Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4446

TIBA-TIBA TAK TAU NAK UPDATE APA. AKU BLUR KEJAP!

TIBA-TIBA TAK TAU NAK UPDATE APA. AKU BLUR KEJAP! | Neno neno neno...eh apa nak tulis ek, nak update apa ek, tiba-tiba blur kejap otak, blank! Padahal banyak je benda nak kongsi, tapi....eh apa nak tulis ni ek...adeiii..tolong!!.

Masa nak menaip ni pun, jadi konpius kejap, entah apa nak di taipnya, kalau korang baca ni, haaa secara spontan je ni update tau. Apa yang keluar dari otak Sis ni, itulah jari terus menaip. Yaa ada masanya beginilah seorang blogger, no idea nak menaip, mood tetiba ke laut Pantai Lido huhuhu.

Padahal, gambar memasak banyak, boleh aje nak kongsi di blog, tapi entahlah, belum ada mood nak kongsikannya. Lagi satu kena jarakkan juga posting memasak, sebabnya kang nampak macam blog Sis ko ni macam blog masak-masak plak, padahal niche blog Sis ni lifestyle oii, so kena balance kan juga laa. Kang orang masuk semua posting makan sesaja hahaha.

Tapi jangan tak tau, kalau post memasak atau kongsi resepilah yang PV blognya akan naik cepat, orang ramai duk google mencari resepi dan menu, lagi plak musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni ha, memang semua #DudukRumah dan memasing cari idea nak masak apa. Di tambah lagi kalau masuk bulan Ramadhan, lagi lee mengile PV blog. Yang blog macam Sis ni pun turut dapat tempiasnya, padahal bukan banyak mana pun Sis kongsi resepi dan menu memasaknya, tapi tetap ada perubahan PV blog.

Itulah, siapa kata menulis blog ni tak relevan lagi? Kalau surat khabar tu ye le, dah tak semua orang membaca dan membeli surat khabar, kecuali Suami Sis, hahahaha dia memang rajin membeli surat khabar. Tapi ada bagusnya, sebab kat rumah Sis memang selalu gak guna surat khabar. Banyak kegunaannya oii.

Rata-rata orang sekarang pun search google mencari info, nanti perginya ke blog-blog atau portal, so kalau kena dengan keyword dan SEOnya, memang masuk le ke blog korang. Sebab itu kena belajar guna cara dan taktik yang betul bila menulis.

Opss, nak minta tips dengan Sis cara menulis?, maaf, Sis sendiri pun banyak lagi nak kena belajar. Sis bukan pakar SEO. Kalau korang nak tau, boleh search aje di google cara nak naikkan trafik atau cara nak dapatkan SEO terbaik di blog korang. Ramai aje yang share. Yang penting rajinlah membaca dan menulis.


Sikit hari haritu ada kawan tanya dan menegur, 'Rajin betul ko menulis blog ya, sehari sampai 3 kali'..Sis senyum je, sambil menjawab, 'Ikut mood dan bahan cerita, kalau ada cerita dan ada mood, memang 3 kali sehari, kalau takde, memang 1 hari 1 post je', hehehehe.

Kalau ditanya, 'PV naik ke sampai 3 kali sehari update?'. Bukan kata tak naik, tapi perubahan tu ada, yang penting setakat ni PV Sis tu maintain je laa, sehari jejak lebih dari 5k PV. Bagi Sis dah cukup puashati. Kadang tak update pun masih kekal maintain macamtu.

Bila kau rasa blog ko ni 'sesuatu' bagi diri ko, apa je ko buat mesti ko akan fikir sesuatu untuk naikkan blog ko supaya lebih bagus lagi, tapi kalau ko rasa blog ko ni hanya sekadar suka-suka, okay, macamtu je laa blog ko.

Kalau Sis, menulis blog ni satu minat, 12 tahun (2008) yang dulu, Sis menulis blog ni sekadar ingin berkongsi cerita dan aktiviti sendiri, masa tu tak ramai kenal blog Sis. Dan Sis pun tak expose kan blog Sis. Dan blog Sis masa tu, bukan untuk menjana pendapatan, tapi bila semakin hari, tahun silih berganti, kau update dan terus update, berkongsi tanpa jemu, dan sehinggalah tiba masanya bila blog ko mula orang kenal dan pandang boleh 'buat duit', so automatik, sambil ko menulis, ianya boleh bagi ko duit dengan hanya menulis sahaja. Alhamdulilah!

Dari hanya minat, now dengan usaha keras ko, akhirnya blog ko boleh buat duit. Itu satu perkembangan yang terbaik buat diri sendiri kan?. Tapi kena RAJIN. Bukan bila ada JOB je ko menulis dan update, bila dah takde JOB, blog ko pun senyap macam duduk dalam gua. Yaa tu blogger bukan di Malaysia laa, di Wuhan,China laaa...

Jadi semuanya bergantung pada diri sendiri. Kadang memang faham, ada blogger yang bekerja, takde masa nak update. Ada juga ikut line data/wifii memasing. Ada juga yang surirumah tapi sebab ada anak kecil yang nak diuruskan, so memang masa tu sangatlah padat kan, Sis pun faham, sebab pernah alaminya ketika waktu dulu.

Cuma sekarang anak-anak Sis dah besar, Sis pun dah banyak masa free, so itulah sebabnya kembali aktif menulis. Tapi tu laa, kalau blog kita menurun PVnya, kita jangan salahkan benda-benda lain, tapi sebab utamanya kita tak update. Melainkan kalau memang blog ko tu 'Femes', blog masa-masak, atau SEO kaw punya, so tak update pun orang masuk jee hehehe.

Macam Sis ko ni, ada idea ye Sis kongsi, kalau takde, senyap je ler..hehehehe tapi tetap cari jalan nak kekalkan PV setiap hari. Jom kita!!..

Eh ...terpanjang plak ek bebelnya, dari takde idea, terus keluar cite macam-macam plak hahahaha. Kalau korang yang baca posting ni, ada benda nak kecam atau kondem, atau nak bagi pandangan positif, sila, Sis sedia menerimanya dari pandangan pihak korang.

Yaa kita tak sama pemikirannya. Lain orang lain blognya muahahahaha.
Okaylah, stop jap, harini banyak kerja rumah nak buat, maklumlah Hari Isnin kan, nak cuci cadar, tuala, dan kain baju segala. Tapi takpe, sambil-sambil tu kang, Sis jenguk le blog. Korang komen je, Sis baca hehehe.

OkBai.


P/S: Menu harini Bubur Nasi berlauk.. Korang nak masak apa tu ?..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4446