Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4491

ALHAMDULILAH, ESOK ANAK AKU DAH BOLEH BALIK JOHOR!

$
0
0
ALHAMDULILAH, ESOK ANAK AKU DAH BOLEH BALIK JOHOR! | Pagi ini dapat khabar gembira dari anak sulung Sis yang terkandas di Shah Alam tu, dia bagitau dapat balik esok dengan menaiki bas yang di sediakan. Ya Allah syukur tak terkata rasanya. Segala doa Sis Allah makbulkan.

Anak Sis sekarang pelajar sambung Master di Management Sciencee University (MSU) dan anak menyewa rumah (bilik) di luar kampus area Shah Alam sana. Dari awal tahun dan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi anak dah memang di sana, bayangkan berapa lama tak balik rumah.

Then bila dah masuk wabak Covid19 ni, terus semua pembelajaran Masternya di batalkan, hanya duduk aje dalam rumah sewa aje. Bila keadaan tambah serius, hati Emak mana laa yang tak risau, lain laa kalau anak Sis duduk dalam kampus, itu memang Sis tak kisah, sebab jamin selamat laa duduk dalam kampus tu kan.

Tapi anak Sis ni duduk luar, dah sama macam kita haa, keluar masuk nak kena beli barang dapur bagai, tapi bila keadaan makin serius, anak tu jadi takut nak keluar, sampai barang dapur takde nak masak dan makan. Sedih dengar. Itu lagi merisaukan Sis.

Nak taknak bila kerajaan dah umumkan kelonggaran PKP mengikut SOP yang dibenarkan untuk bawa pulang pelajar semua, Sis terus suruh anak mohon dan kata anak nanti MSU uruskan semua, legaaa dengar. Tunggu sehari demi hari, Jumaat baru ni semua pelajar yang nak balik kena buat ujian saringan kesihatan di MSU.

Alhamdulilah settle semua ujian saringan kesihatan tu. Dan pagi ini anak bagitau yang dia dapat balik ESOK (Selasa), dengan menaiki bas yang disediakan. Cuma belum dapat lagi jadual perjalanan dan akan di stopkan di mana, cuma anak kata, MSU minta IPD dan jarak mana yang terdekat dengan rumah Sis. ERmmm mungkin untuk buat report bila dah sampai agaknya.

Tapi anak Sis, terpaksalah tinggalkan keretanya di sana, tumpang rumah kawannya, sebab pelajar yang memandu kereta sendiri, tak boleh merentas negeri, so terpaksalah kereta ditinggalkan di rumah kawannya. Tak kesahlah hal kereta tu, janji anak dapat balik.


Legaa rasa, bila dah tau anak nak balik ni. Kalau tak memang Sis dah bagitau Suami dan anak-anak, kalau kakaknya tak balik, Sis taknak masak raya, hahahaha..Ni bila tau anak boleh balik, Suami tadi sebelum nak pergi kerja siap perli 'Haa raya nanti bolehlah sembelih lembu', kakakakakah sabo je lerr..

Syukur alhamdulilah, moga esok segala urusan anak Sis akan dipermudahkan. Dan esok nak masak special sikit buat anak. Mesti kakak rindu masakan Mak dia, tau sangat dah...esok Mak masak sedap-sedap ya.. *menitis airmata...

Untuk korang yang masih ada anak yang belum dapat keputusan dapat balik ke tidak, harap sabar ya, Sis faham perasaan itu. Jangan putus asa berdoa selalu dan rajin membaca sana sini info yang sahih. InsyaAllah Sis doakan semuanya akan dipermudahkan dan anak-anak korang juga dapat balik ke rumah masing-masing ya.

Aamiinn..


P/S: Barulah rasa mood nak raya hehehehe..kalau tak, nak masak untuk berbuka pun dah malas!..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4491

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes