Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427

TIPS MEMILIH KEJU (CHEESE) YANG HALAL

$
0
0
TIPS MEMILIH KEJU (CHEESE) YANG HALAL | Yang suka makan keju atau cheese, kena baca tips penulisan yang Sis kongsi ni. Sis terpanggil nak kongsikan di blog Sis, selepas membacanya di facebook Chef Nor Zailina yang juga penulis novel tu.

Yaa laa Sis pun kena alert benda gini, sebab anak Sis suka makan keju. So kena berhati-hati juga Sis dalam memilih dan membeli keju ni. Tapi macam mana nak tau keju tu halal atau tidak? Itu yang jadi persoalannya.

Kebiasaannya kita kalau beli, main amik je kann, asal nampak keju murah aje amik, betul tak? Tak usah le nak menipunya hehehehe. Lagi murah lagi nak beli, bukan fikir dan tengok halal lagi..Yaa keju antara bahan masakan yang agak mahal woo kalau nak beli. Sebab itu jarang-jarang sekali Sis nak beli keju untuk di makan sesaja jee, melainkan kalau beli untuk bahan masakan, atau permintaan anak-anak, baru beriye beli.

So harini kita baca dan amik tau ya, macam mana nak memilih keju yang HALAL.


 Terdapat pelbagai jenis keju dijual di pasaraya. 

Pastikan ada logo Halal dari pengeluar di negara berkenaan.
Contohnya, keju dari Australia mesti ada logo Australian Halal Board. Begitu juga keju dari France, New Zealand dan lain-lain

Rennet - Bahan yang digunakan bagi menukar susu kepada pepejal keju.
Biasanya ia diperbuat daripada bahagian dalaman perut binatang seperti lembu dan sebagainya. Jikalau lembu tidak disembelih mengikut Islam, bermakna ia tidak Halal dimakan. Kebanyakan keju dari Eropah menggunakan rennet daripada binatang.

Hanya pilih rennet:

  • Microbial rennet (diperbuat daripada microbes, termasuk fungi dan bakteria)
  • Non-animal rennet (diperbuat daripada bahan kimia lain atau sumber bukan binatang)
  • Negetable rennet (diproses daripada sumber tumbuh-tumbuhan)

Selain rennet, keju juga diperbuat dengan:

  • Proses pemerapan (fermentation)
  • Menggunakan cuka dan jus lemon (asid) terutama untuk pembuatan keju vegan

Fakta Penting:

  1. Keju lembut (soft cheeses) seperti krim keju tidak menggunakan rennet dalam pembuatannya.
  2. Baca setiap paket keju yang dibeli kerana ia mungkin Halal dalam bentuk sebuku (block) tetapi tidak Halal dalam paket yang sudah diparut (ready grated).
  3. Keju dalam bentuk serbuk (kering) seperti Parmesan juga mungkin tidak Halal, jadi, berhati-hatilah selalu. Parmesan sering dihidangkan di restoran bersama Caesar Salad atau Spaghetti Bolognese.

Sumber asal : Blog Norzailina Nordin 

So korang berhati-hati ya dalam memilih keju. Yang selalu beli dan makan tu kena lebih berhati-hati. Jangan nengok sedap je terus beli, pastikan dan baca betul-betul isi kandungan dan kepastian Halal tu ya. Moga ianya bermanfaat buat korang semua.

Jika korang ada tanda tanya atau nak bertanya, korang boleh ke link facebook yang Sis letak atas tu, dan baca posting Chef Nor Zailina tu dan baca komen-komen. Chef ada jawan segala kemuskilan kepada mereka yang bertanya..


P/S: Yang suka makan keju ni anak Sis,Yana...dia boleh makan ratah gitu aje, yang peliknya susu dia tak minum, keju dia makan hahaha

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4427