Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

CARA BUAT SEMAKAN PERMOHONAN GERAK MALAYSIA

$
0
0
CARA BUAT SEMAKAN PERMOHONAN GERAK MALAYSIA | Rata-rata ramai dah beratus ribu dah buat permohonan Gerak Malaysia ni kan. Bagi sesiapa yang terkandas dari awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka dah boleh mula memohon untuk pulang ke destinasi masing-masing bermula dari 26 April 2020 lepas dan kemaskininya pada 29 April 2020.

Tapi dengan terma dan syaratnya, juga patuhi SOP yang dibenarkan. Anak Sis juga salah seorang terkandas di tempat tinggalnya. Walaupun status anak Sis itu sebagai pelajar, tapi dia tak duduk dalam kampus, menyewa rumah dan bilik di Shah Alam. Now dalam usaha untuk bawa dia balik ke rumah.

Bukannya apa, kelas Master dah lama stop, macam buang masa aje duduk sana menyewa, sampaikan anak nak keluar beli barang dapur pun jadi takut. Lain kalau duduk dalam kampus, mungkin Sis tak risau sangat keselamatan tu lebih terjaga. Ni duduk luar, keluar masuk pergi beli barang, keselamatan dia, sihat dia, itu yang buat Sis risau?.

So bagi korang yang nak pulang ke rumah atau kediaman masing-masing, bolehlah buat semakan samada lulus ke tidak permohonan korang. Pastikan korang dah memohonnya terlebih dahulu ya.


Berikut adalah cara untuk buat semakan untuk status kelulusan permohonan permit Gerak Malaysia.

Untuk makluman, tarikh untuk buat semakan adalah pada 1 Mei 2020.
(Maklumat terkini akan dikemaskini selepas mendapat maklumat rasmi)

  • Pastikan korang sudah memasang aplikasi gerak Malaysia di dalam telefon bimbit korang. 
  • Klik ikon Gerak Malaysia dalam telefon bimbit korang
  • Tunggu hingga loading keseluruhannya
  • Setelah siap, korang kini sudah masuk dalam aplikasi Gerak Malaysia
  • Jangan klik Generate QR Code
  • Lihat di bahagian bawah Generate QR Code, ada satu butang kecil Profile
  • Lihat baik-baik kerana kedudukan yang agak tersembunyi
  • Klik butang kecil Profile
  • Klik ikon pensil
  • Sila kemaskini maklumat data peribadi anda dalam apps Gerak Malaysia
  • Kemaskini Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan di ruangan Name per NRIC / Passport
  • Kemaskini Alamat Tempat Tinggal sekarang di ruangan Residential Address
  • Residential Address ialah alamat yang TERKANDAS sekarang. Maksudnya, korang perlu masukkan alamat kampung di mana korang berada sekarang.
  • Kemaskini Bandar di ruangan City
  • Kemaskini Poskod di ruangan Postcode
  • Kemaskini jenis Pengenalan Diri dalam ruangan Identification Type iaitu Nombor Kad Pengenalan atau Passport
  • Kemaskini Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Passport jika berkenaan.
  • Kemaskini email di ruangan Email
  • Jika tiada email, tidak mengapa kerana ruangan ini tidak wajib

Korang perlu mengemas kini aplikasi GERAK Malaysia kepada versi terkini bagi membolehkan korang membuat permohonan rentas negeri melalui aplikasi tersebut.

Bagi mereka yang tiada kemudahan internet boleh mendaftar diri di Balai Polis berhampiran/ berdekatan dengan syarat membuat membuat temu janji dahulu dengan pihak balai polis tersebut


Semak Residential Address

Sila semak maklumat Residential Address yang korang masukkan sebelum ini.
Sila pastikan bahawa korang memasukkan:

  • Alamat yang TERKANDAS di kampung atau
  • Alamat destinasi di bandar


Bagi sesiapa yang telah tersilap mengisi ruangan Residential Address dengan lokasi destinasi, korang perlu kemaskini dengan meletakkan alamat tempat tinggal yang TERKANDAS. Sila aktifkan GPS (Penting) jika ingin permohonan diluluskan.

Alasan Untuk Pergerakan

Pastikan korang pilih alasan yang kukuh untuk buat pergerakan rentas negeri Gerak Malaysia.
Semasa proses pendaftaran dan permohonan sebelum ini, korang akan dipaparkan dengan mesej "Please select a valid reason of travelling out of your home".

Pilihan yang ada ialah:

  • Emergency Activity
  • Medical Treatment
  • Essential Activity
  • Essential Shopping
  • Interstate Travel

Sekiranya korang tersilap buat pilihan dalam proses permohonan tempohari, sila kemaskini dengan memilih Interstate Travel.

Tarikh & Jadual Perjalanan Semasa PKP

Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon Gerak Malaysia perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.


Hubungi Gerak Malaysia Untuk Maklumat Lanjut

Jika korang mengalami masalah teknikal, dan memerlukan maklumat lanjut berkaitan Gerak Malaysia, boleh hantar email kepada alamat email seperti yang disenaraikan di bawah :

  • info@gerakmalaysia.gov.my
  • feedback@gerakmalaysia.gov.my
  • maklumbalas@gerakmalaysia.gov.my
  • aduan@gerakmalaysia.gov.my
  • complaint@gerakmalaysia.gov.my

Korang juga boleh terus ke laman rasmi Gerak Malaysia di https://gerakmalaysia.gov.my.

#SisSharing
MOga ianya memberi manfaat buat korang semua.
Sumber copy sana sini..


P/S: Semoga dipermudahkan semua urusan korang semua dan juga urusan anak Sis. Aamiinn..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.