Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

NIAT DAN KELEBIHAN PUASA SUNAT HARI PUTIH

$
0
0
KELEBIHAN PUASA SUNAT HARI PUTIH | Ada yang dah berpuasa Hari Putih bagi tahun ini? Terlupa? Ermmm...takpe, untuk harini Sis ingatkan dan sama-sama kita mengingatinya sekali lagi ya. Tak salah pun kalau buat posting banyak kali di blog, biar mereka yang terlupa atau tidak tau, dapat membaca dan terus rasa nak berpuasa esok. Sedikit sebanyak pun, bila kita kongsikan, kita pun dapat pahala juga kan..

Masuk aje bulan Syaaban, kita boleh mengambil peluang kebaikan yang bercabang-cabang pada bulan Syaaban ini untuk berpuasa sunat seperti Isnin dan Khamis serta hari putih, iaitu puasa pertengahan bulan pada 13 (esok), 14 dan 15 Syaaban.

Bagi mereka yang mempunyai kekuatan pula, boleh berpuasa Daud, iaitu berpuasa selang sehari, itupun jika korang punya daya ketahan diri yang kuat dan tidak menjejaskan stamina pada Ramadan kelak. Ye laa, kang berpuasa terus dalam keadaan panas begini, ada kang penyakit lain pulak yang datang kan. So ikut kemampuan masing-masing.

Islam sangat menggalakkan setiap umat Islam untuk melakukan ibadah-ibadah sunat seperti contohnya Puasa Putih.

Apakah Sebenarnya Yang Dimaksudkan Dengan Puasa Hari Putih? 

Puasa Hari Putih adalah puasa yang sunat dilakukan pada setiap 13, 14, 15 untuk setiap bulan mengikut bulan Takwim Islam. Namun bagi bulan Zulhijjah, puasa sunat hari putih hanya boleh dilakukan pada 14 dan 15 haribulan sahaja.

Puasa sunat 13, 14 dan 15 haribulan Takwim Islam dinamakan puasa hari putih kerana pada malam-malam berkenaan bulan mengambang penuh dan sangat cerah menerangi muka bumi dan alam semesta ini.

Jika korang tidak boleh berpuasa pada pertengahan bulan iaitu 13, 14, dan 15 haribulan, jangan risau,  terutama bagi orang perempuan, maklumlah ada keuzuran kan, so korang boleh berpuasa dengan memilih mana-mana 3 hari dalam sebulan. Puasa hari putih ini lebih afdhal dilakukan pada pertengahan bulan kerana Rasulullah SAW sendiri melakukannya.


Kenapa Hari Putih? Dan Apa Kelebihannya?
Puasa Hari Putih merupakan puasa selama tiga hari di pertengahan bulan yang telah dianjurkan oleh sunnah sebagai suatu bentuk puasa sunat tambahan. Ia ada disebut melalui sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Dzar, iaitu:

يَا أَبَا ذَرٍّ إِذَا صُمْتَ مِنَ الشَّهْرِ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ فَصُمْ ثَلاَثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ
Wahai Abu Dzar, jika engkau ingin berpuasa tiga hari setiap bulan, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijrah).” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Ia digelar sebagai hari putih kerana pada tarikh ini (tarikh hijrah) bulan sedang mengambang dan cahayanya sangat cerah.

Niat Puasa Hari Putih Adalah Seperti Beriku:

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ اْلبِيْضِ سُنَّةً لِلهِ تَعَالَى
Maksud: “Aku berniat berpuasa Hari Putih, sunat kerana Allah Ta’ala.

Pahala puasa ini digambarkan sama jika kita berpuasa selama setahun. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis daripada Abdullah ibn ‘Amru, iaitu:

صَوْمُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ
Maksud: “Puasa pada tiga hari setiap bulannya adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Rasulullah mengamalkan untuk berpuasa pada tarikh di atas, iaitu pertengahan bulan Islam dan ia telah menjadi ikutan dan sunnah yang diamalkan oleh umat Islam sehingga ke hari ini.

Puasa bukan setakat menahan diri daripada lapar dan dahaga, umat Islam juga harus menahan diri dari perbuatan yang boleh menyebabkan puasa terbatal dan termasuklah perbuatan lagha dan melalaikan. Perbuatan sia-sia, mengeluarkan kata-kata yang kesat dan menyakitkan hati orang lain hendaklah juga dijauhi. Secara tidak langsung nilai-nilai baik dan murni dapat dipupuk di dalam diri.


Jadual Puasa bagi tahun 2020/1441H

Warna Kuning: Puasa Sunat Isnin & Khamis
Warna Torquise : Puasa Hari Putih (3 hari setiap pertengahan bulan hijrah pada hari ke-13,14,15)
Warna Ungu : Puasa Ramadhan 1441 H
Warna Merah : HARAM untuk Puasa (Raya Puasa, Raya Haji, Hari Tasyrik)
Warna Hijau : Puasa Sunat Arafah
Warna Pink : Puasa Sunat Asyura dan Tasu'a (Puasa Sunat 10 Muharram & Satu hari sebelum atau sesudahnya)

Jadi esok 7,8 & 9 April 2020 bersamaan dengan 13,14 & 15 1441H bagi sesiapa yang ingin berpuasa, esok adalah Hari Putih, so pada kesempatan ini, marilah kita merebut peluang untuk beribadah kepada Allah tidak kira sama ada ibadah fardhu mahupun ibadah sunat.

Dan jangan lupa untuk berpuasa pada Hari Putih yang seterusnya ya..
InsyaAllah ..


P/S: Jika tiada aral, insyaAllah, nak juga puasa esok. Jom kita sama-sama kejar pahala!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4456

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.