Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4446

PERLUKAH KITA NYAHKUMAN SEMUA BARANG DAPUR YANG KITA DIBELI?

$
0
0
PERLUKAH KITA NYAHKUMAN SEMUA BARANG DAPUR YANG KITA DIBELI? | Hari demi hari, kita semakin resah mendengar pertambahan kes kematian Covid-19 di Malaysia. Macam-macam persoalan timbul. Tapi dalam pada itu, semalam Datuk Hisham Noor Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan ada menyebut, Malaysia menunjukkan tanda-tanda awal virus Covid-19 semakin pulih, tetapi ianya bergantung kepada rakyat Malaysia dalam dua minggu seterusnya ini.

Makanya kita ini sebagai rakyat memikul tanggungjawab besar dalam memutuskan rantaian Covid-19 ini dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang memasuki Fasa kedua bersambung sehingga 14/4/2020 nanti. So tolonglah korang semua, please #StayAyHome.

Tanpa kita sedar, walaupun kita tidak keluar kerana di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi pelbagai barang luar masuk ke rumah antaranya surat, barang dapur dan parcel.


Jadi persoalannya di sini yang menjadi tanda tanya Sis juga, adakah selamat semua barang ni? Semua tahu proses pembersihan adalah kaedah penting untuk mencegah penyakit Covid-19, tetapi adakah semua barang perlu dinyahkuman?

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, cara utama jangkitan virus Covid-19 adalah dari seorang ke seorang melalui rembesan cecair badan yang mengandungi virus (masa bercakap, bersin dan batuk) dan melalui tangan yang tercemar dengan virus yang kemudian menyentuh mata, hidung dan mulut.

Oleh sebab inilah Pakar Perubatan Kesihatan Awam mengarahkan semua untuk menjarakkan diri antara satu sama lain, basuh tangan, memakai topeng mulut dan hidung serta sentiasa bersihkan tempat atau barang yang selalu dipegang.

Namun, terdapat satu perkara yang menjadi kerisauan kaum wanita iaitu mengenai barang dapur.

Berikut adalah hasil pembacaan Sis dan harini Sis nak kongsikan hasil dari perkongsian Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Safiya Amaran di facebooknya.

Jom kita sama-sama fahamkan ya.

Adakah barang dapur (bahan kering) selamat?

Ketahuilah, walaupun virus boleh ada pada barang-barang dapur, tetapi risiko jangkitan melalui barang adalah lebih rendah dibandingkan melalui orang. Risiko yang lebih tinggi adalah semasa shopping kerana waktu itulah kita akan berjumpa dengan orang lain.

Satu lagi aktiviti berisiko adalah memegang troli kerana ia tempat yang dipegang oleh ramai orang.

Oleh sebab itulah, semasa shopping orang ramai dinasihatkan untuk jarakkan 1 meter dengan orang lain, tidak berbual, tidak sentuh muka, mesti basuh tangan sesudah membeli-belah dan selepas memegang troli.

Walaupun virus boleh ada pada barang kering atau barang dapur, tetapi risiko jangkitan melalui barang adalah jauh lebih rendah dibandingkan jangkitan melalui orang.

Perlukah kita nyahkuman semua barang dapur yang dibeli?


Tidak! Tidak perlu nyahkuman semua makanan basah yang dibeli tapi mesti dibasuh dengan air sebelum dimasak atau dimakan.

Pakar Mikrobiologi di Rutgers School of Environmental and Biological Sciences, Don Schaffner, tidak menggalakkan semua barangan dapur dinyahkuman selepas dibeli. Itu agak keterlaluan!

Tanpa sedar, sebenarnya risiko yang lebih tinggi ialah semasa pergi shopping, sebab waktu itulah akan berjumpa orang lain. Satu lagi yang amat berisiko ialah pemegang troli, kerana dipegang oleh ramai orang.

Ini yang kita wajib buat!

Jangan pegang anak-anak selepas balik kedai.

Basuh tangan dulu.
- Sebaik sahaja balik dari kedai,
- Selepas siap susun barang dapur,
- Semasa nak memasak makanan
- Sebelum dan selepas makan.

Tangan kita sendiri yang sebenarnya lebih berpotensi untuk ada banyak kuman berbanding barang barang dapur tadi.

Bolehkah basuh dengan sabun?

Tidak, sabun bukan dibuat untuk bersihkan makanan. Ia dibuat untuk bersihkan pinggan mangkuk dan tangan.

Ingat, kalau kita tertelan sabun boleh jadi loya, muntah dan cirit-birit. Bahan kimia yang ada dalam cecair sanitasi atau produk nyahkuman yang lain tidak sesuai untuk makanan sebagai contoh menyembur pada tomato atau timun ia boleh menjadi racun dan merosakkan makanan.

Bahan yang digunakan untuk nyahkuman peralatan adalah bahaya untuk tangan dan mulut, jadi sangat berisiko untuk kita guna pada makanan walaupun telah dicairkan. Sebaliknya, bakul atau beg kitar semula yang digunakan untuk membeli barang itu yang perlu dibersihkan, paling kurang seminggu sekali kerana ia termasuk dalam kategori barang yang kerap dipegang.

Atas sebab itu, semasa shopping semua dinasihatkan untuk:

- Jarakkan 1-2 meter dari orang lain,
- Tidak berbual,
- Tidak sentuh muka

- Basuh tangan sesudah shopping
- Basuh tangan sesudah memegang troli.

Bahan kimia yang ada dalam produk nyahkuman tidak sesuai untuk makanan.

Bahan yang digunakan untuk nyahkuman peralatan adalah bahaya untuk tangan dan mulut kita, jadi sangat berisiko untuk kita guna pada makanan walaupun telah dicairkan.

Sebaliknya, bakul atau beg recycle yang digunakan untuk shopping itu yang perlu dibersihkan, paling kurang seminggu sekali kerana ia termasuk dalam kategori barang yang kerap dipegang.

Ingat, jangan lupa basuh tangan dengan sabun ya!

Perkongsian dari FacebookDr Safiya Amaran.


P/S: So korang faham? Yaaa Sis faham, dalam keadaan sekarang ni kadang kita jadi paranoid kan? Huhuhuhu...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4446