dek sebab selesai aje terawih, turun bawah, nampak anak dah godak masuk mixer.

Tapi resepinya kata anak, sama je memana resepi yang ada di google. Resepi ni pun anak Sis copy dalam group wahtsapp, Sis copykan balik ke dalam blog. Dari mana resepinya pun tak tau.

Kalau korang yang tak pernah buat atau pertama kali nak try, boleh try, mudah aje dan rasanya sangat sedap! Percayalah..


Ada resepi yang guna 1 kilo creamcheese, so kejadian keknya mesti tinggi dan dapatlah banyak. Tapi  yang anak Sis buat ni hanya guna setengah kilo aje creamcheese ya. Sebab kejadian cheesecake anak ni jadi rendah le sebab loyang pun saiz besar.

Kalau loyang yang lebih kecik, mungkin kek tu agak tinggi juga kejadiannya. Takpe next time je la buat bebanyak boleh bagi jiran rasa.

RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE

Bahan-bahan :

  • 250 gram Creamcheese (Tantura sana sini habis)
  • 65 gram gula castor
  • 125 gram whipping cream 
  • 2 biji telur gred A
  • 7 gram tepung gandum
  • Sedikit esen vanilla


Lagi satu kalau korang perhati, anak Sis ni guna kertas minyak sampul hadiah tu haaa hahahahaha...sebabnya anak-anak dah beli dah baking paper tu, entah mana pergi agaknya, kata si adiknya takut tertinggal dalam kedai tu tak bawa balik.

So nak taknak yang ada di rumah hanya kertas minyak ini, so guna ajelah. Sis gunting, kukuskan sekejap bagi lembut, then baru anak guna. Janji ado..kann...

Cara-cara :

  • Pukul cheese bersama gula hingga berkrim (guna kixer jer)
  • Masukkan telur satu persatu beserta esen vanilla. Mixer sampai sebati
  • Masukkan tepung & gaul sebati.
  • Lapikkan loyang bulat dengan 'baking paper'. Lebihkan bahagian atas loyang dalam 3 inci, supaya senang nak dikeluarkan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang
  • Bakar dengan api atas bawah suhu 200 darjah selama 50 minit. 
  • Untuk lebihkan hangit di bahagian atas, bakar api atas sahaja selama 5 minit.
  • Sejukkan dulu dalam oven sebelum dikeluarkan dari loyang.
  • Nak sedap, bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. 


Yerr masa masuk dalam group kek baru keluar oven tu, ada juga laa kawan yang komen pasal kertas minyak tu. Macam-macam le dia cakap, bunyi macam nasihat, tapi cara menulis macam duk gelakkan jerr ...alaa Sis tak kisah...

Tunjuk kat Emak, kata Emak, orang dulu-dulu punbakar kuih semua pakai kertas minyak ni, takda hal punya hahaha..Kita buat dia, bukan dia buat kita, ye dakkk..janji kejadiannya menjadi dan rasanya sedap! sangat sedap nak mateyyyy kata ayat dak wechat hahahaha..

Syabas laaa buat anak-anak yang pertama kali mencuba buat Burnt Cheesecake ni dan kejadiannya menjadi. Seriau gak kalau tak jadi, modal kasar gak oi nak beli barang buat cheesecake ni, sebab itulah jual kat kedai tu mahai...you knoww hahahaha...

Okaylah...korang kalau nak cuba, silakan...

Selamat mencuba!..


P/S: Sahur tadi pun Ayahnya bedal gak cheesecake ni kongsi gan si bujang, jarang-jarang sekali Ayahnya nak makan kek heheheh..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4422