Quantcast
Channel: Aku Sis Lin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4438

STRESS AKU FIKIR ORANG YANG TAK RETI IKUT ARAHAN #DUDUKRUMAH NI!

$
0
0
STRESS AKU FIKIR ORANG YANG TAK RETI IKUT ARAHAN #DUDUKRUMAH NI! | Korang kann apa entah yang susah sangat nak suruh #DudukRumah ni. Masa pemilihan kerajaan kemain lagi komen 'Bubar! Bubar! Biar rakyat buat pilihan', konon engko laa ek yang betulnya nak buat pilihan tu.

Tapi sekarang tengok! Kerajaan dah bagi ko pilihan, siap merayu pada korang suruh #JustStayAtHome, but kenapa ko tak reti buat pilihan? Lagi degil ketegaq keluar rumah sana sini?!.

Dan dan time ni la nak jogging, makan kambing laa, nak bawak anak pi taman laa, apa selama harini korang cari duit tak ingat dunia ek, sampai takde masa semua tu? Nanti pandai plak jawab 'Hari lain kami siang malam kerja cari duit untuk anak bini'.

Then sekarang awat degil sangat!!! Tak sayang anak bini ke??! Dah bagi perintah arahan #DudukRumah diam-diam, inilah masanya melayan anak bini di rumah, kata kuasa pilihan di tangan korang, pilihan yang senang ni pun ko tak boleh buat! Lagi nak salahkan kerajaan?

So haaa inilah masanya otak ko tu BIJAK buat pilihan!. Ada laa juga jasa ko pada negara. Bukan masanya ko nak buat video makan kambing ngok! [contoh] 😤

Sis pun risau stress fikir sebab masih ada Suami bekerja di luar. Dan ada anak jauh di Shah Alam sana. Tak putus berdoa moga Allah pelihara dan lindungi mereka.

Tolonglah dengar arahan!!

Nanti kalau dah reda keadaan, jangan kata video ko makan kambing, bapak gajah pun ko nak makan, ko makanlah!!! [Terkini] Pelaku perakam video tu dah di tangkap, rasakan kuarantin le ko dalam lokap tu. Elok-elok duduk rumah boleh makan super ring, haaa duduk le situ makan nasi putih dan ikan goreng huhuhu..


Ini sampaikan kerajaan panggil dan minta bantuan Pihak tentera bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau keadaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Sebabnya ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Buat masa ni mereka dah bagi nasihat dan tindakan berhemah jer. Tpi kalau akhirnya sampai tahap tidak boleh kompromi, atau korang degil sangat, maka tindakan undang-undang akan digunakan.

Haa tak tau nak berterima kasih lagi ke? Sampaikan macamtu sekali kerajaan amik berat kepada rakyat Malaysia. Tak tau nak cakap apalagi dah. Nak lantakkan pun tak boleh, sebab melibatkan ramai pihak. So memasing ada otak, ada keluarga, fikir-fikirkanlah.

Tiba-tiba ketika ini sewaktu status ini di muat naik di facebook Sis, Sis termenung menangis dan berfikir ketakutan..

Jika kita ni di sahkan positif, kita terus kena kuarantin, di asingkan, kemudian terus automatik, anak Suami keluarga kawan-kawan semua, kita tak dapat jumpa. Cuma tak pasti, masih boleh atau tidak guna handphone.

Tapi semuanya tak sama!!! Sebab mereka bukan depan mata kita. Tu pun entah berapa lama kita akan dikuarantinkan. Mungkin sebulan, dua bulan.

Kemudian, jika ditakdirkan memang dah ajal kita, kita kritikal dimasukkan ke ICU, terus tak sedar, masa tu, apa akan jadi pada keluarga kita. Mereka tak dapat jumpa kita.

Dan jika Allah sayangkan kita, kita meninggal dunia, dan ketika itu, semua kesayangan kita terus tak dapat melawat kita untuk kali terakhir. Pengurusan jenazah kita pun hanya pihak tertentu sahaja boleh uruskan. Terus hilang 'harta dunia' ko dalam sekelip mata. Allahuakbar!!..

Terus mengalir airmata ni mengenangkannya jika ianya benar-benar berlaku..

Korang!! Please, jaga diri, #StayAtHome dan amik serius!! Bukan masanya nak gelak ketawa memain di luar sana.

Ingatlah orang yang tersayang 😭.

Moga Allah lingungi kita semua dari virus Covid-19 ni..dan semuanya akan berkahir dengan cepat! Aamiinn..


P/S: Kemurungan betul harini memikirkannya .... :((

Viewing all articles
Browse latest Browse all 4438