Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4437

MENU MAKAN PAGI HINGGA TENGAH HARI, MEE GORENG BASAH UDANG BESAR

MENU MAKAN PAGI HINGGA TENGAH HARI, MEE GORENG BASAH UDANG BESAR | Perghh punya laa panjang ek tajuk, hahaha takpe, bior panjang, janji korang faham apa yang nak Sis sampaikan, daripada tajuk kontot, dari awal korang baca sampai ke hujung, satu ayat pun tak faham, hahahahaha.

Sebenornya menu ni dah seminggu dah terperap dalam handphone gallery Sis, dari satu hari ke satu hari nak up, tapi ada je halnya, asyik bertindih post, so nak bagi adil, kena adjust sikit bila masanya boleh post, so pagi ni le postnya, sebab takde idea pagi ni hahahaha..Nampak tak? Ko masak-masak, amik gambar, then simpan, nanti takde idea nak update blog, haaa ko update, kan ke sonang tu.

So pagi ni Sis nak kongsikanlah menu makan pagi hingga tengah hari Sis anak beranak, Mee Goreng Basah Udang Besar. Yaaa udang dia kemain besor, sebesor sudip Sis ko hahahaha. Rezeki anak-anak, Suami Sis kalau ke pasar, haaa gitulah, semua benda dia nak belinya, udang, ketam, sotong, segala binatang yang dia rasa fresh dan besar, dia akan hangkut bawa balik, puashati bagi anak-anak makan katanya. Gituu...

Sis ko tak kisah, lagi suka, senang kerja nak masak bila semua benda ada hehehe. Ni kadang nak masak, bahan basah takde, jadilah kang Mee Goreng Bodoh kan hehehe sian mee tu di bodohkan hahahaha.

Makanya, bila dah siap masak, makanlah dari pagi hingga ke tengah hari.. Jom nengok apa yang Sis masak yer...



Sis ko masak tak payah menyusahkan, masak aje apa yang ada kat rumah dalam peti ais. So masak pun campak-campak, bahan blender semua. Tengok tu, sayur pun guna daun bawang aje, sawi takde, so dah kata kan, masak je apa ada. Nasib baik memang ada taugeh, kalau tak, adeii putus selera Sis kalau goreng mee takde taugeh oii hahahaha.

Dan yang specialnya, mee kuning tu. Mee yang Sis guna adalah Mee Kuning dan ada tambahan rasa sayur dalam bahan mee kuning tu yaitu Lobak. Sis beli dalam perjiranan Sis sini. Produk keluaran Muslim. Dan yang bestnya, ada bermacam jenis perisa sayur, Sis cuma beli Lobak dan Sawi aje. Murah pun murah, 3 bungkus RM 10, murahkan?..



Tengok tu, kan dah cakap tadi kemain besar udangnya, sebesar sudip kayu Sis hahaha. Sampaikan masa Sis masak ni, berchat dalam group, tunjuklah gambo tengah mengoreng mee ni, pastu ada kawan kata 'Sayangnya udang tu Lin, ko buat goreng mee', hehehehe memanglah kalau ikutkan sayang, baiklah masak buat lauk kan.

Tapi tu le bak kata Sis kat atas tu, Suami kalau beli memang nak bagi anak dia puas makan, tak kisahlah masak apa pun, so kalau goreng mee sekalipun, Sis akan guna udang yang Suami beli, tak kisahlah besar mana pun. Suami pesan 'kalau habis nanti, boleh beli lagi, tak payah nak sayang dan berkira nak masak', haa gitu le selalu Suami duk sebut, so Sis masak je laa guna apa yang ada.


Maaf bukannya nak riak dalam memasak, tapi itulah Sis sekeluarga. Lagipun sendiri masak kan, so ikutlah kepuasan masing-masing, jangan dipersalahkan dengan hasil masakan orang lain. Ada rezeki masak lebih, bahan pun lebih, takde rezeki, goreng aje macam biasa, pun rezeki gak namanya, ye laa selagi dapat memasak, bagi anak Suami makan.

Dan alhamdulilah juga, pada hari Sis mengoreng mee tu, dapatlah sedekah hantar kat jiran setaman Sis. Panas-panas selepas siap mengoreng terus Sis hantar. Tak tau le kena ke tak kat tekak jiran tu, tapi alhamdulilah dapat kepujian 'lulus', hahahaha..

Memang sejenis Sis, kalau dah masak, bagi orang makan, kemudian apa yang kita masak tu licin, Ya Allah satu kebahagian buat diri sendiri. Selalu macamtu. Sampaikan Sis simpan untuk Suami, kebetulan pada haritu Suami pun balik awal, syukur Suami pun suka. Siap dapat meneka, kenapa lain je rasa mee-nya hehehe..sebab pakai mee sayur lobak hahaha.

Sedap! Nanti Sis nak beli lagi mee kuning sayur tu. Takde rasa kapur langsung. Bagus ada macam ni. Makan tanpa was-was.

Okaylah nanti sambung, nak masak awal harini, sebab lepas masak Sis nak buat projek buat apam hahahaha, kalaulah menjadi, kalau tak jadi kita post laa kat group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini hahahaha..


P/S: Terkini : Semalam Jiran selang 4 rumah dengan Sis, anaknya positif Covid-19, terkejut dengar, Allahuakbar, moga seluruh ahli keluarganya tabah dan sabar dengan ujian dari ALLAH..aamiinn

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4437