DOA AGAR MUDAH TIDUR | Sejak-sejak ni memang susah Sis nak tidur, seolah macam ada mata yang memerhati, tak taulah kenapa. Apa aje yang Sis buat, rasa macam ada yang mengikut. Sendiri yang rasa macamtu.
Malas nak fikir lebih serius, jadi makin takut, so kekadang tu buat tak tau aje la. Cakap juga pada Suami, tapi Suami kata perasaan Sis aja. Tapi memang itulah apa yang Sis rasa. Giler tak takut?! Sambil-sambil mulut tak henti berzikir atau baca ayat yang mana terlintas. Allahuakbar.
Allah kan Ada ..
Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa: Bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa seperti di bawah ini.
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi saw ini .
Dipercayai, doa ini boleh dibacakan pada pesakit juga pada air.
Caranya adalah:
Pesakit: letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya.
Air : Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi.
Mudah-mudahan ianya memberi manfaat buat semua. InsyaAllah..
#SisSharing
P/S: Sampai tidur nak tutup lampu pun jadi takut..huhuhu :(
Malas nak fikir lebih serius, jadi makin takut, so kekadang tu buat tak tau aje la. Cakap juga pada Suami, tapi Suami kata perasaan Sis aja. Tapi memang itulah apa yang Sis rasa. Giler tak takut?! Sambil-sambil mulut tak henti berzikir atau baca ayat yang mana terlintas. Allahuakbar.
Allah kan Ada ..
Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa: Bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda saw mengajarnya doa seperti di bawah ini.
اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ
يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي
Maksudnya: Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .