Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4446

DUDUK RUMAH KERJANYA MAKAN SESAJA EK

$
0
0
DUDUK RUMAH KERJANYA MAKAN SESAJA EK | Apa nak buat, makan aje laa, dah nama pun #DudukRumah. Tapi kalau ko tak duduk rumah, ko keluar pun ko makan juga kan? Eleh pandai cakap orang ek...bukan kata makan je, siap dengan minum kopi bercawan-cawan kan kan..baik ngaku!

Sis ni dah 26tahun duduk rumah, so dah biasa dengan #DudukRumah ni, bosan tu dah alah bisa tegal biasa dah, sebab tu bila anak kena #StayAtHome, dia asyiklah cakap bosan bosan, Sis diamkan aje, kadang kalau dah geram sangat, Sis siap cakap, 'haaa baru tau ke?' Hahahaha..

Anak pun sama, dia pun cakap, 'Macam manalah Mak boleh duduk rumah ek?' hahaha. Soalan tu kekadang dah malas nak jawab. Sebab apa tau, kalau dari awal memang dah kita ni niat ikhlas dengan apa kita buat, tanggungjawab kita duduk dan urus rumahtangga, so automatik semuanya memang Allah permudahkan, takde rasa nak bosan-bosan...tipu laa terus takde, adaaaa...tapi sesekali tu memanglah keluar rumah, jumpa kawan, minum kopi, so ada le juga hilang bosan.

Bukanlah semata duduk rumah oii...Gajah pun boleh ngamuk hahahaha. Tu yang bila tiba hari minggu, Suami Sis cuti tak kerja, dia memahami, dia bawa keluar merayap dan dapur pun tutup tak masak, makan luar je, kalau ada anak kat rumah, mereka pun dah faham, hari Mak Ayah dia bersama, so pepandai laa derang nak makan dan masak.

Cuma untuk kali ini, korang duduk rumah tu agak berbeza, sebab di perintahkan, ikut arahan, langsung tak boleh kemana, tu yang jadi otak tepi, macam terbatas semua pergerakan, dah nama pun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kan, so semua kena kawal.

Tu yang kalau korang nengok kat facebook, instagram, twitter dan sekarang TikTok, geng-geng korang semua sakan masuk gambar menu masakan dan resepi memacam, sebabnya, mana yang bekerja semua tengah cuti, yang mana jarang dapat masak sesedap untuk anak dan Suami, haa inilah peluangnya. Tu yang meriah kalau memasing up menu masak-masak.

Bagi Sis okay aje, sebab Sis pun kalau tak kerana PKP ni pun memang hari-hari masak juga, cuma masak untuk diri sendiri, tapi kali ni meriah menunya sebab anak-anak dan Suami cuti, so kita masaklah menu lebih dari satu jenis. Bukan tak berjimat, tapi memang dah sukat-sukat dah, stok yang ada pun insyaAllah cukup seadaanya, dah biasa belanja barang dapur so kita dah pandailah budgetnya.

Pandangan orang lain Sis tak tau, sebab macam mana Sis up, macamtulah memang biasa Sis masaknya. Dan tak kisah pun nengok orang lain up menu derang. Biarlah janji apa yang mereka buat tu positif. Kita ni pulak jangan fikir negatif, tak elok. Lagi time macam ni kan, Sama-samalah kita kontrol lisan dan hati kita, biarlah orang nak up apa pun, kita diam aje, tak suka scroll je lelaju.

Tengah keadaan Malaysia macamni, kita perlukan sesuatu....orang kata apa ek, something yang boleh buat kita happy, jangan stress sangat, fikir stress, kang lain pulak jadinya. Sis sendiri pun stress, macam-macam fikir, takut, risau, rimas dan macam-macamlah, tapi wat relax jer, buat je apa kita suka.

Ko suka masak, ko masak, ko suka baking, haa buatlah kek, ko suka berkebun, haaa pi le menanam, tapi pastikan semuanya dan apa ko buat semua dalam rumah, bukan luar rumah. Senang je kan. Positif beb!!

Orang kata duduk rumah kejenya makan sesaje, bior...diam jee, lantak le orang nak kata apa, yang gemuknya ko hahahahaha..sendiri mau ingatlah ye..hohoho..

Eh dah le, melalut plak pepetang ni...Korang masak apa haa harini? Sis harini masak special wooo, akhirnya tertunai hajat nak masak menu kegemaran sendiri. Apa dia? esok je cerita hahahaha..

#iDudukRumah - BookXcess Online Shopping 


Jap jap ada benda Sis nak kongsikan...

Untuk yang suka membaca, tapi stok buku dah habis, korang boleh beli buku melalui online di BookXcess. Ianya lebih memudahkan kerja korang untuk memilih buku kegemaran korang.

Dan yang bestnya, penghantaran secara PERCUMA di seluruh Malaysia dan juga Singapura dengan pembelian minimum RM60 keatas (t&c).

Mudah aje, layari website https://www.bookxcessonline.com/ untuk pilih buku pilihan korang ya! Ada bermacam genre boleh korang pilih dalam satu website tu. Semuanya di hujung jari korang!..

Selamat membeli belah!..

Nanti dah reda virus Covid-19 ni, haa korang boleh terus walk in di BookXcess Sunway Big Box tu Iskandar Puteri ya. Cantik gilee woo tempat dia.


P/S: Sis nak buat Dadih ni, jomm kita!!..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4446