Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4450

RESEPI SOTONG MASAK HITAM PALING MUDAH DAN SEDAP

$
0
0
RESEPI SOTONG MASAK HITAM PALING MUDAH DAN SEDAP | Pernah dengar atau makan tak Sotong Masak Hitam macam ni? Yang biasa Sis dapat soalan orang tanya, 'Yang hitam tu letak apa?', hehehe...yang hitam tu dakwat sotong tu jer, takde letak apa-apa. Mungkin yang tak pernah buat, agak pelik laaa mendengarnya, tapi jika cuba sekali, perghhh sedap manis rasanya.

Menu Sotong Masak Hitam ni memang menu kegemaran kami anak beranak, terutamanya si bujang Sis. Dia kalau kata Sis masak aje menu ni, boleh habis sekali hadap kalau makan tau. Memang anak Sis suka. Tak kisahlah, anak ke Ayahnya ke, atau pun Sis juga.

Nak masaknya pun senang, boleh dikatakan campak-campak aje, tumis, gaul dan siap. Kenapa sotong tu Sis tak kerat-kerat? Hahaha kalau yang selalu follow cerita Sis di blog, mereka tau kenapa Sis tak potong kecil sotong tu, yaaa Suami Sis pantang masak sotong di kerat-kerat, sebab baginya dia beli sotong besar, kemudian kalau masak di kerat-kerat, baiklah beli sotong kecik, haa gitulaa..

Kerana sebab itulah rumah Sis kalau makan sotong, korang akan jumpa sotong seketul-ketul macam tu, paling tak pun Sis cuma kelar-kelar macam dalam gambar tu.

Semalam, selesai aje siap Sis masak, Suami call suruh siapkan baju nomad dia, dia nak ke Penggerang, tup-tup, sampai rumah, duduk rehat kejap, pastu makan, dah kenyang, duk bual-bual dengan anak-anaknya sambil tengok Netflix, terus katanya tak jadi nak pergi, hahaha, lagipun dah petang, malas katanya.. tu yang semalam dari petang bawa ke malam, Ayahnya bergurau senda dengan anaknya, entah apa di guraukan (Sis mengemas dapur), sampai berdekah-dekah mereka gelak. Terus Sis teringat anak sulung Sis di Shah Alam :( .

Ermm okaylah, So bagi yang nak resepi Sotong Masak Hitam ni, Sis selitkan laa ya resepinya yang serba ringkas ni, tapi memang ringkas pun resepinya hehehe..


Resepi Sotong Masak Hitam 

Bahan-bahannya: 

  • Sekilo sotong (dikelar-kelar)
  • Selabu bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • Sebatang lada merah (hiris)
  • Sekeping asam jawa
  • Serbuk perasa 

Cara Memasaknya:

  • Sotong di cuci bersih dan di buang tulang dan biji kepala sahaja. Bahagian hitam dakwat tu dibiarkan
  • Panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan yang di hiris hingga naik bau wangi.
  • Masukkan serbuk perasa dan juga asam keping.
  • Setelah bahan layu, masukkan sotong dan gaul-gaulkan sehingga dakwat hitam sotong tu pecah dan kuah menjadi hitam.
  • Gaul sebati sampailah pekat dan sotong kecut dan masak.
  • Jangan terlalu lama, nanti sotong akan liat.
  • Tutup api dan hidangkan. 

Mudahkan? Tak susah mana pun nak masaknya, cubalah, rasa dia sangat manis, sekali cuba pasti masak lagi hehehe. Kalau korang nak tambah apa-apa, ikutlah sukahati korang. Style Sis ini lee dia, Sotong Masak Hitam Paling Mudah Dan Sedap!.


Selain Sotong Masak Hitam, semalam Sis gorengkan juga Sayur Kacang Masak Belacan Telur. Ini peberet Suami. Memang rezekinya, siap aje masak, Suami pun sampai, terus dapat makan panas-panas, berkali-kali kata 'sedapnya', hehehe terima kasih Suami...

Ada juga menu lain, seketul Asam Pedas Ikan Duri semalamnya punya, dan juga anak Sis goreng telur dadar. Tu aje lauk kami semalam, pun dah bahagia rasa, bila dapat makan berjemaah dengan anak-anak dan Suami semalam. Sekali hadap makan licin. Malamnya memasing masak Mee Sedap Indomie hahahaha..

Yaa lauk tu semua makan sekali jalan petang semalam, dah malamnya memasing mencari makan, nasiblah Ayahnya beli banyak stok Mee Goreng Sedap Indomie tu, terus anak Sis masak sekuali hahahaha..Pun kenyang tersandar memasing.

Dah kenyang apalagi, memasing senyap dengan aktiviti memasing, Ayahnya tengok Netflix, anaknya main game, Sis? apalagi layan cite The World of Marriage tu laa, sampaikan geram, mulut tak reti diam, Suami tegur, 'Dah kenapa Emak ko ni', yang anak-anak sakan gelakkan, hahahahaha...gerammmm nak mampus tengok cite tu hahahahaha..opsss sabo sabo...

Dah sampai episod 7 dah Sis nengok, lagi 1 episod habis dan tunggu minggu ni masuk episod baru, aishhh tak sabo nak tunggu ni!!....rasa macam-macam rasa nengok cite tu oii hahahaha..

Dah dah..kang panjang pulak bebelnya hahahaha...
Okaylah nanti sambung lagi, harini nak masak awal sikit, dan menu pun senang aje, Sis nak masak Nasi Lemak, Sambal Udang, Ayam Goreng Berempah dan jika niat sampai, nak buat Apam Kampung..

Korang masak apa harini?


P/S: Macam mana perasaan perempuan yang amik Suami orang atau lelaki yang curang then tengok cite tu ek? Apa perasaan dia?..cuba letak diri kau di tempat isterinya... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4450