Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4453

BEKERJA DARI RUMAH - BAGAIMANA SET-UP KORANG?

$
0
0
BEKERJA DARI RUMAH - BAGAIMANA SET-UP KORANG? | Yaa mesti ramai di kalangan korang sekarang yang tika dan ketika ini semuanya bekerja dari rumah je kan? Ini termasuk juga anak Sis. Jadi nak dapatkan keselesaan bekerja di rumah tu tak sama dengan di tempat kerja (ofis) kan?.

Tapi tak bermakna kalau bekerja di rumah kita tak boleh hidupkan suasana bekerja dengan selesa, boleh...cuma kena pandai dan bijak pilih ruang dan keselesaan masing-masing. Ada orang lebih suka buat kerja atas katil je, baginya dah cukup selesa. Dan ada juga perlukan meja dan kerusi sandar, supaya selesa nak duduk dan buat kerja. Korang pulak macamana?.

Bekerja dari rumah atau lebih sinonim dipanggil Work From Home (WFH) di kalangan orang ramai adalah suatu perkara biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ada antara kita yang menggunakan aplikasi Skype, WebEx dan Zoom untuk berhubung antara satu sama lain kerana akur dengan arahan kerajaan untuk sentiasa #dudukrumah #stayathome.

Bekerja dari rumah boleh menjadi produktif atau sebaliknya. Antara tip untuk menghasilkan
suasana kondusif semasa bekerja dari rumah adalah:-

  • Tetapkan ruang bekerja, korang mungkin memerlukan kerusi yang selesa bersama meja di satu sudut.
  • Kemas ruang bekerja korang untuk mengelakkan gangguan.
  • Kumpul dan susun peralatan yang diperlukan untuk kegunaan harian.
  • Pastikan sudut bekerja korang mempunyai plug berdekatan untuk memudahkan korang cas alatan elektronik.
  • Duduk di ruang yang mempunyai pencahayaan yang cukup.
  • Guna ‘headphone’ untuk kurangkan gangguan bunyi.
  • Beritahu ahli keluarga ruang bekerja korang, dan anak-anak harus menghormati ruang  ini sewaktu tempoh PKP.
  • Tukar ruang bekerja korang untuk mendapatkan ‘mood’ berbeza, contohnya dari ruang tamu ke dapur.

Pasti sekarang korang pun sudah mempunyai ruang bekerja sendiri kan?. Atau korang pun dah berkongsi-kongsi idea gaya bekerja korang dengan rakan-rakan pejabat lain. Di sini Sis nak kongsikan ruang kerja dari rumah yang telah di kongsikan oleh mereka dari kumpulan About Communicationuntuk dikongsikan kepada korang. Supaya korang ada idea ruang bekerja yang santai dan selesa.

Antaranya adalah :


Meja bekerja yang kemas membantu untuk hasilkan kerja yang efisyen dan produktif.


Sudut ringkas dan tenang di balkoni dengan pencahayaan


Sudut selesa dan kemas di sofa.


Skrin di permukaan treadmil untuk seorang yang aktif bersenam.


Pelbagai skrin di katil – Hanya untuk mereka yang tidak mudah tertidur!

Jadi, bagaimana sudut bekerja di rumah korang?

Ingat! Kekalkan penjarakkan sosial. Kerap basuh tangan menggunakan sabun, sentiasa melakukan sanitasi di permukaan yang disentuh dan amalkan cara batuk dan bersin yang betul. Pastikan juga korang membuang tisu yang telah digunakan dan pakai penutup mulut dan hidung sekiranya berada di luar rumah.

Paling penting korang #DudukRumahDiamDiam dan #JustStayAtHome #BeSafe


Ruang Kerja Aku Sis Lin

Dan taraaaa...ini lah ruang kerja di rumah Sis. Atas meja makan, berbelakang kan dapur, mengadap ruang tamu, di sebelah sliding  door yang menampakkan suasana luar saujana mata memandang, walaupun takde pokok merimbun tapi senang nak tau hari hujan ke hari panas hahahaha.

So korang, kongsikan ruang bekerja dari rumah korang pula.
Secara tidak langsung korang telah membantu untuk putuskan rantaian penularan Covid-19.

Gunakan hashtag #wfhsetup dan tag kepada @_aboutcom di Instgram dan @aboutcom.my di Facebook.

Jomlah sahut cabaran!


P/S: Duduk situ senangnya dekat dengan dinding charger hahahaha... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4453

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)